Uncategorized

“Saya tak cantik, tak bergaya” – Sedar diri tiada pakej setanding penyanyi lain, Najwa Latif tolak sertai pertandingan nyanyian

PENYANYI yang telah lama tidak memunculkan diri atau bergerak aktif dalam industri seni pastinya akan disebut-sebut peminat untuk menyertai program Gegar Vaganza.

Apatah lagi, umum mengetahui pertandingan itu semenangnya cukup sinonim mengembalikan penyanyi lama dan berpengalaman ke televisyen sekaligus bersaing merebut gelaran juara.

Tidak hanya itu, platform berkenaan cukup baik untuk merancakkan kembali karier penyanyi yang sudah lama menyepi.

Bagi penyanyi Najwa Latif, dia mengakui sering mendapat pertanyaan sama daripada peminat apatah lagi dia kini dilihat menyepi daripada dunia hiburan ekoran sibuk dengan karier sebagai seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan.

Najwa Latif tidak akan masuk mana-mana pertandingan.

Najwa atau Imratul Najwa Latif, 27, bagaimanapun menjelaskan dia tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana pertandingan nyanyian kerana sedar akan kemampuan dirinya sebagai seorang penyanyi.

“Saya pernah menjawab soalan ini, saya akan jawab sekali lagi. Berkemungkinan besar saya tak masuk mana-mana pertandingan sebab saya tahu suara saya average (sederhana),” katanya.

Najwa yang popular menerusi lagi Cinta Muka Buku itu berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan peminat di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, tidak hanya berasa rendah diri tentang kekuatan vokal, Najwa memberitahu dia sedar pakejnya sebagai seorang penyanyi tidak sehebat artis ternama lain.

Perkara itu juga membuatkan dia sedar diri dan lebih senang dengan caranya yang tersendiri.

“Kalau tengok semua orang pun, pakej saya kalah jauh. Saya tak cantik macam penyanyi lain, saya tak bergaya. Saya tak pandai bergaul sangat.

“Kita sedar diri, baik kita tak payah (masuk)… buat hal kita sahaja,” katanya.

Tiga Tahun Bergelar Pensyarah, Najwa Latif Teruja Sambung PhD

Meskipun sibuk bergelar pensyarah sejak tiga tahun lalu, profesion itu tidak menghalang penyanyi Najwa Latif bagi menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menurut laporan Harian Metro, penyanyi berusia 26 tahun itu terus menuntut ilmu sebanyak mungkin sekali gus dapat memajukan diri sebagai seorang pendidik dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).

 

“Saya percaya semakin kita belajar, semakin kita sedar betapa sedikitnya ilmu yang kita tahu. Ilmu itu sangat luas dan takkan pernah ada penghujung.
“Walaupun habis PhD nanti, saya rasa saya masih akan nak terus belajar dan belajar lagi. Semua ini untuk kepuasan diri dan memajukan diri sebagai pendidik serta individu.
“Saya bersyukur dapat peluang sambung belajar lagi masih terlalu seronok. Tapi ini permulaan baharu untuk terus memperbaiki diri dalam subjek yang sangat saya cintai, TESL,” katanya.

Penyanyi lagu Cinta Muka Buku itu berkata, dia teruja mahu mendapatkan gelaran doktor meskipun baru memulakan pengajian di universiti tersebut.

 

“Tempoh pengajian dijangka dalam tiga hingga enam tahun. Jauh lagi perjalanan nak dapat gelaran itu namun saya rasa dapat bergelar doktor adalah pencapaian luar biasa untuk saya yang pernah tak minat akademik.
“Sekarang, saya lebih fokus nak buat tesis yang bagus sebab tak semua orang dapat peluang ini. Jadi saya nak gunakan peluang yang ada ini sebaik mungkin,” ujarnya.

Terdahulu, pemilik nama Imratul Najwa Abdul Latif itu bergraduasi di peringkat sarjana dari Universiti Malaya (UM) pada 2019, juga dalam bidang TESL.

 

 

 

 

Sumber: Harian Metro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *