Lepas Datuk Najib Dan Datin Rosmah Di Jatuhkan Hukuman, Sekali Datuk Aliff Luahkan Sesuatu Buat Ramai Terkejvt - Menujukebenaran
Uncategorized

Lepas Datuk Najib Dan Datin Rosmah Di Jatuhkan Hukuman, Sekali Datuk Aliff Luahkan Sesuatu Buat Ramai Terkejvt

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tampil memberikan pandangan serta luahannya susulan kes melibatkan bekas Perdana Menteri serta isterinya, Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Aliff meminta agar tidak terlalu memberikan kritikan melampau kerana kita tidak tahu akan dugaan sendiri pada masa hadapan.

“Dugaan Najib dan Rosmah di hujung usia… jangan mengk3ji dan mengh1na melampau.

“Cuba bayangkan itu mak ayah kita. Lagi pun, dugaan kita nanti tak tahu lagi macam mana awak,” kongsinya.

Pengasas kosmetik ini memberikan coretan mengenai perkara itu di dalam sebuah perkongsian yang dibuat di Instagram.

Penyanyi Ingin Bahagia ini juga turut berkongsi pengalaman sendiri yang pernah ditahan pihak berkuasa sebelum ini.

“Saya nak cerita sikit kat awak ni. Dulu saya pernah naik kereta polis dan ditahan untuk siasatan kes yang saya tidak bersalah. Itu pun saya tak mampu tidur dan kencing sebab ket4kutan dan malu.

“Malah itu adalah momen yang tak dapat saya lupakan seumur hidup saya. Ini pulak kes seperti Datin Seri Rosmah dan Datuk Seri Najib.

“Saya tak dapat nak bayangkan perasaan tu jika saya di tempat mereka. Saya bukanlah penyokong tegar mereka dan bukan membenci mereka. Tetapi ambik sebagai iktibar buat kita,” tulisnya lagi.

Di samping itu, Aliff turut memberikan kata semangat buat Najib dan Rosmah selain memohon untuk tidak memberikan tekanan kepada pihak sepatutnya yang menjalankan tugas.

 

 

“Semoga Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah tabah dengan dugaan ini yang bukan calang-calang. Salah atau tidak biar Allah yang tahu dan biarkan badan berwajib mahkamah, hakim dan polis yang akan membuat tindakan.

“Kita janganlah menambahkan lagi tekanan kepada mereka. Janganlah kita sibuk menghitung d0sa orang lain smpai kita terlupa nk hitung d0sa kita sendiri.

“Ingat, kesal4han mereka pun ujian untuk diri kita juga. Jangan seronok dengan dugaan orang lain sebab tangan yang menaip pun bakal disoal nanti.

“Kita tak pasti lagi nasib kita esok lusa bagai mana,” titip Aliff panjang lebar disusuli #islamituindah dan #allahsayangkita.

Sehingga kini, perkongsian berkenaan menerima ribuan komen daripada pengguna Instagram.,

Terdahulu Anak perempuan Najib Razak, Nooryana Najwa berikrar untuk terus berjuang sehingga “keadilan ditegakkan”.

Anak Jumpa Satu Nota Di Tinggalkan Najib Di Atas Meja, Isi Kandungan Buat Ada Yg Tersentuh

“Mungkin perjuangan kita belum cukup kuat. Mungkin kita letakkan kepercayaan penuh terhadap sistem keadilan kita.

“Mungkin kita percaya sepenuh hati kepada perjuangan dan matlamat kita, jadi kita tetap melawan selama empat tahun ini.

“Namun anda tidak dapat keadilan hari ini atau ada peluang untuk menang.

“Namun ‘bossku’ tidak berakhir di sini,” katanya di Instagram petang tadi.

Nooryana berkata dia, ibunya Rosmah Mansor dan adik-beradiknya tidak akan berhenti sehinggalah Najib pulang ke pangkuan mereka.

“Kami cukup bangga dengan kekuatan ayah.

“Saya akan pegang kata-kata hikmah ayah kepada saya setiap hari, ‘mereka boleh kawal segalanya tetapi mereka tak boleh kawal kekuatan minda dan emosi anda’…

“Terus cekal, Allah bersama ayah. Sentiasa bersama…,” katanya lagi.

Najib Tinggal Masej Di Atas Meja

Berikut pula nota terakhir yang di tinggalkan oleh Najib, yang di jumpai oleh anak beliau di atas meja

“Keluargaku,

“Anak cucuku.

“My family. My love.

“Dari tahun 1976 Daddy mula aktif dalam politik dan perkhidmatan awam sepenuh masa.

“Ke hari ini, 46 tahun lamanya.

“46 years is a long time.

Daddy memilih mewarisi legasi nenda, meneruskan usaha nenda.

Daddy memilih kerja.

Dunia politik dan perkhidmatan awam ada kelebihan dan kekurangannya.

Merancang pembangunan.

Menggubal dasar kebajikan.

Mengurus ekonomi.

Mengukuhkan hubungan antarabangsa.

Menyelesaikan krisis.

Cabaran-cabaran ini dengan hasilnya yang baik membawa senyuman kepada Daddy.

Adakalanya hasil yang diharapkan tidak sebaik yang diinginkan. Tetapi cuba lagi dan lagi.

Melihat kembali, ia satu pengorbanan besar.

Tahun-tahun dan masa-masa yang ada datang dan berlalu begitu sahaja.

Dari subuh ke larut malam, ada saja urusan yang perlukan perhatian.

“Masa makan pun bermesyuarat, berjumpa tetamu, tidak bersama you all.

“My years have gone by dedicated to people, public service, politics.

“A sacrifice I chose and I made.

“A journey that was joyous with your presence but unfortunately I overlooked and could not always be there for you.

“Satu perjalanan yang sedih sekali diserikan dengan kehadiranmu tetapi tidak terbalas oleh Daddy.

“My family. My love.

“Setakat ini sahaja yang Daddy dapat bersama.

“Daddy pegang teguh kepada ajaran agama Islam.

“Jika ditakdirkan ini perjalanannya dan dugaan Allah SWT.

“Apalah daya Daddy manusia dan hambaNya.

“Menanti keadilan dan penghakiman di mahkamah akhirat.

“Di dunia kita hidup sementara, dibangkitkan di akhirat, bersama-sama nanti kita bahagia semula di sana.

“Semoga Allah SWT melindungi dan merahmati keluarga kita sentiasa dengan kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan.

“Love you all.

“Daddy

“(Mesej yang ditinggalkan daddy atas mejanya untuk kami sekeluarga)

Terdahulu Semalam Datin Seri Rosmah Mansor membuat kenyataan dalam perbicaraan kes rasuahnya dari kandang Mahkamah Tinggi hari ini, dalam nada sebak mengatakan beliau kecewa dengan apa yang berlaku.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan bahawa pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes terhadap isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu.

Rosmah didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion di sekolah luar bandar di Sarawak.

“Bagi saya mahkamah adalah di mana terdapat keadilan. Saya sentiasa beritahu peguam untuk bercakap benar, itu cara saya dibesarkan. Saya tidak mahu lebih dan saya hormati keputusan.

“Saya ingin meninggalkan mahkamah ini dengan cara baik. Saya pernah menjadi First Lady of Malaysia’,” katanya.

Rosmah berkata beliau tidak mahu menyebut mengenai sumbangannya, namun menegaskan banyak memulakan program untuk kanak-kanak di negara ini.

Katanya, beliau berasa bangga atas sumbangannya daripada pelbagai cara bagi memajukan kanak-kanak.

“Saya tak pernah terfikir untuk membazir wang. Saya bertanggungjawab ke atas BAKTI (Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri) dan kami mempunyai RM45 juta, tidak pernah saya sentuh satu sen pun,” katanya.

Rosmah berkata, beliau juga tidak pernah mengenali sesiapa dalam Jepak Holdings, syarikat yang dianugerahkan kontrak.

“Tiada siapa nampak saya ambil wang tetapi kalau begitu kesimpulannya, saya serahkan kepada Allah.

“Saya tidak tahu pun jumlah kos projek itu sebanyak itu. Saya hanya bercakap benar dan tidak lain hanya kebenaran,” katanya.

Rosmah berkata, beliau tidak pernah terfikir untuk menipu mana-mana persatuan yang dipimpinnya.

“Jadi apabila saya didakwa di mahkamah, saya terkejut. Saya juga tidak pernah mempengaruhi suami (Datuk Seri Najib Razak). Setiap kali saya buka mulut, dia (Najib) akan kata awak isteri saya jangan masuk campur,” katanya.

Sementara itu, peguam bela Rosmah, Datuk Jagjit Singh mengemukakan rayuan supaya anak guam dikenakan hukuman ringan.

Beliau meminta hakim menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda minimum kepada Rosmah.

“Rosmah mempunyai perwatakan yang tidak tercela dan berbakti kepada negara sebagai isteri kepada Perdana Menteri terutama dalam membantu anak-anak kecil yang tidak diberi pendidikan.

“Selain itu, program Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) dibangunkan Rosmah bagi membantu kanak-kanak kurang bernasib baik dan iasesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh isteri mana-mana Perdana Menteri di negara ini.

“Rosmah juga mempunyai masalah kesihatan yang perlu dipertimbangkan mahkamah dan orang lain yang terbabit dengan projek itu semuanya bebas sementara hanya beliau didakwa di mahkamah,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram menggesa mahkamah mengambil kira tahap serius kesalahan berkenaan.

Katanya, Rosmah berhadapan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali jumlah suapan diterima.

“Sebarang keputusan harus membuat mereka yang ingin mengambil rasuah tidak berbuat demikian. Jika hanya penjara sehari, ia akan memberi isyarat salah kepada rakyat.

“Maksimum atau hampir maksimum hukuman perlu diberikan. Korupsi adalah kesalahan serius,” katanya.

Sejurus Rosmah mendengar kenyataan itu, beliau mengatakan, “lebih baik bunuh saya.”

Mahkamah Tinggi memerintahkan Rosmah dipenjara 10 tahun bagi setiap tuduhan yang berjalan secara serentak dan didenda RM970 juta.

Bagaimanapun, Mohamed Zaini membenarkan pelaksanaan hukuman itu ditangguhkan hingga Rosmah mengemukakan rayuan.

Jika beliau gagal membayar denda berkenaan, Rosmah perlu menjalani hukuman penjara tambahan 30 tahun.

TAMAT

kredit:hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button