Uncategorized

Lepas Dapat Tahu Sajat Tak Dapat Jumpa Anak, Tak Sangka Ini Tindakan Pelakon Abby Abadi Dan Azza Buatkn Ramai Sedih

HARAPAN Nur Sajat untuk bertemu dua anak angkatnya iaitu Syaza dan Syahmi yang setia menanti di Program Pengantin Expo

Singapura bertukar hampa apabila usahawan sensasi itu diusir pulang ke Australia sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura pada Sabtu.

Memaklumkan mengenai perkara itu, Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 37, berkata, dia akur terpaksa pulang ke Australia kerana permohonan visa untuk masuk ke negara itu masih belum diluluskan.

“Ummi minta maaf sayang, kecewa hati Ummi. Saya tersangkut di lapangan terbang Singapura. Nak jumpa anak-anak pun tak boleh. Sedih sangat, permainan pun saya kena bawa balik… tak boleh serah pada anak.

“Saya hormat undang-undang sebab visa yang masih ‘pending’. Saya minta maaf,” katanya.

Sajat memaklumkan mengenai situasi terkini menerusi video di TikTok.

Sajat berkata demikian menerusi hantaran video di platform TikTok miliknya yang turut memperlihatkan dia sedang membuat panggilan video bersama anaknya.

Menerusi hantaran sama, Sajat berkata, dia sudah melakukan yang terbaik untuk kembali bersatu dengan dua anaknya itu namun terpaksa akur dengan undang-undang Singapura.

Kata Sajat, dia terlalu merindui anak-anaknya dan kehadirannya di Singapura adalah satu-satunya peluang untuknya bertemu dengan Syaza dan Syahmi.

“Ummi dah buat terbaik untuk kita berjumpa. Ummi datang jauh-jauh untuk jumpa anak-anak Ummi. Ummi akur dengan keputusan, maafkan Ummi sayang.

“Dua tahun kita tidak berjumpa, Ummi nak sangat jumpa anak-anak Ummi. Ini sahaja peluang yang Ummi jumpa anak Ummi. Maafkan Ummi sayang. Ummi kena hantar balik ke Australia,” luahnya.

Maafkan Ummi sayang. Ummi kena hantar balik ke Australia.

Terdahulu, tular video memperlihatkan Syaza dan Syahmi muncul di atas pentas program berkenaan sambil menangis menahan kerinduan terhadap Sajat sambil ditenangkan oleh pengacara, Roslan Shah.

Ini Tindakann Abby Abadi dan Azza Elite.

Eksp0 besar-besaran tersebut turut dihadiri beberapa orang artis Malaysia seperti Abby Abadi dan juga Azza Elite.

Mereka bagaimanapun jelas tidak dapat tahan se.bak ketika melihat dan menda.kap anak-anak Sajat yang masing-masing sudah pun berumur 7 tahun.

Link video : tiktok

Dalam pada itu, dua rakan artis berkenaan berharap keluarga tersebut dapat dipertemukan kembali.

Memang Jat berma.salah, tapi bab anak-anak rindu ni se.bak betul…Dah jaga depa dari kecil dengan penuh kasih sa.yang

Menjengah ke ruangan k0men, rata-rata neti.zen turut sama bersimpati dengan nasib menimpa Sajat serta anak-anak.

Ramai mengaku faham akan perasaan yang dilalui usahawan tersebut tatkala perlu berpisah dan juga terse.pit di antara situasi ketika di negara orang.

Sajat yang sebelum itu dalam menahan sebak ketika muncul dalam video siaran langsung memberitahu tidak sabar untuk bertemu dengan anak-anaknya dan dalam perjalanan ke Singapura.

Usahawan itu dilaporkan bakal membuat kemunculan di acara itu pada Jumaat lalu namun kelibatnya langsung tidak kelihatan.
Anak-anak Sajat membuat kemunculan di pentas Expo Singapura yang menanti kedatangan ibu mereka.

Untuk rekod, Sajat pernah mencetuskan misteri apabila gagal dikesan pihak berkuasa selepas waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam,Selangor pada 23 Februari tahun lalu.

Sajat berjaya meloloskan diri ke Thailand ketika negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKP).

Persembunyian usahawan itu akhirnya terbongkar apabila dia ditahan pihak Imigresen Thailand pada 8 September 2021 di sebuah kondominium di Bangkok atas tuduhan memiliki pasport tidak sah.

Ketika itu, Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNCHR) sebelum berhijrah ke Australia.

kredit:mstar

Kredit: MSTAR/KD

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *