“Nampak macam serius…” Baru hari pertama, Mas Idayu ded4hkn perangai sebenar suaminya.

LINANGAN air mata Mas Idayu sejurus sah bergelar isteri kepada Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa pada pagi Jumaat seolah-olah menceritakan sesuatu sehingga penyanyi itu tidak dapat menahan tanglsannya.
Mas atau Mas Idayu Mesnun, 50, berkata, dia mengalirkan air mata kerana tidak menyangka selepas 17 tahun hidup bersendirian dia kini sudah mempunyai teman hidup yang dapat mengisi kekosongan dihatinya selama ini.
“Alhamdulillah, 17 tahun saya hidup bersendirian, sekarang saya sudah mempunyai teman hidup. “Itu membuatkan saya rasa sebak dan mengalirkan air mata,” katanya.
Terdahulu, Mas yang popular menerusi lagu Cintaku 100% bergelar isteri kepada Sufian dengan sekali lafaz menerusi majlis yang diadakan di Magica Event Hall, Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek Kampung Baru iaitu Azizi Abd Hamid yang berwakil walikan bapanya, Mesnun @ Masnum Hassan. Sufian, 51, menyerahkan RM1,001 sebagai mas kahwin kepada Mas berserta tujuh dulang hantaran yang dibalas lima kepada pengantin lelaki manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.
Dalam pada itu, Mas memberitahu dia tergerak hati untuk mencari teman hidup sekitar dua tahun lalu apabila timbul rasa sunyi dalam diri selepas sudah terlalu lama hidup bersendirian.
Ketika itu dedah Mas, ada beberapa lelaki yang cuba mendekatinya sehinggakan dia tidak tahu untuk membuat pilihan sehinggalah bertemu dengan Sufian. “Sebelum ini saya memang tidak percaya dengan mana-mana lelaki tetapi dua tahun kebelakangan ini saya mula rasa sunyi dan ingin seorang teman.
“Setiap hari saya berdoa agar dan pada ketika itu ada beberapa lelaki mula ‘masuk’ cuma saya tidak tahu untuk memilih mana sesuai.
“Sehinggalah datang orang yang saya suka (Sufian) dan saya rasa Sufian pilihan paling tepat,” katanya. Berkongsi lanjut tentang Sufian, Mas memberitahu suaminya itu seorang yang kelakar dan kualiti itu membuatkan dia tertawan dengannya.
“Mula-mula dulu, Sufian nampak seperti orang yang somb0ng dan ketika itu saya tertanya-tanya siapa dia sebenarnya.
“Namun selepas mengenalinya, saya suka karakternya yang kelakar dan apa sahaja dia lakukan pasti akan membuatkan saya ketawa,” katanya.
Dalam pada itu,anak kepada Mas Idayu iaitu Nur Dayini Asyiqah gembira apabila akhirnya penyanyi itu bertemu jodoh.
Dayini, 25, berkata, dia menerima kehadiran bapa tirinya, Muhammad Sufian Che Isa dengan hati terbuka dan menyifatkan Penerbit Eksekutif TV3 itu mempunyai sifat kebapaan yang tinggi.
Perwatakan itu juga kata Dayini melembutkan hatinya untuk menerima keputusan ibunya berkahwin kerana sebelum ini sukar menerima kehadiran lelaki lain yang mendekati Mas.
“Berbanding kenalan-kenalan lelaki Mommy sebelum ini, saya tidak begitu berkenan kerana seperti tidak boleh ‘ngam’ bersama mereka.
Dayini menerima Muhammad Sufian dengan hati terbuka sebagai seorang ayah tiri.
“Tetapi Daddy (panggilan untuk Sufian) memiliki sifat kebapaan yang boleh mengubati kerinduan saya terhadap Papa.
“Daddy juga seorang yang baik, ramah dan berusaha untuk mengambil hati saya,” katanya kepada mStar.
Terdahulu pada pagi Jumaat, Mas dan Sufian selamat bergelar suami-isteri dengan sekali lafaz pada majlis yang diadakan di Magica Event Hall, Quill City Mall Kuala Lumpur.
Mas yang sebak dan dilihat mengalirkan air mata sepanjang majlis dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid berwakil walikan bapanya, Mesnum @ Masnum Hassan.
Sementara itu, Dayini mengakui turut mengalirkan air mata apabila melihat ibu kesayangan menangis kerana terkenangkan jatuh bangun wanita itu selama 16 tahun hidup bersendirian.
Dayini merupakan anak daripada perkongsian hidup Mas Idayu bersama pelakon Aman Graseka.
“Saya tidak boleh melihat Mommy menangis kerana saya tahu bagaimana keadaannya ketika berseorangan.
“Selama beberapa tahun ini memang dia keseorangan, hanya ada Dayini. Memang kami hidup berdua tanpa orang lain.
“Melihat dia menangis di hari bahagia membuatkan saya turut berasa sebak,” ujarnya lagi.
Untuk rekod, Dayini merupakan anak daripada perkongsian hidup Mas bersama pelakon Aman Graseka.
Mereka mendirikan rumah tangga pada 1997 dan bercerai pada 2006.
kredit:mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: