Mengaku salah kerana ‘post’ vide0 sumbang, denda yang Zul Ariffin kena, buat ramai terkejut

PELAKON Zul Ariffin didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah kerana memuat naik kandungan bersifat sumbang di media sosial miliknya pada Mac lalu.
Zul atau nama sebenar Zulkifli Ariffin membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan hakim Noorhisham Mohd Jaafar di Mahkamah Sesyen Sepang, Selangor pada Selasa.
Zul selaku plaintif diwakili oleh dua orang peguam iaitu Saresh Mahendaren dan Sivaram Prasad.
Pelakon itu hadir di mahkamah kira-kira pukul 8.15 pagi mengenakan sut berwarna kelabu dilihat berada dalam keadaan tenang.
Turut menemani aktor filem Talbis Iblis itu ialah teman baiknya iaitu penerbit filem Gayatri Su-Lin Pillai dan pengurusnya.

Zul tenang hadir ke Mahkamah Sesyen Sepang pada pagi Selasa.
Sebelum ini pelakon itu didakwa memuat naik kandungan video babak panas bersama seorang pelakon bagi tujuan promosi sebuah drama di Instagram miliknya.
Perkongsian Zul itu mengundang pelbagai reaksi netizen apabila klip video itu dikatakan tidak sesuai untuk dipertontonkan khususnya di Malaysia kerana mengandungi elemen sumbang dan keterlaluan.
Tindakan Zul itu bukan sahaja menjadi bualan netizen, malah turut menarik perhatian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dan pendakwah.
Pendakwaan terhadap pelakon itu dijalankan mengikut Seksyen 233 (1) (A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Zul Ariffin Hijrah ke Makkah, Perniagaan Yg Akan Dia Buat Kat Sana Bukan Biasa2
Dalam perkembangan lain, Aktor bertubuh sasa, Zul Ariffin bakal berhijrah ke Makkah atas urusan perniagaan, awal tahun depan.
Meluahkan rasa teruja pengalaman baru yang bakal ditempuhi, bagaimanapun Zul tidak akan meninggalkan dunia lakonan, meskipun sudah menetap di perantauan.
Urus Pernigaan Mesin Layan Diri
“Saya akan berhijrah ke Makkah untuk menguruskan perniagaan mesin layan diri yang dijalankan secara usaha sama dengan sebuah syarikat di Singapura, mulai awal tahun depan.
“Ketika ini, saya dalam proses mencari rumah dan menguruskan beberapa perkara berkaitan urusan perpindahan.
“Rasa teruja kerana lokasi kediaman yang dicari hanya lima kilometer dari Masjidil Haram.
“Walaupun sibuk urusan perniagaan, saya tidak akan meninggalkan bidang lakonan. Rugi jika nak tinggalkan ketika industri perfileman sedang meningkat.
“Cuma, saya kena bijak memilih sahaja. Meskipun penat kerana terpaksa berulang-alik, tetapi penat ada kerja, tidak mengapa,” katanya kepada BH Online.
Mengulas persiapan sebelum menetap di Tanah Suci, Zul berkata, dia akan mengikuti kelas bahasa Arab yang dijalankan oleh sebuah pusat pengajian tinggi di Makkah.
“Ketika berkunjung ke Makkah sebelum ini atas urusan kerja, ada juga yang menegur saya dalam bahasa Arab, tetapi saya jelaskan tidak boleh bertutur dalam bahasa itu.
“Di sana, saya akan belajar di sebuah universiti yang ada menyediakan kursus jangka pendek.
“Selain itu, saya akan kekalkan imej berjambang supaya nampak macam lelaki Arab,” gurau Zul sambil tertawa.
Pemilik nama lengkap Zulkifli Ariffin itu ditemui pada majlis pelancaran filem Talbis Iblis di Panggung Asia, Gombak, semalam.
Mengulas pembabitannya dalam filem arahan Kabir Bhatia itu, dia mengakui menawarkan diri untuk membintangi naskhah bergenre seram itu.
“Memang dari awal lagi nama saya memang tiada dalam senarai pelakon. Melihat kepada filem dan pasukan produksi yang terbabit, saya rasa perlu untuk saya berlakon dalam filem ini.
“Bila bertanya pada produksi, mereka kata ada satu watak kecil dan tanpa banyak soal, saya terus menerimanya. Bagaimanapun, untuk memanfaatkan kemunculan saya, watak Nasir dikembangkan.
“Walaupun tak banyak babak, tetapi demi mahu menghidupkan karakter saya sanggup botakkan kepala,” cerita pelakon filem Sangkar ini.
Bakal ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia pada 20 Oktober depan, filem Tablis Iblis turut menyaksikan lakonan hebat Nasha Aziz, Azira Shafinaz, Sherie Merlis, Jay Iswazir, Daniella Sya, Amir Nafis dan Izzy Reef.
kredit:bharian/limauaaamboi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: