Pelajar ini dikec4m hebat gara2 tak tolong ayah j4tuh moto, sekali pihak sekolah tampil jelaskan perkara sebenar buat ramai simpati

PETALING JAYA – Tular sebuah rakaman kamera papan pemuka semalam memaparkan kejadian seorang bapa yang secara tiba-tiba terjelepok selepas gagal mengimbangi badannya ketika turun dari motosikal di hadapan sebuah sekolah.
Namun, menjadi perdebatan dalam kalangan pengguna media sosial adalah reaksi dua orang anak perempuan pak cik berkenaan yang hanya melihat sahaja bapanya jatuh terduduk dan tidak langsung membantu.
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai kecaman dilontarkan kepada dua pelajar tersebut.
Namun, wakil sekolah menengah berkenaan tampil menjelaskan situasi sebenar tentang keluarga tersebut dan berharap agar video tular itu segera dipadamkan kerana telah menimbulkan fitnah.
“Mohon panjangkan perkara ini kepada pemilik TikTok ini untuk segera padamkan videonya dan membuat permohonan secara terbuka kepada keluarga berkenaan. Amat mengguris hati kami pihak sekolah.
“Pelajar kita ini pelajar lembam dan lambat bertindak balas bila disuruh dan tak boleh membaca pun. Kasihan pelajar ini semua komen mengutuk kononnya malu dengan ayahnya. Berdosa orang menyebar tanpa mengetahui kebenaran,” katanya pada hantaran di Facebook semalam.
Seorang lagi pengguna Facebook, Nur Hanja memaklumkan kedua-dua pelajar tersebut masing-masing berada di tingkatan 1 dan 5 serta dalam senarai orang kelainan upaya (OKU) kategori lembam.

Selepas rakaman video pelajar tersebut semakin dikongsikan dan mengec4m tindakannya sehingga didakwa malu dengan ayahnya namun dakwaan tersebut membuatkan pihak Sekolah tampil mendedahkan tentang keadaan pelajar perempuan itu yang mana sebenarnya dia merupakan seorang pelajar yang dalam kategori pelajar lembam dan lambat bertindak balas bila disuruh serta tidak boleh membaca.
Justeru itu, rata-rata warganet juga tampil memohon maaf disamping ramai meninggalkan pelbagai reaksi tentang kejadian tersebut.
“Kan tak pasal-pasal…”
“Nasib baik tak komen apa-apa…”
“Biasa la benda berkaitan…”
“Nasib baik aku tak cakap pape…”
Sumber: HCL, Instagram @penangkini
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: