Pernah Menjadi Pengacara Melodi, Rupanya IniIah Kehidvpan Baru Wahid Senario Yang Ramai Tak Tahu, PatvtIah Diam Menyepi - Menujukebenaran
Uncategorized

Pernah Menjadi Pengacara Melodi, Rupanya IniIah Kehidvpan Baru Wahid Senario Yang Ramai Tak Tahu, PatvtIah Diam Menyepi

Seketika dahulu, kumpulan lawak Senario menjadi fenomena hebat dalam industri lawak tanah air.

Setiap cerita, filem, drama pentas dan program televisyen akan dipenuhi dengan mereka ini. Boleh dikatakan lawak mereka pada zaman kemuncaknya memberikan banyak kenangan pada kita semua.

Mereka bukan sahaja fokus kepada unsur lawak jenaka semata-mata.

Setiap cerita yang disampaikan oleh kumpulan Senario ini akan diselangi dengan unsur nilai moral dan pengajaran kepada kita.

Malah cerita yang disampaikan juga dekat dengan masyarakat kita.

WAHID LEBIH BANYAK BERDIAM DIRI

Dah lama kita tak lihat ahli-ahli Senario ini bersatu setelah masing-masing mengambil keputusan untuk membawa hala tuju masing-masing.

Mungkin Saiful Apek, Yasin, Lan Pet Pet ada juga muncul kadang kala di kaca tv. Yang lebih banyak berdiam diam adalah Wahid.

Tahun terakhir Wahid dilihat aktif adalah pada 2011 menerusi rancangan Melodi dan pada ketika itu dia digandingkan bersama Fara Fauzana untuk mengacara program berkenaan.

Difahamkan kini Wahid sedang berehat di kampong halaman di Ipoh, Perak dan menjadi penyampai radio untuk Hingker FM.

KEHIDUPAN TERKINI WAHID SENARIO

Bertanyakan kehidupan baharu Wahid, dia memberitahu yang kini dia lebih banyak menghabiskan waktunya di masjid.

Walau bagaimanapun itu tidak bermaksud dia meninggalkan segala aktiviti seninya. Jelas Wahid, dia masih menerima tawaran aktiviti hiburan sekiranya ada yang sudi.

LEBIH MENDALAMI AGAMA

Disapa hal jarang muncul di kaca tv, dia akui yang dirinya sudah jarang mendapat tawaran untuk melakukan persembahan bahkan berlakon sekali pun.

Mungkin kerana Wahid sendiri yang kurang menonjolkan diri di media sosial. Yela sekarang siapa pandai gunakan peluang platform media, makin terkenal dan senang untuk didampingi.

Apa pun Wahid lebih selesa mendalami ilmu agama dan jelasnya dah jadi tanggungjawab seorang muslim untuk menyampaikan kebaikan di tahap umurnya sebegini.

Dia kini lebih kerap dijemput sebagai tetamu di program agama dan juga dakwah.

 

Pernah ‘dimarahi’ anak gara2..” – Jarang Dilihat Di Kaca TV, Wahid Tampil Beri Penjelasan

Pelakon dan pengacara Wahid Senario mengakui pernah ‘dimarahi’ anaknya kerana berkongsi kisah penghijrahannya kepada masyarakat.

Wahid, 46, atau nama sebenarnya Abdul Wahid Mohamad berkata, anaknya kurang selesa apabila cerita perubahan imejnya sering ditonjolkan menerusi media massa.

Wahid Senario banyak habiskan masa di masjid

 

“Saya kata kepada mereka, nak buat macam mana kerana orang sering bertanya dan saya kena jelaskan perkara sebenarnya.

“Apapun ini tuntutan agama dan kita kena buat benda ini. Sebagai individu milik masyarakat yang orang kenal, apabila tengok kita berubah, pergi masjid, pasti orang kaitkan dengan benda ini.

Bagi saya sama ada kita betul-betul nak berubah 100 peratus atau 50 peratus, terserahlah.

Yang penting kita kena buat benda ini. Sebagai seorang bapa, dapat tunjuk sikit pun okeylah bagi saya,” katanya.

Bapa kepada tiga anak lelaki berusia 18, 17 dan 13 tahun ini berkata, dia kini lebih banyak menghabiskan waktunya di masjid.

Kurang terlihat di kaca televisyen, Wahid tampil beri penjelasan

“Namun, itu tidak bermaksud saya dah meninggalkan segala aktiviti seni kerana saya masih menerima tawaran aktiviti hiburan sekiranya ada.

“Namun, saya selesa tinggal di Ipoh, Perak. Memang saya sasarkan duduk di Ipoh sejak dulu walaupun ada kerjaya di Kuala Lumpur. Selepas dapat anak kedua, saya balik semula ke Ipoh.

“Sebenarnya selepas kahwin, saya bawa isteri ke Kuala Lumpur.

Dia asal Ipoh dan bila tinggal di Kuala Lumpur, dia jadi serabut kepala. Bayangkan nak beli bawang pun kena beli di tempat yang besar,” katanya.

Menurutnya, keputusan untuk tinggal di Ipoh juga dibuat bagi menjaga kedua -dua mentuanya selepas ibunya sendiri men1ngg4l dunia.

“Kerana itu juga saya sanggup berulang alik dari Ipoh ke Kuala Lumpur setiap minggu untuk jadi hos program Melodi bersama Fara Fauzana dulu.

“Saya sekarang tenang bersama keluarga di Ipoh. Syukur perniagaan isteri yang diusahakan secara dalam talian dapat sambutan.

Rezeki anak pun Allah dah aturkan dan mesti ada. Setiap bulan pasti ada tawaran kerja walaupun tak banyak,” katanya.

SENARIO TAK PERNAH BERPECAH

Menurut Wahid, kumpulan Senario tak pernah berpecah pun.

Mereka masih seperti dulu cuma kini hanya kerpa berhubung melalui aplikasi whatsapp maklum lah masing-masing berjauhan.

Diharapkan kumpulan Senario akan kembali membuat comeback melalui program dan sketsa seperti dulu-dulu.

Ramai peminat yang mula rindukan persembahan mereka kini. Sama-sama kita doakan agar Wahid dan kumpulan Senario dimurahkan rezeki untuk mereka kembali beraksi.

 

Sumber:achikdia.com

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button