Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Ps1k1atri, Disahkan Hidap PTSD?

Nama pelakon Puteri Balqis masih menjadi topik panas dalam kalangan pengguna media sosial selepas mendakwa ayah kandungnya melakukan gangguan s3ksual ketika ditemubual oleh ‘Bros Gang TV’.
Jumpa pakar ps1kiatri
Memetik laporan dari Boom!, Puteri Balqis, 15, dan ibunya, Norashikin Mohd Aziz telah dibawa berjumpa dengan pakar ps1k1atri di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, pada Rabu.
Menurut sumber, aktres berumur 15 tahun itu dan ibunya dikehendaki bermalam di wad hospital berkenaan.
Selepas laporan polis dibuat atas nasihat peguam Aqish (Puteri Balqis) dan ibunya dibawa ke hospital untuk berjumpa pakar ps1k1atri.
Tujuannya adalah untuk membuktikan apa yang dikatakan oleh Aqish itu benar dan pend3raan mental yang dialaminya juga benar-benar berlaku.
Kita pun tidak mahu orang menudvh dia meraih simpati atau mereka-reka cerita. Jadi, dia ke hospital bersama dengan polis.
Gangguan ment4l

Hasil laporan perubatan daripada pakar ps1k1atri, Puteri Balqis dan ibunya disahkan menghadapi gangguan stres pascatrauma atau Post-traumatic stress disorder (PTSD).
Pada Isnin, Puteri Balqis membuat laporan pada jam 10.25 malam susulan dakwaan bapanya gemar menonton filem luc4h, malah pernah melakukan perbuatan 0n4ni di hadapannya.
Sebelum ini, media melaporkan, bapa kepada Puteri Balqis membuat laporan di Balai Bandar Baharu, Kedah pada Ahad.
Bapa kandung pelakon remaja perempuan ditahan polis semalam susulan laporan polis dibuat anaknya membabitkan kes serangan seksu4l, pengabaian dan memiliki bahan luc4h.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, lelaki itu ditahan 2.25 petang semalam.
Menurutnya, polis turut merampas telefon bimbit dari suspek dan dihantar ke Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dianalisa.
Beliau berkata, suspek dibawa ke Majistret Mahkamah Shah Alam untuk permohonan reman sebelum reman dibenarkan sehingga 12 September ini.
Harian Metro sebelum ini melaporkan polis mengesahkan menerima laporan dibuat seorang pelakon remaja perempuan yang mendakwa diganggu secara seksual oleh bapanya menerusi pendedahan dalam program broadcast di YouTube, baru-baru ini.
Terdahulu, pelakon berusia 15 tahun menjadi tetamu jemputan dalam satu program broadcast di YouTube bagi berkongsi mengenai kisah hidupnya, baru-baru ini.
Pelakon terbabit mendedahkan sikap buruk bapanya selain memperlakukan ibunya dengan teruk.
Kelmarin, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersedia memanggil pelakon terbabit jika ada laporan dibuat.
YouTuber hadir ke balai polis dipercayai berhubung isu Puteri Balqis, pertahan tindakan siar temu bual atas dasar hak asasi manusia
SEJAK video temu bual bersama pelakon remaja Puteri Balqis yang dirakamkan oleh Youtuber Bros Gang TV disiarkan menerusi saluran YouTube mereka pada Sabtu lalu, ia bukan sahaja tular malah mengundang kemarahan dalam kalangan masyarakat.
YouTuber yang terkenal dengan content kontroversi itu didakwa sengaja mengeksploitasi kisah Puteri Balqis atau lebih mesra dengan sapaan Aqish itu meskipun sedar kenyataan dibuat pelakon itu tuduhan berat.
Tidak hanya itu, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia menjelaskan Youtuber berkenaan tidak mempunyai hak untuk menyiarkan pendedahan itu kepada umum.
Pendedahan Aqish mengejutkan banyak pihak.
Presidennya, Datuk Dr Raj Karim turut menggesa agar saluran YouTube itu dikenakan tindakan tegas daripada pihak berkuasa.
Menjelaskan mengenai perkara tersebut, Bros Gang TV menerusi kenyataan di Instagram menjelaskan mereka sudah mendapat persetujuan Aqish untuk menyiarkan rakaman temu bual berkenaan.
Jelas kenyataan itu lagi, mereka tidak pernah memaksa pelakon berkenaan untuk berkongsi perkaran itu sebaliknya ia adalah atas kehendak Aqish sendiri.
“Kami tidak paksa Aqish tetapi dia sendiri mahu berkongsi kisah hidupnya. Aqish sendiri cakap yang dia tidak tahan memendam perasaan setalah bertahun-tahun dan izinkan kami untuk menyiarkan podcast tersebut,” jelas kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, Bros Gang TV mempertahankan tindakan menyiarkan temu bual itu atas dasar hak asasi manusia.
“Apa yang kami buat sekarang adalah atas dasar human ringhts. Berapa ramai kanak-kanak yang menjadi mangsa di luar sana? Kenapa mahu fokus kepada kami?,” kata kenyataan itu lagi.
Ingat, setiap apa yang berlaku ada hikmah. Tuhan kenalkan kami dengan Aqish pun salah satu hikmah untuk menyuarakan apa yang dialaminya
Justeru mereka berharap fokus sebenar isu berkenaan adalah bagi mendapatkan pembelaan sewajarnya buat Aqish selain menyifatkan pertemuaan mereka adalah hikmah dalam membuka mata pelbagai pihak tentang isu tersebut.
“Ingat, setiap apa yang berlaku ada hikmah. Tuhan kenalkan kami dengan Aqish pun salah satu hikmah untuk menyuarakan apa yang dialaminya.
“Pihak polis pun telah membuat siasatan, selebihnya kita berdoa,” ujar kenyataan itu.
Aqish mendakwa jadi mangsa amang seksual bapa kandung.
Sementara itu, menerusi perkongsian di Instagram Story, pasukan Bros Geng TV yang terlibat dalam pembikinan video tersebut dilihat berada di balai polis.
Meskipun tidak menjelaskan tujuan mereka ke sana, namun salah seorang daripada mereka memberitahu tidak akan berkongsi sebarang video lagi selepas ini.
“Kami berada di balai polis, kemungkinan besar tak nampak kami update video lagi,” katanya.
kredit:hmetro
Sumber: Boom!
Kredit: Ohbulan