Mata Pelakon Lagenda Roslan Saleh Kini Tidak Boleh Melihat Lgsg. Ramai Sayu Bila Tahu Punca Dia Jadi Begitu - Menujukebenaran
Uncategorized

Mata Pelakon Lagenda Roslan Saleh Kini Tidak Boleh Melihat Lgsg. Ramai Sayu Bila Tahu Punca Dia Jadi Begitu

PELAKON veteran, Roslan Saleh kini dilapor semakin uzur dan deria penglihatannya telah tiada disebabkan menghidap penyakit kencing manis kritikal.

Keadaan terkini Roslan atau lebih mesra disapa Pak Lan dikongsi pendakwah Ustaz Taufik UT menerusi laman Facebooknya, semalam.

“Keadaan kesihatan pelakon legenda, Roslan Saleh (Pak Lan) semakin hari semakin uzur. Matanya dah tidak boleh melihat langsung seumur hidup kerana saraf matanya telah pun dimatikan oleh doktor.

“Tujuannya untuk menghilangkan rasa sakit dan pening kepada yang dirasai Pak Lan bertahun-tahun lamanya akibat kencing manis yang kritikal,” tulisnya.

Taufik berkata, ketika menziarahi pelakon veteran itu di kediamannya yang terletak di Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah, Melaka didapati Roslan kini tidak mampu bergerak dan perlu memakai lampin pakai buang setiap hari.

Katanya, Roslan perlu didukung oleh anak bongsunya kerana kedua-dua kaki pelakon itu langsung tidak boleh digerakkan.

“Berat badannya juga susut akibat selera makan yang tak menentu. Mohon sama-sama kita doakan Pak Lan akan dipermudahkan segala urusan dan dapat menjalani kehidupan seharian dengan penuh ketabahan dan kesabaran,” ujarnya.

Beliau berkata, pihak yang ingin membantu meringankan beban Roslan boleh menghubungi ahli keluarga pelakon itu untuk butiran lanjut.

PELAKON LAGENDA, PAK LAN SEMAKIN UZUR

“Keadaan kesihatan Pelakon Lagenda, Roslan Saleh (Pak Lan) semakin hari semakin uzur.Matanya dah tak boleh melihat lansung seumur hidupnya kerana saraf matanya telah pun dimatikan oleh Doktor.

“Tujuannya untuk menghilangkan rasa Sakit & Pening Kepala yang dirasai oleh Pak Lan bertahun2 lamanya akibat Kencing Manis yang kritikal.

“Hari ni sy luangkan masa lagi menziarahi Pak Lan di rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah Melaka.Keadaan Pak Lan sangat lemah untuk bergerak ke mana2 & beliau terpaksa dipakaikan

“Pampers setiap hari.Kakinya tak boleh bergerak lansung seperti biasa & beliau terpaksa didukung oleh anak bongsunya setiap kali ingin dibawa ke mana2.Berat badannya juga susut akibat selera makan yang tak menentu. Mohon sama2 kita doakan Pak Lan akan dipermudahkan segala urusan & dapat menjalani kehidupan seharian dengan penuh ketabahan & kesabaran.

“Kepada pihak2 yang ingin membantu meringankan beban beliau sekeluarga,,bolehlah berhubung dengan isteri ataupun anak2 beliau.Hari ni hari susah beliau.Esok lusa mungkin hari susah kita pulak.Kita permudahkan urusan orang lain, mudah2an Allah swt akan permudahkan urusan kita jugak.

UP : YAB Datuk Seri Sulaiman Md Ali

YB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

Sekadar informasi, Roslan antara barisan pelakon veteran yang amat disegani ramai.

Kemunculannya dalam filem Munafik 2 dan Anak Perjanjian Syaitan meninggalkan kesan mendalam sehingga nama beliau sering diangkat sebagai pelakon yang handal bermain dengan segala watak dalam sesuatu karya

‘Cukup-cukuplah berlakon, tak boleh dah’ – Roslan Salleh

Terdahulu Keadaan kesihatan yang tidak menentu membuatkan pelakon veteran, Roslan Salleh, 64, kini hanya berehat di rumah serta berniaga secara kecil-kecilan.

Roslan ketika dihubungi berkata, dia perlu meneruskan perniagaan sambal lado, daging dendeng dan sambal hitam Pak Lan yang diusahakan selama ini bagi menampung pendapatan.

“Berniaga kenalah buat. Kalau tak berniaga macam mana pula, tapi sikit-sikit sahaja lah. Dapat juga menampung pendapatan untuk keluarga.

“Berlakon memang saya tak boleh buat dah. Badan memang kurang sihat dan tak kuat. Sekarang pun, duduk rumah sahaja ditambah masih lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Mata saya pun sudah tak berapa nak terang. Kalau keluar berjalan, nanti tak puas nak tengok sebab penglihatan saya memang terhad. Saya juga tidak memandu lagi,” katanya.

Menurut Roslan yang pernah membintangi drama Bercakap Dengan Jin pada 2014, sekarang jika hendak ke mana-mana, dia perlu membawa anaknya sebagai pemandu.

Ditanya juga mengenai kerinduan terhadap lakonan, Roslan tidak menafikan, namun cukuplah rasa itu hanya disimpan dalam hati dan dia tidak terlalu memikirkannya.

Pada November tahun lalu, Roslan menerusi Instagram berkongsi kisahnya yang mendapatkan rawatan di hospital.

Roslan bersama isteri

“Tahun lalu, dua kali saya dimasukkan ke hospital. Kalau rasa tak sedap badan, terus pergi buat pemeriksaan kesihatan di hospital.

“Apabila kena ambil darah tu, teruslah masuk wad sekejap. Tapi, buat masa sekarang alhamdulillah kesihatan saya baik-baik sahaja selagi jaga pemakanan dan banyakkan berehat,” katanya yang kali terakhir berlakon kira-kira empat tahun lalu.

Katanya, dia bersyukur hingga kini masih ada rakan-rakan artis yang mengingatinya dan bertanya khabar walaupun dia sekeluarga kini menetap di Melaka.

Roslan yang menghidap kencing manis, tekanan darah rendah dan beberapa penyakit lagi sejak 10 tahun lalu kini perlu bergerak menggunakan tongkat.

kredit: hmetro/kecohape

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button