Ibu Puteri Balqis Pula B0ngkar Semua Kerja J4hat Bekas Suami, dan bila ada yg tanya kenapa tak buat report, ini jawapan ibunya - Menujukebenaran
Uncategorized

Ibu Puteri Balqis Pula B0ngkar Semua Kerja J4hat Bekas Suami, dan bila ada yg tanya kenapa tak buat report, ini jawapan ibunya

Pendedahan pelakon remaja, Puteri Balqis berkenaan kelakuan toxic bapa kandungnya dalam sebuah podcast benar-benar mengejutkan banyak pihak.

Melalui pengakuan tersebut, dia dan ibu dikatakan ditekan secara mental dan fizikal oleh bapanya sejak dari kecil sehinggalah ibu serta bapanya berpisah.

Dituduh buka aib keluarga


Selain mengalami gangguan seksual oleh bapa kandungnya sendiri, dia dan ibu juga perlu berdepan dengan jenayah-jenayah yang pernah dilakukan oleh lelaki itu.

Namun, masih ada pihak yang mengatakan bahawa mereka membuka aib keluarga sedangkan ia adalah satu pendedahan jenayah yang pernah dilakukan oleh darah daging pelakon itu sendiri.

Ibu dedahkan lagi perkara jahat bekas suami
Susulan daripada itu, ibu kepada pelakon tersebut, Norashikin Mohd Aziz telah meluahkan rasa kesal dengan dakwaan-dakwaan netizen yang mengatakan anaknya membuka aib keluarga.

Justeru itu, Ashikin telah menulis di Insta Story anaknya dengan menjelaskan segala kelakuan buruk bekas suaminya yang sebelum ini kerap dianggap ‘mulia’ oleh orang sekeliling.

Main forex kata jenayah, menyamun bukan jenayah ke?

Pergi menyamun, pinjam ahlong

Hisap dadah, berhutang, letak pedang samurai dekat leher

Bayar kereta yang digunakan untuk menyamun oleh suami

Ada alasan kenapa tak buat report

Netizen hanya tahu meroyan

Tak menyesal dedah semua kebenaran
Puteri Balqis juga turut menulis di ruangan Instagramnya dengan mengatakan seburuk manapun ibunya, dialah yang sanggup menjaga serta membesarkannya dengan pelbagai caci maki masyarakat.

Tambahnya, dia dan ibu sama sekali tidak menyesal dengan pendedahan tersebut kerana apa yang dikatakan adalah proses yang dilalui dalam hidupnya sendiri.

Sejak semalam, tular di media sosial pendedahan berani pelakon remaja tersebut berkenaan kisah kehidupannya dengan bapa kandung.

Apa yang dikongsikan di saluran YouTube brosgang itu telah menuai pelbagai maklum balas dan ada di antara mereka menganggap ia sebagai aib yang didedahkan kepada umum.

akwaan yang dibuat pelakon remaja itu telah mengundang respon Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun.

Menerusi laporan Kosmo!, Rina berkata setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan rasmi dan dia juga hanya mengetahui dakwaan itu melalui media.

Jika betul ada, kita akan panggil dia dan bapanya untuk disiasat serta tidak teragak-agak ambil tindakan tegas di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Jelasnya, jika ada laporan pihaknya bersedia memanggil pelakon remaja itu untuk siasatan lanjut.

Tambah Rina Harun, jika dakwaan itu benar, ianya amat menyedihkan kerana ibu bapa sepatutnya menjadi pelindung dan membimbing anak-anak.

Berdasarkan statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tahun ini, kanak-kanak perempuan paling ramai menjadi mangsa penderaan seksu4l.

Lihat juga apa kata orang ramai:

Taknak komen apa2,takut jatuh fitnah..cuma jika benar apa yg mereka ceritakan,semoga pihak polis ambil tindakan atas ayahnya..dn pada adik aqish dn ibunya,semoga terus kuat..jika sebelum ni awak berdua jatuh kerana manusia,sekarang bangkitlah kerana Allah.

Ramai ja org melayu kita yg malu nak buat report …kes mcm ini pada mereka tu jatuhkan maruah keluarga…..rasa takut tu memang ada byk ja berlaku cuma kita yg tak tahu.

Lebih elok biar pihak berwajib siasat dan x perlu rasenye dedahkan pd umum.. mmg jahat.. tp ttp bapa kandung tu.. mmg aib perlu disebar.. tp bkn cara umum.. ckp dlm pihak berwajib jer.. bkn ape.. sejahat² ibu bapa.. ttp ibu bapa yg wajib kita hormat.. bkn hormat kejahatan nye.. tp hormat pd HAK dia sebagai ibu bapa

Sumber: Instagram morosechild, brosgangtv

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button