"Iya, kami sudah bercer4i" - Ini pengakuan mengejvt dari Nad Zainal - Menujukebenaran
Uncategorized

“Iya, kami sudah bercer4i” – Ini pengakuan mengejvt dari Nad Zainal

KUALA LUMPUR: Selepas tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga, aktres Nad Zainal mengesahkan ikatan perkahwinan dengan Muhammad Faliq Amiruddin terlerai, baru-baru ini.

Spekulasi mula tercetus apabila semakan dalam Instagram milik pelakon Takdir Yang Tertulis di TV3 itu mendapati tiada lagi foto bersama Muhammad Faliq.

Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin mengakui, ikatan perkahwinan sudah terlerai, namun, enggan mendedahkan tarikh berpisah.

Saat indah Nad bersama Muhammad Falid dan dua cahaya matanya.

Dalam nada tenang dengan penuh emosi, Nad berkata, keputusan berpisah bukan perkara mudah.

“Iya, kami sudah bercerai, baru-baru ini. Keputusan berpisah ini juga dicapai dengan kata sepakat.

“Kami masih berkawan baik demi anak-anak,” katanya ketika dihubungi BH Online.

 

Diasak bila dan punca bercerai, Pelakon Drama Wanita Terbaik, Anugerah Skrin 2018 itu enggan mengulas lanjut.

Cukup dikongsi status terkini. Saya perlu menjelaskannya agar tidak mengundang fitnah.

“Apa yang lebih utama, saya perlu kuat untuk meneruskan survival membesarkan dua cahaya mata serta membiasakan diri dengan status ibu tunggal,” katanya yang bakal muncul dalam drama Cina Buta arahan Shahrulezad Mohameddin.

Nad dan Muhammad Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015.

Sepanjang perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, 1.

Biodata Dan Latar Belakang

Nama sebenarnya, Farah Nadia binti Zainal Abidin.

Menggunakan nama komersial, Nad Zainal.

Berumur 30 tahun.

Kelahiran Kajang, Selangor pada 16 Mei 1990.

Kediamannya terletak di Taman Melawati, Shah Alam.

Anak tunggal kepada pasangan Zainal Abidin bin Abu dan Faridah binti Mohd Noor.

Mendapat pendidikan dalam bidang Diploma Teater di Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Bergiat aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2008 sebagai seorang pelakon dan model.

Antara drama dibintanginya seperti Impian, Blogger Boy 2, Bukan Bidadari, Kampung Girl, Oh My English! After School, Jurnal Suraya dan Di Hujung Ranting.

Termasuk telefilem 100 Hari, Mawar Putih Tanda Perpisahan, Elly & Epit, Dosa Perempuan, Pentas Haiwan, Syirik dan banyak lagi.

Pembabitannya di layar lebar menerusi filem Jidin Sengal, Kami Histeria, Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan, Juvana 3: Perhitungan Terakhir, Aku Haus Darahmu, Soulmate Hingga Jannah, Malay Regiment dan Hasmah Bila Deh Bertemu Det.

Penglibatannya di pentas teater menerusi pementasan Muzikal Tun Razak, Projek Tanda, Makyung Sindo, Maduku… Kalut, Diari Wanita… Episod Kak Ani & Nyonya dan Ombak Rindu… Tiada Penghujung.

Pernah menghoskan program Citarasa Malaysia yang bersiaran di TV Okey.

Antara lain, beliau pernah menjayakan watak Sarah dalam drama radio berjudul Dramatik Kool: Sumpahan Stiletto yang ke udara di Kool FM.

Pemegang trofi Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 dan Pelakon Wanita Terbaik Drama (Fatonah Azali) di Anugerah Skrin 2018.

Mendirikan rumah tangga dengan seniornya di ASWARA iaitu Muhammad Faliq Amirullah pada 18 Disember 2015, selepas mengikat tali pertunangan pada 31 Ogos 2015.

Fakta Menarik

Seorang yang gemar mengambil minuman berkarbonat, sebelum menghentikan tabiat buruknya itu kerana ingin menjaga penampilan diri.

Menjaga kesihatan diri dengan turut mengamalkan rahsia kecantikan.

Pelakon hebat, Umie Aida menganggap beliau sebagai seorang anak seni yang jujur dalam melaksanakan pekerjaan sehingga Umie mengakui melihat bayangan dirinya dalam jiwa Nad.

Ketika usia kanak-kanak, keluarganya hanya menggunakan motosikal bapa sebagai pengangkutan kerana bapanya tidak mampu membeli kereta.

Memasarkan jenama kosmetiknya, Audela by Nad Zainal pada 1 Mac 2016 dengan penghasilan beberapa produk yang mendapat sambutan hangat.

 

Sumber : Berita Harian/gengjoyah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button