Kecoh vide0 isteri masuk padang panggil suami balik, sampai ketua kampung kena masuk campur dan cerita perkara seben - Menujukebenaran
Uncategorized

Kecoh vide0 isteri masuk padang panggil suami balik, sampai ketua kampung kena masuk campur dan cerita perkara seben

KECOH apabila satu perlawanan bola sepak terpaksa dihentikan sementara, gara-gara isteri kepada salah seorang pemain masuk ke padang.

Wanita berkenaan kemudian meminta suaminya keluar padang ketika perlawanan masih berlangsung.

Video yang merakamkan kejadian yang berlaku di Dayeuhluhur di Cilacap di Jawa Tengah, Indonesia pada Isnin, menjadi tular.
Isteri kepada pemain nombor 30 memakai topi keledar cuba membawa keluar suaminya dari padang.

Susulan itu, Ketua Kampung Bingkeng,Wartono berkata, kejadian berlaku ketika perlawanan antara pasukan dari Kampung Bingkeng dan skuad Kampung Panulisan sedang berlangsung.

“Dalam perlawanan itu ada insiden unik meibatkan pemain dari penduduk kami. Tiba-tiba (isterinya) sudah berada di tengah padang, untuk menjemput suaminya,” kata Wartono kepada wartawan, Rabu.

Wartono berkata, tindakan wanita dalam video itu adalah tanda kasih sayang isteri terhadap suaminya.

“Isteri sayangkan suaminya, jadi dia bimbang kejadian yang tidak diingini berlaku. Itu sebab utamanya,” kata Wartono.

Perlawanan disambung semula selepas insiden tersebut.

Pemain yang dipaksa pulang oleh isterinya telah digantikan dengan pemain lain.

Anggota polis yang bertugas ketika kejadian, Aipda Imam AS berkata, perlawanan tersebut diadakan sempena sambutan kemerdekaan Republik Indonesia.

“Di padang berlaku perselisihan faham antara suami dan isteri kepada pemain. Tiada kecederaan dan kekecohan, tetapi suami dilarang bermain,” katanya.

Bagaimanapun, kerana cintakan bola sepak, pemain itu tetap mahu bermain bagi memperkuatkan pasukan kampungnya.
“Isteri pemain ini (kemudian) masuk ke padang dan meminta suaminya keluar padang untuk tidak bermain,” kata Imam. – Kompas

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button