“Tiada keserasian pada waktu di puncak kesenangan kan abang?” – Baru Je Berkahwin, Sekali Bekas Isteri Pakar Saham DDNK Bongkar Perkara Ini Pula

Heboh di media sosial mengenai perkahwinan seorang pakar pelaburan saham yang dikatakan terkenal dengan tagline ‘Tak Handsome Tak Apa, Janji Kaya’.
Laporan media, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan, 47, telah menamatkan zaman dudanya Jumaat lalu dengan Tuan Nor Ernie Rossmeris Tuan Zahari, 25, dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara.
Menurut Mohd Nazri Khan yang juga Pengurus Kewangan Bertauliah dan Penganalisis Ekonomi itu berkata, dia terdahulu tidak disukai oleh wanita itu yang merupakan pelajarnya.
“Pada mulanya dia tak suka saya mungkin sebab dah tua. Beza umur kami 22 tahun. Bukan mudah nak menawan hatinya, tetapi Alhamdulillah kami selamat bernikah pada Jumaat.
“Sebenarnya sudah genap setahun kami berkenalan. Kami berkenalan ketika saya menyampaikan satu ‘talk’di sebuah universiti. Asalnya saya mengajar saham.
Tetapi apabila sudah lama kenal, saya berjumpa dengan keluarganya. Kiranya, jumpa September tahun lalu dan Februari kami mulai serius.
“Jadi, lebih kurang tujuh bulan saja perhubungan kami sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin,” katanya.
Jelas Mohd Nazri Khan lagi, dia tertarik dengan sikap isterinya yang manja, lembut dan sebagainya membuatkan kehidupan terasa kelainan yang baharu.
“Isteri sangat manja, dia pelajar, dengar cakap dan mudah dibentuk. Jadi, saya rasa macam ada satu pengecualian dalam hidup saya sebagai orang korporat.
Apabila jumpa dia, kami tak bincang mengenai dunia korporat. Jadi, ia lain daripada kehidupan saya.
“Pada mula saya tengok dia, saya suka dia sebab kelembutan dimiliki dan dia manja. Kami macam ada keserasian terus dan tak rasa saya ni macam orang tua.
“Bagi saya, beza umur ini tak ada masalah dari awal berkenalan. Saya tak pernah jumpa budak muda yang boleh berborak dengan orang tua macam saya, macam kawan-kawan,” katanya.
Difahamkan, perkahwinan itu merupakan perkahwinan keduanya selepas bercerai dengan isteri pertama, yang membuatkan dia menduda selama setahun.
“Ini perkahwinan kedua saya. Secara rasmi, hidup menduda sekejap saja. Kalau tak rasmi, dah lama tak tinggal bersama dan tak sehaluan itu sudah setahun,” katanya.

Bekas isteri ucapkan tahniah kepada pakar saham kahwini pelajarnya yang manja
Pada 5 September lalu, bekas isterinya, Atielia De Sams, tampil mengucapkan tahniah kepada bekas suaminya dan sedikit sebanyak ‘menjelaskan’ mengenai apa yang berlaku.
“Selamat pengantin baru buat bekas suami ku yang telah hidup (bersama) selama 20 tahun dan kenal 22 tahun. Tiada keserasian pada waktu di puncak kesenangan kan abang? Waktu susah dulu, senang sama-sama.
“Saya mendoakan perkahwinan yang telah berlangsung di Thailand berkekalan sampai akhir hayat. Harap tiada lagi drama-drama skandal lain dalam perkahwinan baru ini. Amiin,” katanya.
Menurut Atielia, ucapan tahniah itu terpaksa dimuat naik di Facebooknya kerana hasrat untuk menyampaikan ucapan itu di Facebook bekas suaminya tidak kesampaian kerana dia telah disekat dari berbuat demikian.
Dalam pada itu, Atielia turut berpesan kepada bekas suami untuk menyelesaikan segala tuntutannya tanpa menimbulkan masalah.
“Saya letak (ucapan) kat Facebook sayalah sebab nak wish kat Facebook bekas suami dah kena block. Tak apalah. Hidup ini jangan banyak berpusing-pusing, takut nanti terjerat diri sendiri.
“Jadilah diri sendiri itu lebih baik. Banyak yang saya simpan, tapi semoga Allah sahaja yang akan membalas semuanya. Ye, semuanya.
“Selesaikan tuntutan saya dan jangan triggered saya benda yang tak perlu saya jelaskan panjang lebar. Hidup simple, jangan kacau saya je.
“Buat statement biar betul. Itu je, mentang-mentang saya tak ada stage tak perlu buat kenyataan macam saya ni tak ada informer. Terima kasih,” ujarnya.
Sumber : Harian Metro / Facebook Atielia De Sams via The Reporter
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: