“Banyaknya $$$ dia..” Ramai tergamam lfa Raziah habiskan duit lebih enam angka beli barang kemas

Betul la apa Ifa cakap sebelum ini, setakat rm100k tu mudah je bagi dia! Cantiknya emas tu.
Nama penyanyi dangdut sensasi, Ifa Raziah rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Sebelum ini, dia sering menjadi bualan netizen gara-gara nyanyiannya yang dikatakan sumbang dan akhirnya tersingkir pada minggu keempat untuk program Terpaling Juara.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Terbaharu, penyanyi yang berusia 47 tahun itu telah berjaya menarik perhatian netizen apabila dia berbelanja lebih enam angka di sebuah kedai emas.

Susulan itu, rata-rata netizen tergamam dengan jumlah wang yang dibelanjakan oleh Ifa sehinggakan mencecah sebanyak enam angka semata-mata untuk emas sahaja.
Bukan itu sahaja, majoriti netizen turut meluahkan rasa gembira dan syukur terhadap rezeki yang dimiliki Ifa yang mampu membeli emas untuk memenuhi kepuasan sebagai seorang wanita yang suka akan perhiasan.
Terdahulu, Saban minggu tidak lekang daripada kontroversi, akhirnya artis versatil, Ifa Raziah akur menjadi peserta pertama tersingkir daripada program realiti terbitan TV3, Terpaling Juara, Ahad lalu.
Andai sebelum ini ada sahaja ketidakpuasan disuarakan penyanyi lagu Panas ini, namun kali ini respons Ifa berbeza apabila dia mengakui berlapang dada dengan keputusan juri program terbabit.
Ifa mendakwa, sejak awal lagi dia dapat menjangka dirinya bakal menjadi ‘mangsa’ pertama tersingkir daripada program realiti itu yang menampilkan bintang ‘otai’ dan bakat baharu bertarung merebut gelaran juara.
Namun, penyanyi berusia 46 tahun itu akur dengan rezeki yang tertulis setakat itu sahaja.
Lagipun, kata Ifa atau nama sebenar, Saripah Raziah Mustapha, tiada apa yang perlu dikesalkan dan apa yang penting, dia meninggalkan program terbabit secara bermaruah.
“Saya sudah melakukan yang terbaik. Perjalanan saya sudah tertulis sampai minggu keempat sahaja.
Tonton Video : SILA KLIK DI SINI
Sumber: TikTok @emasrozita
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: