‘Vide0 viral itu buat makcik ini nampak jah4t sangat..’ - Makcik Nasi Lemak nafi ganggu Norli, tampil cerita hal sebenar - Menujukebenaran
Uncategorized

‘Vide0 viral itu buat makcik ini nampak jah4t sangat..’ – Makcik Nasi Lemak nafi ganggu Norli, tampil cerita hal sebenar

“Malu saya ni memang tebal sebab dia viralkan video itu. Tetapi itulah hakikatnya, tiada terlintas langsung di hati saya nak bergaduh,” demikian kata peniaga nasi lemak di depan Plaza Vads yang terbabit dalam video viral beberapa hari lalu.

Jelas wanita berusia lingkungan 40-50 an itu, dia bukanlah jahat seperti yang disangka, apatah lagi melarang pesaingnya (Norli) mengucap ‘Astaghfirullahalazim’.

Sebaliknya dia hanya meminta wanita muda itu tidak berniaga menu yang sama dengannya.

“(Video viral itu membuatkan) makcik ini nampak jahat sangat.

Bukan saya melarang dia mengucap, saya cuma cakap dengan dia jangan berniaga (menu yang sama),” katanya.

Bagaimanapun, wanita itu mengaku tindakan mereka pergi berdepan dengan Norli itu adalah salah.

Dalam video itu turut kedengaran seorang lelaki menjelaskan, mereka sebelum itu ada menghubungi pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membuat aduan mengenai Norli, tetapi pegawai DBKL pada waktu itu sedang sibuk dengan program.

“Sebelum kami pergi tu (berdepan dengan Norli), kami ada menghubungi DBKL, tetapi mereka sedang sibuk dengan program.

Kami mahu menyelesaikan masalah ini dengan cara baik, tiada niat nak pergi serang begitu sahaja.

“Kami bukannya dengki seperti mana yang didakwa di media sosial,” jelas lelaki berkenaan.

Tambah wanita itu lagi, di penghujung video tular yang lalu dia ada memberitahu Norli bahawa dia tidak kisah sekiranya dia mahu berniaga menu yang lain dan dia tidak akan mengganggunya.

“Saya dah cakap dengan dia dalam video tular itu, dia nak meniaga apa benda pun meniagalah.

Saya tak akan kacau pun dia,” katanya yang turut tidak kisah dengan kecaman portal media dan netizen sehingga menggelarnya sebagai ‘Kak Long Kawasan’, sedangkan dia cuma berniaga untuk menyara anak-anaknya.

“Selepas itu dia (Norli) berkata, kemaslah semua barang (tutup kedai). Bagi kami, terpulanglah kepada dia.

Kami tak halang dia berniaga, cuma jangan berniaga benda yang sama sebab sebelum ini dah ada isu.

“Kita mencari rezeki di sini, mereka pula datang sekejap buat taik, kemudian tinggalkan begitu saja,” jelas lelaki berkenaan.

Fahrin Ahmad Luah Pendapat Buat Ramai Setuju

SUSULAN video tular memaparkan dua peniaga gerai nasi lemak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) Kuala Lumpur bertengkar kerana menjual menu sama menarik perhatian ramai netizen termasuklah pelakon Fahrin Ahmad.

Berkongsi pandangannya mengenai isu ini, Fahrin, 43, berpendapat tindakan menghalang peniaga lain mencari rezeki di lokasi yang sama adalah tidak wajar.

Tambahnya, peniaga perlulah bersaing secara sihat kerana jika makanan dijual sedap dan berkualiti maka tiada apa yang perlu dibimbangkan oleh mereka.

“Entah apa-apa, kalau peniaga masing-masing masak sedap, harga bagus, kualiti bagus apa nak takut… apa nak halang,” katanya.

 

Fahrin menulis pendapatnya itu menerusi ruangan komen di Instagram mStar Online Office.

Sedih menonton rakaman video yang tular itu, Fahrin berkata dia kecewa apabila melihat ada peniaga dalam kalangan bangsa sendiri mudah cemburu dan tidak senang melihat kejayaan orang lain.

Fahrin tampil menyuarakan pendapatnya.

Dalam hal ini, Fahrin berpendapat peniaga haruslah bijak menyusun strategi bagi menarik pelanggan membeli barangan jualan mereka.

“Stesen minyak banyak sahaja jenama yang buka bersebelahan, harga minyak semua sama. Tiada pula tauke mereka bergaduh buat aduan suruh kerajaan tutup.

“Bersepah-sepah tempat orang meniaga benda yang hampir sama, sedih betul tengok peniaga bangsa sendiri macam ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut memberikan komen terhadap kelakuan wanita itu yang dikatakan tidak percaya pada rezeki masing-masing.

“Dia tak percaya pada rezeki. Kelakar la awak. Takut persaingan ya.

“Melayu tak pernah nak maju, munculnya orang-orang macam inilah. Hasad dengki tak habis-habis,” tulis netizen.

Pada Selasa, tular rakaman video seorang wanita dikatakan menyerang peniaga yang menjual menu serupa dan memberi amaran kepada peniaga itu untuk tidak lagi berniaga di kawasan berkenaan.

Video itu menarik perhatian ramai dan rata-ratanya tidak menyokong perbuatan wanita berkenaan.

Sumber: Buletin Tiga

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button