“Pergi basuh kat singki..” – Baru jer Ryan Bakery nak tunjuk power suruh isteri ambilkan air cuci tangan, sekali ini yg terjadi

Meskipun sudah berkahwin, personaliti TikTok popular Ryan Bakery masih menjadi tumpuan ramai apabila kadang-kala menunjukkan sisi berbeza sebagai seorang suami. Terbaru, personaliti berusia 27 tahun itu dilihat sedang menjamah makanan bersama isterinya Elyia Ibrahim menerusi perkongsian video oleh @cherrie.alma di aplikasi TikTok.
RAKAMAN VIDEO ADA DI AKHIR ARTIKEL INI (SEBELUM SUMBER)
Acah-acah tak takut bini
Menerusi video berdurasi 39 saat itu, Ryan kemudian meminta tolong isterinya mengambil air di singki untuk membasuh tangan selepas mereka selesai makan.
Bagaimanapun, cubaan untuk menjadi tegas itu tidak menjadi apabila dia dihulurkan sudu kotor yang telah digunakan daripada isterinya.
Secara tidak langsung, Ryan atau nama penuhnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery terpaksa bangun dan pergi ke singki sekali gus membasuh tangannya sekali.
Meninjau di ruangan komen, tindakan isterinya itu mengundang rasa terhibur netizen yang rata-rata menyifatkan Elyia berani membalas arahan suaminya dengan cara halus.
Terus kena basuh kat singki

Laju angguk, ‘the power of wife’
Bini baru jeling sikit je…
Sekali basuh sudu garfu sekali
Baru nak ‘test power’ jadi suami
LIHAT VIDEO : SILA KLIK DI SINI
Sumber: TikTok @cherrie.alma , Instagram Ryan Bakery
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.