"Aduh sedihnya tengok keadaan dia..” Turun Dari Pentas Dengan Sedemikian Rupa Buat Ramai Rasa Sebak - Menujukebenaran
Uncategorized

“Aduh sedihnya tengok keadaan dia..” Turun Dari Pentas Dengan Sedemikian Rupa Buat Ramai Rasa Sebak

Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi pop rock lelaki yang sememangnya popular di Malaysia iaitu Zamani Slam atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim ini bukan?

Boleh dikatakan kekuatan dan kemerduan suara yang dimilikinya membuatkan ramai terpukau sehingga dikatakan setaraf dengan vokalis-vokalis terbaik tanah air.

Umum mengetahui, tahap kesihatan Zamani Slam kini semakin merosot dan bentuk badannya juga semakin membongkok akibat penyakit skoliosis.

Walau bagaimanapun, dia dilihat masih memberikan komitmen kepada kerjanya dengan menghadiri persembahan sebelum menjalani pembedahan awal bulan November.

Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan perkembangan terkini Zamani di laman TikTok telah mencuri perhatian netizen.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @lilyforiz menunjukkan Zamani yang turun dari pentas sambil dibantu oleh beberapa individu selepas melakukan persembahan di acara Pesta Orkid yang berlangsung di Rompin, Pahang.

Dalam rakaman tersebut, keadaan kelihatan sesak kerana dikelilingi dan diserbu peminat namun penyanyi yang popular dengan lagu Tak Mungkin Berpaling ini masih mampu tersenyum walaupun seharusnya dia boleh berehat di rumah.

Klik link di bawah untul video

video

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa sedih serta bersimpati melihat keadaan Zamani yang didukung ketika dibawa turun dari pentas itu.

 

Bukan itu sahaja, ada juga yang menitipkan doa agar penyanyi rock ini diberikan kekuatan dan kesembuhan seperti sedia kala.

Antara komen netizen:

“Allahuakbar…ya Allah berilah dia kekuatan ya Allah dan permudahkan segala urusan buatnya ya Allah…aminn..”

“Aduh sedihnya tengok keadaan dia.. ni masa kita nanti tak tahu macam mana nanti…”
“ya Allah kesiannya abang zamani..mungkin boleh standby wheelchair lain hari, sebak nak tengok dia jalan pun macam dah sakit sangat dah tu…”

“Alhamdulillah abang zamani ok..stage tinggi n takde tangga so mereka bantu abang zamani turun sebab ramai dah kepung disitu,..sama sama doakan abang zamani ya..”

“baru nak sedih-sedih sekali tengok kat part jelir..lidah tu alahai comel je Zamani buat..moga zamani sihat selalu dan dipermudahkan segala urusan amin..”

Pak Nil Masih Kumpul Duit Sumbangan Utk Bantu Zamani. Sekali Individu Ini Beli Beg Paknil Dgn Harga Tinggi Buat Ramai Terharu

Zamani. Suatu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Namanya acap kali menitip di bibir rakyat Malaysia. Zamani bin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Zamani Slam ialah seorang penyanyi pop rock lelaki berpengaruh popular dari Malaysia.

 

Beliau mula mencipta nama menerusi kumpulan pop rock terkenal 1990an, Slam yang dianggotainya dari 1993 hingga 1999. Kini, Zamani ialah antara penyanyi pop lelaki yang popular di Malaysia, Indonesia serta negara serantau.

 

Kekuatan Dan Kemerduan vokal beliau dapat memukau ramai peminat sehingga beliau ditempatkan setaraf dengan vokalis-vokalis terbaik tanah air

 

Berikutan masalah kesihatan Zamani iaitu tulang belakangnya yang semakin serius. Beliau bakal menjalani pembedahan pada bulan 11 ini. Walaupun dalam keadaan sukar akibat masalah tulang belakang bengkok, Zamani tetap berjaya memberikan persembahan terbaik menerusi Konsert Doa Buat Zamani yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, malam jumaat

Konsert yang diadakan bertujuan untuk bertemu peminatnya sebelum menjalani pembedahan pada November ini turut mencetuskan kesedihan dalam kalangan hampir 3,000 penonton yang hadir.

 

Dalam pada itu PENYANYI Dr Fitri Haris tidak berfikir panjang membeli sebuah beg tangan jenama Louis Vuitton berharga RM15,000 yang dilelong oleh Datuk Aznil Nawawi pada Konsert Doa Buat Zamani yang berlangsung pada malam Jumaat.

Fitri berkata, dia membuat pembelian itu kerana prihatin dengan keadaan Zamani selain berasa pilu melihat usaha bekas anggota kumpulan Slam itu menghiburkan peminat meskipun kesihatannya tidak memuaskan.

“Memang tak rancang pun nak beli beg tersebut.

Saya datang menyaksikan konsert bersama isteri dan apabila Pak Nil (Aznil) membuka lelongan kami berbincang dan terus tergerak hati untuk membeli.

“Saya lihat sendiri bagaimana Zamani berusaha untuk menghiburkan peminat sepanjang konsert tersebut.

Itu membuatkan saya berasa sebak dan pilu… apa yang saya berikan itu hanyalah sumbangan kecil untuk membantu,” katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

Konsert yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur itu turut menampilkan penyanyi undangan seperti Datuk Ramli Sarip, Rahim Maarof dan Fauziah Latiff.

Menjadikan Zamani salah seorang idola dalam nyanyian, Fitri juga berharap dengan sumbangan itu dapat mendidik lebih ramai orang untuk berbuat kebaikan.

“Semua orang sayang Zamani dan dia juga memberi inspirasi kepada saya dalam dunia nyanyian.

Mungkin bagi orang lain besar sumbangan tersebut, namun bagi saya ia tidak boleh dibandingkan dengan pengorbanan Zamani selama ini.

“Bukan soal jenama, kalau Pak Nil juala apa sahaja pun mungkin saya akan beli. Ini juga boleh mendidik saya dan orang lain untunk yakin bahawa jika kita memberi, lebih banyak rezeki akan datang,” jelasnya.

 

sumber: yoy.my

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button