Baru Semalam Makcik nasi lemak tepi jalan mengamuk gerai sebelah jual juadah sama, ini tindakan dikenakan buat dia terkedu

Setiap orang yang berniaga pasti sedar akan risiko persaingan lebih-lebih lagi jika menjual makanan. Jadi, masing-masing seharusnya lebih dewasa dan berfikir secara positif dengan menganggap akan ada rezeki tersendiri walaupun apa yang dijual adalah sama.
Namun begitu, ada juga yang merasakan perkara tersebut sebagai satu ancaman sehingga dengan sengaja mencetuskan pergaduhan.
Mengamuk gerai sebelah berniaga nasi lemak juga
Terdahulu Menerusi video yang tular di media sosial terutamanya di Twitter, seorang pengguna telah memuat naik semula video menunjukan pergaduhan antara peniaga-peniaga nasi lemak.
Kena Saman
Melalui perkingsian yang tular, gerai mak cik tersebut telah di saman oleh pihak berwajib

Semalam Dalam video terbabit, dapat dilihat peniaga nasi lemak telah menyerang peniaga di gerai lain kerana tidak berpuas hati dengan menu jualan mereka yang sama.
Sometimes I feel like nak pacak stall tepi jalan but I'm so afraid of dengki cases like this ? especially since we still santau people in this society ??? remember that burger dude who let poor folks eat for free and he died "mysteriously"? If you're too nice pun tak boleh. https://t.co/odmmLS3Pfz
— the langsiaq of inisherin (@langsiaq) October 11, 2022
Petik nama ‘DBKL’ lagi
Mak cik nasi lemak dan seorang lelaki itu turut ‘memetik’ nama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berhubung kawasan perniagaan tersebut dan bersungguh-sungguh menghalau pemilik gerai yang baru sebulan memasang khemah disitu supaya tidak berniaga di lokasi terbabit.
Lebih membuatkan netizen yang mendengar pertengkaran tersebut meluat adalah tindakan mak cik nasi lemak itu yang memarahi peniaga wanita terbabit kerana beristighfar dengan kelakuannya.
Dapat didengar juga yang mak cik nasi lemak dan pasangannya begitu beremosi walaupun ‘lawan’ mereka memilih untuk berbincang dengan elok.
Ramai yang marah juga
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen menyelar tindakan mak cik nasi lemak terbabit kerana bersikap biadap sesama peniaga.
Mana tidaknya, dia seakan dengki dan tidak percaya dengan rezeki sehingga boleh ‘menyerang’ peniaga lain hanya disebabkan mereka berniaga jualan yang sama.
Tidak hanya itu, para netizen mengatakan bahawa ‘kuasa membeli’ berada di tangan pembeli dan tidak seharusnya mak cik itu berbuat demikian serta sepatutnya dia mencari ‘kelemahan’ dalam masakannya apabila lebih ramai memilih untuk membeli di gerai lain.
Malah, rata-rata netizen menyelar tindakan biadab mak cik itu dan mengatakan dia seakan dengki dan tidak percaya dengan rezeki sehingga boleh ‘menyerang’ peniaga lain hanya disebabkan mereka berniaga jualan yang sama. Walau bagaimanapun, kesahihan punca pertengkaran tersebut tidak dapat dipastikan memandangkan video asal telah dipadam.
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: