“Kpada Sebar Fltnah.. Ini Perbualan Saya dengan dia..” Buat Lap0ran diKedah, Bapa Aqish Dedah sesuatu…

Sebelum ini, Pelakon Puteri Balqis atau lebih mesra disapa sebagai Aqish mendedahkan bahawa dirinya pernah menjadi mangsa gangguan seksual ayah kandungnya sendiri. Pengakuan tersebut secara tidak langsung mengejutkan orang ramai kerana tidak menyangka pelakon itu pernah melalui ‘detik hitam’ ketika usianya masih kecil.
Ayah Puteri Balqis buat laporan polis?
Menerusi satu ciapan pengguna di Twitter dikenali sebagai Kamal Aziz, memaparkan foto tangkap layar perbualan dia bersama seorang individu dipercayai ayah kepada Puteri Balqis.
Amekaw kepada yang Retweet dan sebar fitnah pasal bapa Balqish. Ni perbualan aku dengan bapa budak 15 tahun tu.
Di dalam tangkap layar tersebut, lelaki yang disapa sebagai GG menyatakan bahawa dia telah membuat laporan polis berhubung isu terbabit, namun enggan mendedahkan lokasi balai polis tersebut.
Sorry uncle tak boleh nak dedahkan balai mana dan sebagainya tapi memang dah buat laporan polis.
Dedahnya lagi, dia masih waras dan mengakui tidak pernah terfikir untuk membuat perbuatan terkutuk itu terhadap anaknya.
GG masih waras dan wallahi memang tak terniat atau terfikir GG nak buat dan katakan benda-benda keji itu.
Allah Yang Maha Mengetahui segalanya.

Puteri Balqis dedah jadi mngsa gangguan seksu4l ahli keluarga rapat
Terdahulu Nama pelakon remaja, Puteri Balqis sekali lagi menarik perhatian selepas satu pendedahan berani menjadi mngsa g4ngguan seksu4l ahli keluarga rapatnya sendiri seawal usia lima tahun.
Perkara itu didedahkan menerusi temu bual bersama saluran YouTube Bros Gang TV.
Dalam pada itu, Aqish turut memaklumkan bahawa ibunya selalu berpesan untuk berdiam agar situasi tidak diketahui orang luar.
Hal ini kerana, agak sukar untuk Aqish meyakinkan orang luar mengenai penderitaan yang dialami mereka.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen sudah menjangkakan pasti ada sesuatu yang tak kena dengan remaja itu kerana penampilan dan perilakunya yang dilihat sangat berlainan berbanding ketika masih kecil.
Malah netizen turut bersedih dan mula faham perubahan yang berlaku dalam diri Aqish selepas mengetahui penderitaan yang dialami pelakon itu sejak sekian lama.
“Dah agak. Adik Aqish budak baik. Mesti ada sesuatu yang tidak kena. Betullah,” kata seorang netizen.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun dalam responsnya bersedia untuk memanggil Aqish jika ada laporan dibuat.
Kata Rina, setakat ini belum ada laporan rasmi diterima daripada pihaknya dan beliau juga baru mengetahui tentang perkara tersebut menerusi media.
Ujar Rina, jika betul berlaku pihaknya akan memanggil Aqish serta pelaku untuk disiasat serta tidak teragak-agak ambil tindakan tegas di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.
Sejak akhir-akhir ini, Puteri Balqis menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen kerana dia menggayakan imej yang seksi dalam media sosial.
Meskipun begitu, pelakon yang pernah membintangi filem KL Special Force itu dilihat menjawab pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepadanya dengan penuh tenang dan matang.
Pendedahan pelakon remaja, Puteri Balqis berkenaan kelakuan toxic bapa kandungnya dalam sebuah podcast benar-benar mengejutkan banyak pihak.
Melalui pengakuan tersebut, dia dan ibu dikatakan ditekan secara mental dan fizikal oleh bapanya sejak dari kecil sehinggalah ibu serta bapanya berpisah.
Dituduh buka aib keluarga
Selain mengalami gangguan seksual oleh bapa kandungnya sendiri, dia dan ibu juga perlu berdepan dengan jenayah-jenayah yang pernah dilakukan oleh lelaki itu.
Namun, masih ada pihak yang mengatakan bahawa mereka membuka aib keluarga sedangkan ia adalah satu pendedahan jenayah yang pernah dilakukan oleh darah daging pelakon itu sendiri.
Ibu dedahkan lagi perkara jahat bekas suami
Susulan daripada itu, ibu kepada pelakon tersebut, Norashikin Mohd Aziz telah meluahkan rasa kesal dengan dakwaan-dakwaan netizen yang mengatakan anaknya membuka aib keluarga.
Justeru itu, Ashikin telah menulis di Insta Story anaknya dengan menjelaskan segala kelakuan buruk bekas suaminya yang sebelum ini kerap dianggap ‘mulia’ oleh orang sekeliling.
Main forex kata jenayah, menyamun bukan jenayah ke?
Pergi menyamun, pinjam ahlong
Hisap dadah, berhutang, letak pedang samurai dekat leher
Bayar kereta yang digunakan untuk menyamun oleh suami
Ada alasan kenapa tak buat report
Netizen hanya tahu meroyan
Tak menyesal dedah semua kebenaran
Puteri Balqis juga turut menulis di ruangan Instagramnya dengan mengatakan seburuk manapun ibunya, dialah yang sanggup menjaga serta membesarkannya dengan pelbagai caci maki masyarakat.
Tambahnya, dia dan ibu sama sekali tidak menyesal dengan pendedahan tersebut kerana apa yang dikatakan adalah proses yang dilalui dalam hidupnya sendiri.
Sejak semalam, tular di media sosial pendedahan berani pelakon remaja tersebut berkenaan kisah kehidupannya dengan bapa kandung.
Apa yang dikongsikan di saluran YouTube brosgang itu telah menuai pelbagai maklum balas dan ada di antara mereka menganggap ia sebagai aib yang didedahkan kepada umum.
Sumber : kamalazizKini
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: