“Ingat aku tak ada duit RM100,000 tu?..”- Baru Je Dato Hattan Tegur Atas Pentas, Ini Pula Respon Ifa Raziah - Menujukebenaran
Uncategorized

“Ingat aku tak ada duit RM100,000 tu?..”- Baru Je Dato Hattan Tegur Atas Pentas, Ini Pula Respon Ifa Raziah

Menerusi konsert minggu ketiga ‘Terpaling Juara’, Dato Hattan selaku juri tetap program berkenaan meminta pihak penerbit untuk tidak melakukan sebarang penyingkiran, semalam.

Hazami dan Ifa Raziah dua terendah? Di akhir program, Dato Hattan meminta Haziq dan Shiha untuk membacakan dua nama peserta yang menduduki dua tangga terbawah.

Menurut Haziq, Hazami dan Ifa Raziah memperoleh markah yang terendah berdasarkan persembahannya.

“Semasa sesi latihan saya dapat pujian, bagus. Selama dua hari sejak Khamis dan petang tadi (semalam) semua ok.

Tapi itulah kitakan manusia akan lakukan kesilapan dan bukan robot,” kata Ifa Raziah. Ifa berkata demikian ketika mengulas persembahannya menerusi lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah dalam program realiti Terpaling Juara yang dikatakan teruk dan sumbang.

“Masa nak keluar diumumkan dua peserta tangga terbawah dengan Hazami pun saya hampir terjatuh. Bukan saya nak bohong.

“Disebabkan benda yang kita tak rancang dan tak disengajakan, segalanya jadi lain. Tiada siapa yang sempurna.

“Kau bagus macam manapun kalau ada kesilapan teknikal dia akan jadikan kita huru hara. Itu masih terkawal atas pentas.

Kalau budak baru dia tak boleh kawal itu semua,” katanya kepada Harian Metro.

Penyanyi yang dikenali dengan imej bersuara lantang ini berkata, dia tidak kesal dengan apa yang berlaku dalam persembahannya.

 

“Tak mengapa, orang kenal saya sebagai penyanyi dangdut.

Tapi saya bangga dengan diri saya sendiri kerana setiap minggu saya mencuba sesuatu yang lain.

“Bukan semua orang boleh sahut cabaran ini. Saya buat  yang terbaik dan tunjukkan. Orang TV3 pun tahu saya boleh buat.

Cuma nasib saya kurang baik akibat teknikal,” katanya.    Ifa dan Hazami bagaimanapun diselamatkan oleh Hattan yang mahu terus memberi peluang mereka berada dalam program ini.

“Apapun saya okey kalau tersingkir. Kalau tersingkir pun saya tetap Ifa Raziah. kau ingat aku tiada duit RM100,000 itu?

“Nak kata saya gembira atau sedih sebab terselamat itu tidaklah.

Pada saya ia biasa macam saya buat show hari-hari. Walau macam ini pun tetap juga orang panggil saya menyanyi,” katanya.

 

Penyanyi, Ifa Raziah akui kurang senang dengan komen yang diberikan oleh guru vokal, Shaffiq Erwin mengenai teknik nyanyiannya sewaktu membawakan lagu Di Pintu Syurga di program realiti terbaru, Terpaling Juara.

Menurut Ifa, penurunan kemampuan vokal sebenarnya merupakan perkara biasa lebih-lebih lagi apabila seseorang penyanyi itu sudah pun meningkat usia.

 

“Kau siapa nak sound-sound aku ni nyanyi sumbang ke apa? Aku tak kenal kau pun dalam industri ni?

Umur aku dah dekat 50 tahun, memang la suara kadang-kadang kelaut sikit. “Kau suruh mak kau nyanyi, aku nak tengok.

Semua artis akan lalui fasa ni bila dia orang dah berumur, baik Hollywood, Kollywood atau Greenwood.

Semua yang. dulu suara high pitch tak akan dapat macm suara 20-30 tahun yang lalu,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh Ifa menerusi ruang komen di posting Instagram, Shaffiq.

Malah, Ifa turut merasakan komen tersebut seperti tidak adil lebih-lebih lagi apabila membanding-bandingkan kemampuan penyanyi lama dan baru.

“So respect la sikit kami yg tua ni. Nak compare dengan budak-budak muda memang la kami tak mampu nak lawan.

“Kau yang muda pun suara tak kemana, aku nak tengok suara kah masa umur ko 50 nanti.

Ko tunggu masa tu akan tiba,” jelasnya lagi. Pada masa sama, penyanyi lagu Ser Ser Ser ini juga menyifatkan penglibatannya di program tersebut hanyalah sekadar suka-suka dan bukannya untuk mengejar kemenangan.

“Aku masuk pertandingan ni suka-suka je, bukan pasal duit. Setakat RM100k tu, aku pun ada.

 

“Tak payah la kutuk-kutuk, kita hidup ni santai-santai je, apa yang masalah sangat pada kau, kalau aku sumbang. Kalau aku tersingkir pun, aku tetap IFA RAZIAH,” akhirinya.

Terdahulu, Shaffiq telah memuat naik video reaksi penuhnya terhadap nyanyian Ifa yang dikatakan agak sumbang sewaktu menyanyikan lagu dendangan penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah. Sumber: Hiburan

Kredit:rentasasia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button