"Saya bagi ‘eye contact’ tapi..." Teruk Dibahan Elly Mazlein, Ini Reaksi Shila Amzah - Menujukebenaran
Uncategorized

“Saya bagi ‘eye contact’ tapi…” Teruk Dibahan Elly Mazlein, Ini Reaksi Shila Amzah

PERCINTAAN di antara Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad sudah lama terkubur masih ada mengaitkan mereka berdua sehingga ada peminat berharap hubungan mereka kembali bertaut memandangkan kedua-duanya kembali single.

Shila dan Sharnaaz sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila pelakon itu hadir menonton program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Kelibat Sharnaaz menjadi tumpuan terutamanya ketika Shila menyampaikan lagu Getaran Cinta Di Jiwa nyanyian asal Liza Hanim selain penyanyi itu dilihat memberikan pandangan kepada aktor berkenaan.

Mengulas mengenai kehadiran Sharnaaz, Shila atau NurShahila Amir Amzah, 32, berkata, dia tidak melihat perkara itu sebagai masalah malah mengakui turut memberikan ‘eye contact’ kepada aktor berkenaan.

Shila Amzah balas pandangan Sharnaaz Ahamd di GV9.

Sharnaaz datang tak akan nak tengok Kak Lina kan? Shila okay? Kadang-kadang malu itu boleh jadi balik.

Netizen pun terhibur

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat kedua-dua selebriti itu diusik secara langsung oleh Kak Lina Pom Pom.

Shila berkata, kehadiran Sharnaaz tidak menganggu tumpuannya kerana apa lebih penting adalah fokus terhadap persembahan.

“Kalau tanya diri saya yang berusia 22 tahun, mungkin saya akan mempersoalkan tetapi sekarang saya rasa biasa sahaja.

“Saya bagi ‘eye contact’ tapi Sharnaaz pakai cermin mata hitam, saya tak tahu dia pandang saya atau sebaliknya,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Shila tidak terasa hati dengan usikan pengacara GV9, Elly Mazlein dan menganggap perkara itu sekadar gurauan.

Saya bagi ‘eye contact’ tapi Sharnaaz pakai cermin mata hitam, saya tak tahu dia pandang saya atau sebaliknya.

“Okey jer, lagi pun kita sayang Kak Lina (Elly). Cara Kak Lina mengusik pun bukanlah keterlaluan… manja-manja sahaja,” ujarnya.

Sementara itu, Shila menjelaskan ini bukan kali pertama dia bertembung dengan Sharnaaz dalam program hiburan malah pernah membuat persembahan dihadapan pelakon itu ketika minggu kedua program The Masked Singer Malaysia.

Tidak hanya itu, mereka juga pernah bertembung ketika acara berbuka puasa yang dianjurkan Astro pada bulan Ramadan yang lalu.

“Saya pernah menyanyi depan dia dalam minggu kedua The Masked Singer Malaysia dan kali kedua ketika program berbuka puasa anjuran Astro. Saya nampak dia dari jauh,” jelasnya.

Penyanyi lagu Memori Tercipta ini juga tidak menolak sekiranya diberi peluang untuk bekerjasama dengan Sharnaaz pada masa hadapan namun bergantung kepada tawaran diberikan.

“Bergantung kepada apa tawaran tersebut, naskhahnya, berbaloi atau tidak. Saya tidak mahu buat sesuatu atas dasar nak menghidupkan sesuatu yang sudah ‘tiada’ dan menggunakan situasi itu… ia tak seronok,” katanya.

 

kredit: mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button