Wanita Ini Melompat Kegembiraan Depan Pejabat Agama Selepas Sah Berpisah Dgn Suami, Ramai Yang Tertanya Kenapa Dia Gembira

Dalam kehidupan, terkadang apa yang dimahukan tidak berlaku seperti dirancang. Apatah lagi bila dalam perhubungan, yang sudah bertunang pun boleh putus inikan pula yang sedia membina rumahtangga bertahun lamanya.
Namun begitu, semua orang ada kisah mereka sendiri. Terkadang juga bila sudah berkahwin dan duduk sebumbung, barulah tahu perangai masing-masing. Ada yang boleh terima dan ada juga yang terpaksa bersabar dengan segalanya.
Tapi bila sudah tidak sehaluan, hanya pencer-aian sebagai jawapan akhir pada hubungan suami isteri. Baru-baru ini rakaman seorang wanita yang baru keluar dari Mahkamah Syariah telah mencuri perhatian ramai.
Berikut adalah rakaman wanita gembira lepas dicer-aikan yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun @dheananda77 ini:
Menerusi video itu wanita tersebut kelihatan gembira lepas dicer-aikan. Gelagat wanita ini telah mencuri perhatian ramai dengan rata-ratanya reaksi individu berkenaan memang cukup luarbiasa.
Mungkin ada perkara yang membuatkan wanita ini begitu lega selepas dilafazkan cer-ai. Kita tidak tahu perjalan hidup yang dilalui wanita tersebut.
VIDEO:
Namun dengan caranya yang sangat gembira itu nampak seakan terlepas dari satu beban yang sangat berat dipikulnya selama ini.
Apa-apa pun di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka itu seperti berikut:

“Hidup kalau derita baiklah bercer-ai. Bagus”
“Balik rumah masuk bilik meraung menangis”
Secara logiknya, tiada siapa yang sukakan perceraian setelah bertahun lama membina rumah tangga dengan pasangan pilihan hidup
Walau bagaimanapun, kes seperti dera dan cur4ng sering menjadi faktor kepada percer4ian yang berlaku pada pasangan suami isteri.
5 INFO BERKAITAN ‘IDDAH
Islam memberikan panduan yang jelas tentang nikah, cerai dan rujuk sebagai hukum yang wajib dipatuhi umatnya.
‘IDDAH ADALAH SUATU TEMPOH MASA YANG PERLU DINANTI OLEH SESEORANG PEREMPUAN YANG DICERAIKAN OLEH SUAMI BAGI MENGETAHUI RAHIMNYA BERSIH DARIPADA MENGANDUNG UNTUK MENGHARUSKAN DIRINYA BERKAHWIN DENGAN LELAKI LAIN.
Wanita tidak boleh berkahwin dengan lelaki lain sehinggalah tamat tempoh iddah. Berikut lima info berkaitan ‘iddah:
Menurut Pejabat Mufti Wilayah persekutuan, ‘iddah bagi wanita yang bercerai hidup dan masih mempunyai haid adalah tiga kali suci.
Bagi wanita yang mengalami istihadah dan lupa hari kebiasaan haidnya, tidak mengingati kadar serta tidak mampu membezakan darah (mustahadah mutahayyirah), ‘iddahnya adalah tiga bulan
Sementara itu, wanita istihadah yang dapat mengingati hari kebiasaan haidnya maka tempoh ‘iddah wanita tersebut dengan haidnya iaitu tiga kali suci.
Manakala ‘iddah bagi wanita yang menopaus (putus haid) yang bercerai hidup dan ketiadaan haid ialah tiga bulan.
‘Iddah wanita istihadah yang bercerai mati adalah empat bulan 10 hari dan iddah wanita yang mengandung pula selepas melahirkan anak.
Sumber : Himpunan Cerita Lawak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: