Uncategorized

“Sukar terima kehadiran lelaki lain dalam hidup ibu” – Anak Mas Idayu Mula Ceritakan Perkara Ini

SELEPAS 16 tahun sudah terbiasa hidup berdua bersama ibunya, anak kepada Mas Idayu iaitu Nur Dayini Asyiqah gembira apabila akhirnya penyanyi itu bertemu jodoh.

Dayini, 25, berkata, dia menerima kehadiran bapa tirinya, Muhammad Sufian Che Isa dengan hati terbuka dan menyifatkan Penerbit Eksekutif TV3 itu mempunyai sifat kebapaan yang tinggi.

Perwatakan itu juga kata Dayini melembutkan hatinya untuk menerima keputusan ibunya berkahwin kerana sebelum ini sukar menerima kehadiran lelaki lain yang mendekati Mas.

“Berbanding kenalan-kenalan lelaki Mommy sebelum ini, saya tidak begitu berkenan kerana seperti tidak boleh ‘ngam’ bersama mereka.

Dayini menerima Muhammad Sufian dengan hati terbuka sebagai seorang ayah tiri.

“Tetapi Daddy (panggilan untuk Sufian) memiliki sifat kebapaan yang boleh mengubati kerinduan saya terhadap Papa.

“Daddy juga seorang yang baik, ramah dan berusaha untuk mengambil hati saya,” katanya kepada mStar.

Terdahulu pada pagi Jumaat, Mas dan Sufian selamat bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz pada majlis yang diadakan di Magica Event Hall, Quill City Mall Kuala Lumpur.

Mas yang sebak dan dilihat mengalirkan air mata sepanjang majlis dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid berwakil walikan bapanya, Mesnum @ Masnum Hassan.

Sementara itu, Dayini mengakui turut mengalirkan air mata apabila melihat ibu kesayangan menangis kerana terkenangkan jatuh bangun wanita itu selama 16 tahun hidup bersendirian.

Dayini merupakan anak daripada perkongsian hidup Mas Idayu bersama pelakon Aman Graseka.

“Saya tidak boleh melihat Mommy menangis kerana saya tahu bagaimana keadaannya ketika berseorangan.

“Selama beberapa tahun ini memang dia keseorangan, hanya ada Dayini. Memang kami hidup berdua tanpa orang lain.

“Melihat dia menangis di hari bahagia membuatkan saya turut berasa sebak,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Dayini merupakan anak daripada perkongsian hidup Mas bersama pelakon Aman Graseka.
Mereka mendirikan rumah tangga pada 1997 dan bercerai pada 2006.

SELEPAS 16 tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi Mas Idayu akhirnya kernbali bergelar isteri kepada Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa dengan sekali lafaz pada pagi Jumaat dalam linangan air mata.

Mas atau Mas Idayu Mesnun, 50, dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek Kampung Baru iaitu Azizi Abd Hamid yang berwakil walikan bapanya, Mesnun  Mesnun Hassan pada majlis yang diadakan di Magica Event Hall, Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Muhammad Sufian, 51, menyerahkan RM1,001 sebagai mas kahwin berserta tujuh dulang hantaran yang dibalas lima dulang kepada pengantin lelaki manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Dalam pada itu, pasangan pengantin kelihatan anggun dan kacak dalam persalinan sedondon berwarna merah jambu rekaan Anas Abdullah dan solekan oleh Fazrin Wahid. Majlis bertemakan fairytale dan Inggeris itu turut disakslkan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Sahabat handai dan rakan media yang membuat liputan pernikahan pasangan berkenaan. Pada 4 September lalu, Mas mengadakan majlis adat bersiram selain majlis berinai pada malam Khamis yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara.

Terdahulu, Sufian menghantar rombongan merisik Mas di kediaman keluarga penyanyi itu di Kota Tinggi, Johor pada Mei lalu. Sufian menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,001 kepada isterinya.

Menariknya mengenai perkahwinan pasangan ini, is mendapat tajaan pelbagai pihak yang dianggarkan berjumlah RM7 juta. Sementara itu, Mas dan Muhammad Sufian akan diraikan dalam majlis resepsi.

Mas yang ditemani anaknya, Nur Dayini tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja bergelar isteri.

Mas memberitahu seperti kebanyakan pasangan lain, dia turut mengharapkan perkahwinan keduanya ini akan berkekalan sehingga akhir hayat.

“Sejujurnya perkahwinan kedua ini sangat bermakna kerana sebelum ini tiada sebarang persandingan atau acara meriah.

“Jadi boleh dikatakan majlis ini seperti perkahwinan pertama, tetapi apa lebih penting adalah perjalanan hidup selepas 16 tahun saya hidup sendirian,” katanya.

Pasangan ini dijangka akan ke Santorini, Greece sebagai lokasi bulan madu selama dua minggu.

kredit:mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.