Uncategorized

Akhirnya Polis Berjaya Menahan 3 Individu, Rupanya Suami Usahawan Itu Ada Terlibat. Ini Penjelasan Pihak Polis..

Keluarga kepada seorang ejen jualan barangan kosmetik, Rosnazirah Mohd. Naim, 36, yang disyaki diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di sini semalam tidak menolak kemungkinan wanita itu dibawa ke Thailand.

Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, dakwaan tersebut berasas selepas kereta yang digunakan oleh kumpulan lelaki berkenaan ditemui berhampiran kawasan sebuah pangkalan haram di Sungai Golok dekat Pengkalan Kubor di sini.

“Tiada sebarang maklumat terbaru yang diterima oleh kami sebagai ahli keluarga.

“Saya berharap semua dapat mendoakan keselamatan Rosnazirah agar dia dapat ditemui dengan selamat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

SUAMI DIA ADA KAITAN DENGAN D4DAH MUNKIN JADI PUNCA

Lagi laporan polis dibuat keluarga pengasas Dnars Skincare – Malaysiapost

Perselisihan antara ahli sin diket da dah dipercayai punca utama seorang wanita yang juga ejen jualan kosmetik dilarikan sekumpulan lelaki dari kediamannya di Wakaf Bharu, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan awal pihaknya mendapati suami kepada mangsa dipercayai terbabit dalam aktiviti penyeludupan da dah.

Susulan itu katanya, polis sudah menahan tiga individu termasuk suami mangsa dan wanita, semalam bagi membantu siasatan.

“Kita sudah memohon bantuan daripada pihak berkuasa Thailand bagi menyelamatkan mangsa berusia 36 tahun dan usaha ke arah itu giat dilakukan.

“Polis juga percaya mangsa mengetahui aktiviti yang dilakukan suaminya selain mengenali suspek yang melarikannya kelmarin,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, seorang wanita dipercayai ejen kosmetik hilang selepas dipercayai diculik sekumpulan lelaki di rumahnya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 petang itu, mangsa disyaki dibawa lari dengan menaiki kereta jenis Toyota Vios.

Suspek yang terlibat dalam kes itu juga dipercayai menggunakan senjata semasa membawa lari mangsa terus ke arah Wakaf Bharu di sini.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dollah berkata, pihaknya menerima laporan dan mengesahkan kejadian tersebut.

Sumber : HMETRO ONLINE / K! Online

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *