"Bebal si Roslan ini, dia mahu juga saya datang" - Baru je Roslan Shah kata kena bayar ganti rugi RM33,000, Ini respon Datuk Jamal Abdillah - Menujukebenaran
Uncategorized

“Bebal si Roslan ini, dia mahu juga saya datang” – Baru je Roslan Shah kata kena bayar ganti rugi RM33,000, Ini respon Datuk Jamal Abdillah

PENGACARA Roslan Shah terpaksa membayar ganti rugi sebanyak RM33,000 kepada pihak penganjur Pameran Pengantin Expo Singapura selepas penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah didakwa gagal membuat kemunculan pada acara tersebut yang berlangsung sejak Jumaat lalu.

Roslan yang bertindak sebagai pembantu acara bagi mendapatkan artis jemputan program itu memberitahu, Jamal sebelum ini sudah memberi persetujuan untuk hadir sebagai penampilan istimewa namun gagal berbuat demikian pada saat-saat akhir.

“Sebelum ini beliau sudah beritahu akan hadir ke program tersebut malah pihak penganjur sudah menempah hotel dan tiket penerbangan untuk ke Singapura namun Jamal tidak hadir.

roslan shah 2

Pihak penganjur meminta Roslan bayar ganti rugi.

“Saya dihubungi pihak penganjur tentang hal berkenaan dan telah diminta untuk membayar ganti rugi sedangkan ia bukan salah saya.

“Sebagai seorang penyanyi legenda, Jamal sepatutnya bersikap profesional dan maklumkan lebih awal jika tidak dapat hadir. Sekurang-kurangnya saya boleh mencari pengganti yang lain,” katanya kepada mStar.

Tidak hanya Jamal, Roslan mendedahkan pelawak Yassin Yahya juga membatalkan penglibatan sebagai antara seorang selebriti yang akan membuka gerai jualan di expo berkenaan.

Kata Roslan, Yassin memaklumkan tidak dapat menyertai program itu pada saat-saat akhir meskipun promosi tentang penglibatan artis-artis dari Malaysia termasuk dirinya sudah dilakukan terlebih awal.

“Saya dimaklumkan oleh isteri Yassin dia ada masalah dan tidak boleh datang ke Singapura. Dia juga tidak maklumkan lebih awal dan beritahu salah seorang rakan artis lain menggantikan tempatnya di gerai jualan,” ujarnya.

Sementara itu, situasi tersebut kata Roslan telah menjejaskan nama baiknya dalam kalangan penganjur di Singapura dan semua kesalahan diletakkan di bahunya.

Mengambil iktibar atas apa yang berlaku, Roslan akan lebih peka apabila melibatkan nama-nama artis terkenal dalam mana-mana acara pada masa hadapan.

“Apabila nama artis yang memberi persetujuan sudah diiklankan di radio dan televisyen, orang akan datang untuk mencari mereka.

“Nama saya sendiri jadi buruk kerana mereka akan cara saya jika artis diharapkan tidak hadir. Ini ujian buat saya… walaupun rasa teraniaya, saya akan tetap kuat,” katanya.

Ini komen Datuk Jamal Abdillah

PENYANYI Datuk Jamal Abdillah tidak pernah menandatangani sebarang perjanjian untuk hadir ke sebuah acara di Singapura susulan dakwaan dia membatalkan kemunculan istimewa di di negara itu pada Sabtu.

Jamal juga mendakwa sudah memaklumkan kepada Roslan Shah tidak dapat menghadiri program itu disebabkan terikat dengan komitmen lain.

“Saya masih ingat, ketika dalam perjalanan dari Kuantan ke Dungun bulan lalu, Roslan ada menghubungi saya, pujuk untuk hadir ke acara berkenaan.

Saya sudah jelaskan, saya ada konsert eksklusif dengan penganjur di Singapura dan tak mahu ganggu penjualan tiket dengan membuat kemunculan terlalu kerap.

Jamal tidak mahu bertanggungjawab soal ganti rugi yang perlu dibayar Roslan.

“Lebih sejam kami berbual di telefon… sebelum itu, dia hanya menghubungi staf saya untuk menawarkan jemputan berkenaan tetapi saya tidak pernah memberikan persetujuan.

Entah mengapa dia nak tempah hotel, buat iklan dan buat pengumuman di media bahawa saya terlibat.

Sudah banyak kali saya ulang, tapi itulah, bebal si Roslan ini, dia mahu juga saya datang. Mungkin dia (Roslan) ada agenda sendiri atau mahu kaut keuntungan,” katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

“Tapi Roslan tetap pujuk saya dan yakinkan bahawa tiket konsert saya akan tetap habis terjual. Sebab dah malas nak layan orang yang tidak faham bahasa, saya cuma ‘iyakan’ sahaja, namun tidak memberi apa-apa persetujuan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Terdahulu, menerusi temu bual bersama mStar, Roslan mendakwa dia terpaksa membayar ganti rugi berjumlah RM33,000 kepada pihak penganjur Pameran Pengantin Expo Singapura susulan Jamal membatalkan kehadirannya di saat akhir sebelum acara berlangsung.

Roslan berperanan sebagai pembantu acara bagi expo itu yang bertanggung jawab menguruskan artis.

Mengulas mengenai ganti rugi yang dinyatakan Roslan, Jamal menegaskan itu bukan tanggung jawabnya kerana sejak awal dia sudah memaklumkan tidak dapat menyertai program berkenaan.

Sudah tentu saya rasa marah apabila orang boleh guna nama saya sewenang-wenangnya

DATUK JAMAL ABDILLAH

PENYANYI

“Dia kena bayar ganti rugi, bukan masalah saya. Sekiranya saya ada tanda tangan perjanjian maka barulah ia jadi tanggung jawab saya. Saya tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini.

“Sudah tentu saya rasa marah apabila orang boleh guna nama saya sewenang-wenangnya,” jelas Jamal.

Sementara itu, Jamal memberitahu dia telah meminta anak lelakinya, Yamani Abdillah untuk tampil mengadakan persembahan di Singapura untuk tidak mengecewakan peminat memandangkan namanya telah disenaraikan sebagai artis yang akan hadir membuat kemunculan istimewa.

Roslan berkongsi tuntutan ganti rugi yang perlu dibayar susulan ketiadaan Jamal

Perkara itu dilakukan kata Jamal kerana memikirkan namanya telah diwar-warkan akan hadir dan sekurang-kurangnya kehadiran Yamani sebagai wakil dirinya.

Dalam perkembangan lain, Jamal memberitahu bakal mengadakan sebuah konsert di Singapura pada 31 Disember depan dan 1 Januari 2023.

 

Sumber mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button