“Tidak mahu terus berpura pura” dah elok cantik, manis Ika Mustafa buat keputvsan mengejvtkan ramai

“Bukan mudah nak istiqomah. Saya tidak mahu terus berpura-pura.” Demikian kata penyanyi Ika Mustafa, 24, yang mengambil keputusan untuk tidak lagi mengenakan hijab sejak Februari lalu.
Ika yang juga pramugari sebuah syarikat penerbangan swasta berkata, keputusan dibuat agar orang ramai tidak keliru dengan penampilan dirinya yang mana tidak berhijab ketika bertugas di awan biru.

“Asalnya saya memang tak pakai tudung pun. Sebab saya bekerja sebagai pramugari yang mana memang tak bertudung, jadi ia sesuatu yang saya tak nak buat lagi depan orang ramai.
Saya mula pakai tudung dalam tempoh pandemik dan buka semula tahun ini dalam Februar “Sewaktu pandemik saya fokus kepada kerjaya nyanyian. Kalau kena terbang pun sekali atau dua kali dalam sebulan.
Jadi, ketika itu depan kamera saya bertudung, jika di awan biru tak. Dah macam dua alam pula. “Bagi saya ia salah untuk dibuat iaitu ada dua imej. Saya takut juga kalau orang jumpa di atas kapal tak pakai tudung, dah macam dua orang berbeza pula.
Saya nak orang melihat saya sebagai orang sama. Apatah lagi sekarang saya dah kembali bekerja sebagai anak kapal,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Ika yang juga penyanyi lagu Puja, dia bertudung bukan satu percubaan, sebaliknya ia perkara yang memang ingin dibuat. “Biasalah semua orang melalui fasa nak berubah.
Cuma hati berbolak balik. Kita melalui fasa nak menjadi lebih baik, tapi bukan mudah nak kekal istiqomah. Saya pakai tudung bukan percubaan, tapi ia sesuatu yang saya nak buat.
“Penerimaan orang sekeliling, semua okay sebab mereka tahu saya di luar memang tak pakai tudung. Ia bukan sesuatu yang baru. Tapi untuk orang lain ia baru, ini yang agak susah,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Ika baru sahaja melancarkan single Tak Punya Hati yang mana menjadi lagu tema drama Ku Punya Hati yang ditayangkan di Slot Akasia, TV3.
Sumber : Metro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: