Individu ini slumber sebar foto Bilal, ini kata2 Neelofa buat netizen trsebut - Menujukebenaran
Uncategorized

Individu ini slumber sebar foto Bilal, ini kata2 Neelofa buat netizen trsebut

SUSULAN tular foto yang didakwa mirip Bilal, pengacara dan usahawan iaitu Neelofa mengakui terkilan dengan tindakan individu berkenaan menceroboh privasinya keluarga.

Kata Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa, 33, tindakan merakam dan menyebarkan foto anaknya tanpa izin seolah-olah tidak menghormati dirinya.

“Sebagai seorang ibu, tentulah hal itu menyinggung perasaan saya, bila orang nampak di luar, nampaklah! Bila dia kongsi semua itu saya rasa macam dia tak menghormati,” katanya kepada mStar.

Neelofa terkilan foto anak disebarkan tanpa kebenaran.

Neelofa berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media Next To Neelofa musim kedua di Astro, Bukit Jalil pada Selasa.

Dalam pada itu, Neelofa memberitahu dia sama sekali tidak akan menyorokkan wajah anaknya sekiranya berada di luar.

Bagilah saya seorang ibu yang melahirkan patut buat benda ini. Sebab kita dah rancang dengan suami sampai masa yang sesuai

“Sebab di luar saya takkan halang, saya pun tak akan sorok-sorokan wajah dia.
“Bagilah saya seorang ibu yang melahirkan patut buat benda ini. Sebab kita dah rancang dengan suami sampai masa yang sesuai. Kita nak jadi orang pertama yang buat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Neelofa juga mengakui sudah penat bercakap mengenai anaknya apabila ditanya media.

“Saya dah penat sangat cakap fasal anak, dah banyak sangat keluar artikel… saya ada banyak majlis di luar jadi andai kata terserempak tak mengapa,” tambahnya.

Hari Ini Menerusi satu portal hiburan, seorang individu telah memuat naik foto anak Neelofa dan juga Haris Ismail iaitu Bilal di aplikasi TikTok.

Dakwa individu itu, dia telah terjumpa pasangan tersebut di sebuah kaunter kerajaan dan Bilal sedang didukung oleh Neelofa di samping suaminya.

Bilal is cute, nampak dalam gambar pun dah gebu. Dah macam muka Afwa anak TokTi pun ada, tapi iras-iras sepupu dia Jebat Jayden.

Ambil Gambar ‘Curi’ Ketika Di Kaunter Kerajaan

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen mengesahkan bahawa bayi yang berada dalam foto tersebut sememangnya Bilal kerana ada yang terjumpa pasangan itu memakai baju yang sama seperti dalam video yang tersebar itu.

Namun, ada netizen beranggapan bahawa tidak perlu mengambil foto ‘curi-curi’ seperti itu kerana melanggar privasi seseorang apatah lagi menyebarkannya di media sosial.

Bercakap mengenai program Next To Neelofa, ia turut menampilkan Diana Amir, Puteri Sarah, Tya Ariffin dan Ustazah Oki.

Menurut Ketua Saluran Astro Ria iaitu Norzeha Mohd Salleh, musim kedua ini berbeza kerana ia memaparkan kematangan pengacara berkenaan.

Next To Neelofa musim kedua lebih menarik.
“Para penonton akan menjadi saksi kepada kematangan Neelofa dalam melayari kehidupan sebagai seorang ibu dan isteri,” katanya.

Next To Neelofa bakal bersiaran bermula 22 Oktober depan setiap hari Sabtu pada pukul 10 malam di saluran Astro Ria.

Sebelum ini, Neelofa dan PU Riz memilih untuk tidak mendedahkan wajah Bilal kepada umum kerana ingin melindungi anaknya daripada penyakit Ain.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Ismail atau PU Riz pada 27 Mac 2021 dan mereka dikurniakan Muhammad Bilal yang kini berusia lapan bulan.

kredit:mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button