Ebit Lew tiba di mahkamah Tenom hadiri perbicaraan, rupanya orang yang jadi saksi kes Ebit Lew bukan calang2 pendakwah

AKTIVIS terkenal, Ebit Lew tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Tenom pada pukul 9 pagi Selasa, bagi menghadiri perbicaraan kes gangguan s3ksual yang dihadapinya.
Pendakwah tersebut dilihat berpakaian serba hitam, tiba dengan menaiki sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser hitam.
Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, berhadapan dengan 11 pertuduhan g4ngguan s3ksual.
Prosiding perbicaraan bermula Selasa hingga Jumaat ini.
Petugas media turut berada di perkarangan mahkamah seawal pukul 8 pagi bagi mengikuti prosiding berkenaan.
Turut kelihatan, sekumpulan individu mengiringi beliau bagi memberi sokongan kepada pendakwah itu.

Firdaus Wong (kiri) bersama Akhi Fairuz akan menjadi saksi kes Ebit Lew.
Firdaus Wong jadi saksi kes Ebit Lew
Pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung hari ini akan menjadi saksi terhadap kes perbicaraan pertuduhan gangguan s3ksual yang mengaitkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew di Tenom, Sabah
Firdaus Wong dalam hantaran di Facebooknya sebentar tadi memaklumkan bahawa dia bersama seorang pakar motivasi, Akhi Fairuz Al-Jengkawi akan bertindak sebagai saksi pendakwa raya serta mengharapkan doa orang ramai agar segala urusan perbicaraan dapat dijalankan dengan lancar.
“Perbicaraan 11 tuduhan gangguan s3ksual Ebit Lew akan bermula hari ini. Kami berdua Insya-Allah akan menjadi saksi pendakwa raya.
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan ringankanlah segala urusanku dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku,” katanya sambil menitipkan doa buat urusannya hari ini.
Tambahnya lagi, moga perbicaraan yang akan dimulakan hari ini memberi keadilan dan kebenaran sebenar.
“Saya macam tak sabar..”-Ini Kata2 Tenang Ebit Lew Selepas Keluar Mahkamah Perbicaraan Hari Pertama
Pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, tiba di Mahkamah Majistret Tenom di sini, hari ini, untuk menghadiri perbicaraan hari pertama kes pertuduhan gangguan s3ksu4l yang dikaitkan dengan dirinya.
Ebit tiba di perkarangan mahkamah, kira-kira 9 pagi, dengan menaiki pacuan empat roda Toyota Land Cruiser warna hitam, dan diiringi beberapa kenderaan lain.
Beliau yang memakai baju kemeja serba hitam serta berkopiah putih, ditemani peguam serta sekumpulan individu, kelihatan tenang dan memberikan senyuman ketika memasuki pintu utama mahkamah.
Sementara itu, Ebit ketika ditemui pemberita di pekarangan mahkamah menyatakan rasa bersyukur kerana perjalanan kes sudah bermula.
“Saya rasa bersyukur, gembira walau berat ujian ini, saya macam tak sabar sebab sudah setahun saya tunggu, kalau boleh tahun lepas lagi saya nak selesaikan” – Ebit Lew
“Sebab saya bergerak ke mana-mana, itulah pandangan orang, sebutan orang jadi saya dah diuar-uarkan tak baik merata-rata, gambar yang tak baik, entah siapa-siapa kan. Jadi saya tak sabar.
“Saya dalam keadaan tenang, gembira, senyum dari tadi,” katanya ketika ditanya perasaan sepanjang berada di kandang tertuduh di dalam mahkamah.
Sebelum itu, perbicaraan pendakwah berkenaan ditangguhkan pada jam 4.30 petang dan akan disambung semula pada jam 9.30 pagi Rabu.
Perbicaraan yang berlangsung selama empat hari dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri, Nur Masrin Amalia manakala Ebit diwakili barisan peguamnya yang terdiri daripada Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut, Kimberly Ye Wanchuin dan Chen Wen Jye manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.
Ebit berhadapan dengan 11 pertuduhan berkaitan gangguan sek sual membuat hantaran gambar dan perkataan lu cah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp mengikut Sek syen 509 Kanun Kese ksaan.
VIDEO:
kredit: mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: