"Saya tak ada kereta lamborghini, ferrari tapi saya ada yang lebih mahal…" Dedah Bonda Rozita - Menujukebenaran
Uncategorized

“Saya tak ada kereta lamborghini, ferrari tapi saya ada yang lebih mahal…” Dedah Bonda Rozita

Ibu kepada pengusaha kosmetik popular, Rozita Ibrahim atau lebih dikenali dengan panggilan Bonda Rozita mendedahkan yang dia kini sedang menanti rumah baharunya untuk disiapkan.

Menerusi gambar yang dikongsi, Bonda Rozita memberitahu yang kediaman dengan rekaan tradisional itu kini sudah hampir 80 peratus siap.

“Saya tak ada kereta mewah Lamborghini, Ferrari tapi saya ada yang lebih mahal lagi iaitu ‘warisan yang legenda’ yang tak akan ada lagi selepas abad ini. Saya suka simpan gambar kenangan sebelum siap sampai dah siap. Nampak tak, lawa kan?

“Sekarang superb cantik dah siap 80 peratus. Rumah ni sangat heritage. Ini gambar tiga bulan lepas. Beza sangat rumah ni dengan mana-mana rumah kayu saya yang lain,” katanya

Menurut Bonda Rozita, tangga yang digunakan untuk kediamannya itu sangat berat, sehingga terpaksa diangkat menggunakan kren.

Tambahnya, rumah tersebut mempunya beberapa bahagian yang turut digelar sebagai bahagian ibu dan anak.

“Yang saya bergambar ni, adalah rumah ibunya. Semua rumah ada nama kampungnya, ni saya namakan kawasan Istana Trenganu.

Kawasan ni akan naik rumah bujang pulak, rumah ni dia beranak-beranak untuk melengkapkan seni Terengganunya. Ada dewan makan dan ruang santainya.

“Insya-Allah akan siap sepenuhnya rumah lain sebagai anak-anaknya di keliling Istana Tela dalam Jun 2023,” tulisnya.

Penampilan Terbaru Bonda Rozita Ibrahim Yang Semakin Langsing Cur1 Perhatian Ramai. Wah Kurusnya Bonda, Pinggang Tu Ramping Betul. Dah Macam Anak Dar4, Cantik Sangat !!

Meninjau di akaun Instagram usahawan komestik, Bonda Rozita Ibrahim telah berkongsi beberapa video dan gambar ketika berada di Bali, Indonesia.

Difahamkan tempat yang dilawati oleh Bonda salah satunya adalah perkampungan Ubud.

Klik link di bawah untuk video

Video
Dalam video itu Bonda ada melakukan senaman ketika berada di sebuah hotel. Perkongsian video itu telah mencur1 perhatian warganet.

Hal ini kerana, Bonda kelihatan begitu cergas ketika melakukan senaman seperti itu dan tidak seperti tenaga usianya yang sebenar.

Selain itu, Bonda juga berkongsi di kapsyen yang Bonda sering bersenam setiap pagi dan puasa daud untuk kecerdasan dirinya.

Sebelum ini juga beberapa gambar Bonda yang sudah langsing turut menjadi perbualan ramai. Ada yang menyatakan penampilan Bonda sekarang sangat cantik dan mengalahkan anak dar4.

Wah, nampak lain terus wajah Bonda sekarang apabila sudah kurus, pinggang tu memang ramping sangat.

Sehingga kini perkongsian video Bonda berada di Bali telah mendapat ribuan tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

 

Di ruangan komen, rata-ratanya kagum dengan kecerdasan Bonda dalam video tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :

” Patut lah kurus ramping macam kerengga sekarang, cergas betul Bonda.  M4lu yang muda2 ni tengok, hehehe hebat betul.. “

” Hebatnya energy bonda, mcm org muda. Sangat kagum dengan perubahan Bonda sekarang, nampak makin muda lah.. “

” Hebat la bonda nie. Admire betul kita pada usia gam gini, masih bertenaga. Boleh lah amalkan puasa daud nanti, tq bonda.. “

” MashaaALLAH Bonda Rozita tenaga hyper. Rupanya kurus sebab puasa. Ingatkan buat sleeve sebab haritu nampak ada Dr Mustafa. Sorry bonda sebab salah sangka. Anyway tahniah bonda.. “

” Macam anak dar4 bonda. MasyaAllah cantik sungguh. Cantik betul tempat yang Bonda pergi ni, rasa damai tengok suasananya.. “

” Ingat gmbar dulu2 time kawin. Rupa nya gmbar terkini. Fuhh mantap bonda, inspirasi ni. Semoga sy pun dapat badan yang cantik seperti bonda.. “

” Bonda halusnyaaaa sekarang, nampak lain betul. Rasanya raya hari tu masih berisi lagi badan. Btw Bonda memang cantik sangat biar berisi atau pun kurus.. “

Bagi yang ingin memiliki badan yang sihat serta cantik seperti Bonda, boleh lah mengamalkan apa yang dilakukan oleh Bonda. Apa-apa pun semoga Bonda Rozita sentiasa sihat dan berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG bondarozitaibrahim, GeMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button