Muncul Juara Musim Pertama Terpaling Juara, Kenali Siapa Sebenarnya Rahmat Mega, Pernah ‘Gulung Tikar’ Ketika PKP - Menujukebenaran
Uncategorized

Muncul Juara Musim Pertama Terpaling Juara, Kenali Siapa Sebenarnya Rahmat Mega, Pernah ‘Gulung Tikar’ Ketika PKP

PENYANYI Rahmad Mega berjaya merebut gelaran juara program realiti Terpaling Juara musim pertama yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada malam Ahad.

Rahmad berjaya menewaskan tiga lagi peserta peringkat final menerusi persembahan lagu Ku Akui dan Dipenjara Janji duet bersama kaptennya, Hael Hussaini.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Rahmad membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi.

Rahmad yang tidak menjangkakan kemenangan itu bagaimanapun bersyukur kerana diangkat sebagai juara bagi musim pertama Terpaling Juara.

Rahmad berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.

“Alhamdulillah, saya telah mencipta titik baharu dalam kerjaya saya pada malam Maulidur Rasul ini. Terima kasih kepada semua yang menyokong,” katanya.

Sementara itu, Aqmal Ramdan mendapat tempat kedua dan membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Manakala, tempat ketiga pula milik Hazami yang menerima hadiah wang tunai sebanyak RM30,000 berserta trofi.

Shaz Shaharum bagaimanapun terpaksa berpuas hati dengan tempat keempat dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta trofi.

Dalam pada itu, mengulas kemenangan tersebut, juri tetap iaitu Fauziah Latif menjelaskan Rahmad mempunyai kawalan vokal yang baik terutamanya penghayatan menerusi lagu Ku Akui.

“Secara peribadi saya suka penghayatan yang dibawa Rahmad malam ini. Secara keseluruhan, feel yang Rahmad tampilkan berjaya,” katanya.

Rahmad menepati ramalan sebagai juara.
Juri jemputan, Datuk Seri Siti Nurhalia turut memuji Rahmad yang disifatkan sebagai antara penyanyi lelaki negara yang mempunyai vokal terbaik.

“Kalau otai menyanyi memang lain macam. Saya suka penghayatan Rahmad dalam nyanyian. Rahmad merupakan saslah seorang penyanyi lelaki terbaik yang ada di Malaysia,” ujarnya.

Selain Fauziah dan Siti Nurhaliza, juri jemputan turut dibarisi oleh Datuk Hattan yang mewakili 70 peratus markah manakala selebihnya undian penonton.

Pada peringkat final itu, penonton turut dihiburkan dengan persembahan mantap daripada Floor88 dan Siti Nurhaliza.

Terpaling Juara musim pertama dihoskan oleh Haziq Hussni dan Shiha Zikir. Ia turut disiarkan secara langsung di TV3.

Rahmat Mega rugi besar

KUALA LUMPUR: Belum pun merasai keuntungan, penyanyi, Rahmad Mega terpaksa berputih mata apabila tapak perniagaan The Stage By Rahmad Mega yang diusahakan sejak lima bulan lalu gulung tikar.

Penyanyi lagu Bayangan Gurauan itu memuat naik gambar tapak medan seleranya itu di laman Facebook (FB), sekali gus meluahkan isi hatinya.

Memang senang melihat orang berjaya. Namun, ketika susahnya tak pernah dikongsi. Bangkit dari kegagalan, itulah erti kejayaan. Redha bahawa rezeki Allah untuk saya bukan di The Stage,” tulisnya dalam entri FB.

Rahmad menegaskan, tindakannya memuat naik gambar bukan mahu menarik perhatian atau menagih simpati.

Bekas vokalis kumpulan Mega itu berkata, dia memuat gambar sebagai kenangan untuknya yang terpaksa membuat keputusan menutup tapak perniagaan yang diusahakan sejak Januari 2019 ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Ada yang anggap saya sengaja mahu meuar-uarkan kerugian, tetapi mereka tak tahu saya mahu menjadikan gambar berkenaan sebagai kenangan sahaja.

“Jujurnya, saya sedih apabila The Stage terpaksa ditutup. Apabila lalu di kawasan ini, lebih lagi melihat pekerja sedang mengemas barang, bergenang air mata. Bukannya sedikit duit digunakan membangunkan tapak medan selera ini.

“Mungkin mereka yang melemparkan tanggapan terhadap saya pernah merasai keuntungan hasil perniagaan. Saya pula sebaliknya belum merasainya kerana baru sempat beroperasi lebih kurang lima bulan. Lain kekecewaan apabila perniagaan perlu ditutup disebabkan situasi COVID-19 ini,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Bagaimanapun, Rahmad enggan mendedahkan nilai kerugian kerana gusar perkongsiannya akan disalah erti.

“Cukuplah dikatakan saya rugi besar. Sepanjang PKP saya perlu membayar sewa penuh kerana pemilik tanah tidak mahu mengurangkan harga. Jika tidak, dia mahu tolak deposit. Walaupun penyewa tak berniaga, saya tetap kena bayar sewa.

“Disebabkan itu, saya mengambil keputusan untuk tutup kerana tidak mahu terus menanggung kerugian. Memang ketika PKPB, kita sudah boleh berniaga, tetapi suasana berbeza.

“Bayangkan, saya mempunyai 300 meja, tetapi disebabkan penjarakan sosial, satu meja boleh diduduki dua pelanggan. Jadi, hanya 50 pelanggan dalam satu masa. Macam mana jumlah berkenaan nak menanggung bayaran sewa?,” katanya.

Difahamkan, terdapat 12 peniaga menyewa tapak The Stage by Rahmad Mega sejak dibuka pada Januari tahun lalu. Namun, ia hanya memulakan operasi pada Ogos tahun lalu selepas menjalankan pengubahsuaian. Malangnya, belum sempat lima bulan terpaksa ditutup berikutan pelaksanaan PKP.

Biodata Rahmat Mega

Rahmad Tohak (lahir 19 Disember 1969) atau lebih dikenali sebagai Rahmad Mega ialah seorang penyanyi rock lelaki yang terkenal di Malaysia sejak dekad 90-an dan masih bertahan sehingga kini. Beliau mula dikenali sebagai vokalist kumpulan rock Mega yang popular dengan lagu Takdir dan Waktu pada tahun 1991.

 

Latar belakang


Beliau dilahirkan pada 19 Disember 1969 di Johor Bahru, Johor Darul Takzim dan menerima pendidikan di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dari tingkatan tiga hingga tingkatan lima.

Bidang nyanyian


Sebelum menganggotai Mega, beliau pernah menjadi vokalis Gerimis sekitar tahun 1988 dan sempat merakamkan sebuah album.

Nama beliau mula dikenali setelah beliau mula menerajui Kumpulan Mega pada tahun 1991. Beliau sebenarnya bukanlah vokalis asal Kumpulan Mega kerana Mega sebelum itu sudahpun mencipta nama dengan satu-satunya lagu yang amat panjang judulnya iaitu Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara dan lagu Pasti pada tahun 1989 ketika Mega masih diterajui vokalis asalnya, Zarith.

Rahmat sebelum bersama Mega menganggotai kumpulan Gerimis. 

Kemasukan Rahmad sedikit sebanyak telah menaikkan lagi nama Mega dengan penghasilan lagu berhantunya iaitu Takdir Dan Waktu pada tahun 1991, ciptaan komposer Rahim Othman dan Bayangan Gurauan pada tahun 1993, ciptaan komposer LY

Setelah anggota-anggota asal Mega membawa haluan masing-masing pada tahun 1997, Rahmad menjadi vokalis kumpulan Utama yang merupakan artis Ambang Klasik Sdn. Bhd iaitu anak syarikat TV3. Bagaimanapun kumpulan tersebut juga tidak mampu bertahan lama.

Bidang lakonan


Rahmad turut mencuba bakat dalam bidang lakonan. Penampilan pertamanya dalam drama komedi khas raya berjudul Lontong arahan Azwan Ali pada tahun 1995.

Keluarga


Beliau mendirikan rumahtangga bersama isteri pertamanya dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Kemudiannya beliau berkahwin kali kedua dengan pelakon Ainina Ahmad B, namun jodoh mereka tidak berpanjangan apabila mereka bercerai sekitar tahun 2011.

Hasil perkongsian hidup beliau bersama bekas isterinya, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Kerjaya solo


Kini, Rahmad masih aktif menyanyi meskipun bergerak solo tanpa rakan-rakannya sewaktu bersama Mega iaitu Adi, Sam, Munir dan Mat Mega. Pada tahun 2013 beliau telah bergabung dengan empat penyanyi lelaki hebat lain iaitu Zamani Slam, Saleem Iklim, Ali XPDC/Terra Rossa dan Aris Ariwatan menjayakan sebuah konsert iaitu Konsert Gegar 5 Legenda bertempat di Istana Budaya. Konsert ini mendapat sambutan yang cukup hebat dari peminat-peminat para penyanyi ‘otai’ tersebut dan membuktikan mereka tidak tergugat walaupun industri muzik Malaysia semakin dibanjiri penyanyi-penyanyi baru.

Pada tahun 2014 Rahmad telah menyertai satu program realiti TV berjudul Gegar Vaganza yang menghimpunkan penyanyi-penyanyi berpengalaman lebih 10 tahun untuk berentap meraih gelaran juara dan terkini semlam beliau berjaya meraih juara program realiti Terpaling Juara musim pertama. TAHNIAH

 

Kredit:Hmetro, bharian, wikiwand

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button