Dah 2, 3 org bhenti nak bantu kereta rosak di tepi jln tapi ditolak suami, namun insan seterusnya suami terpaksa relakan hingga akhirnya terbongkar apa yang sebenarnya terjadi kepada kereta itu - Menujukebenaran
Uncategorized

Dah 2, 3 org bhenti nak bantu kereta rosak di tepi jln tapi ditolak suami, namun insan seterusnya suami terpaksa relakan hingga akhirnya terbongkar apa yang sebenarnya terjadi kepada kereta itu

Gambar diatas adalah utk ilustrasi sahaja. Sila baca dibawah ini utk maklumat penuh dan lengkap. Terima kasih krn membaca perkongsian kami ini.

Petang tadi masa aku gi jemput anak, sampai satu tempat tu tenampak le satu kereta berhenti kat tepi jalan. Bonet depan terbukak. Keta rosak le ni (hati aku cakap). Aku pelahan le. Nampak le sorang mamat ni tengah bebelek enjin. Dalam kereta aku perasan ada gak penumpangnya.

Memandangkan tempat tu ok, aku berenti le… Masa jalan ke kereta tu, aku nampak dalam kereta tu ada dua pompuan dewasa, seorang budak kecik dan seorang budak lelaki. Mungkin sekeluaga le ni…

“Asalamualaikum bro. Pehal ni?” Aku tanya. Lepas jawab salam dia kata keta buat hal. Minyak macam tak naik, tetiba mati katanya sambil pegang spana hidup. “boleh saya tengok?” Aku tanya dia. “Bro pomen ke?” Dia tanya aku balik.”tak ahh…tapi saya pernah kena camni dulu” aku bagitau dia.

“Takpe la bro, rase saya boleh setel ni”. “Oo…ok la kalau cantu” kata aku sambil bepusing nak blah. Tetiba aku dengar suara pompuan…”masuk ni dah 2-3 orang nak tolong, awak tak nak pulak. Tak paham la saya apa masalah awak ni !”.

Aku pun pusing balik kat dia. Aku suruh dia ke tepi. Aku cabut salur minyak yang datang dari oil pump. Memang takda minyak. Aku mintak spana hidup yang dia pegang dan bukak oil pump. Check ada main ke tak. Aku tengok ok je…dalam hati cakap, takkan le sampai minyak kering camni.

Setau aku, kalau pun oil pump rosak, minyak mesti akan meleleh sikit dari salur tu bila kita cabut dari oil pump. Aku mintak masuk keta dia, on kunci dan tengok meter minyak – tak naik langsung ! Meter tu rosak katanya.

Tapi aku perasan, riak muka dia ada lain sikit. Malas banyak cerita, aku keluar dan terus ajak dia cari pomen. Memula dia tak nak. Tapi lepas bini dia membebel kereta buruk la, tak berguna la, apa la, dia pun setuju. Anak lelaki dia ikut sama.

Masa dalam kereta tu, aku cadangkan supaya beli minyak dulu. Mana le tau kut-kut minyak tak sampai pulak. Tetiba anaknya menyampuk bagitau dia lapar dan haus. Dia diam je…sampai stesen minyak dia cakap nak gi tandas kejap.

Aku lak terus masuk dalam, beli air soya dua kotak besar, 2 bantal roti bun (entah kenapa aku boleh terpikir nak belikan) dan bayar termasuk minyak. Aku bagi bebende tu kat anak dia. Lepas isi minyak dalam bekas yang memang sentiasa ada dalam kereta aku, dia nak bayar, tapi aku cakap takyah la, macam la beratus…

Mungkin terasa nyusahkan aku, dia cakap takyah cari pomen. Dia mintak aku hantar kat kereta dia balik. Aku ok je la…dalam 2 kilometer nak sampai dia suruh aku berenti kat tepi jalan. Anaknya tanya apsal ? Dia cuma cakap ada hal nak bagitau aku. Ahh sudah…aku punya la saspen masa tu tuhan je yang tau.

Aku pun berenti le…tetiba…”Bro, saya nak mintak maaf sesangat dengan bro”. “Apsal ?” Aku tanya. Kelopak matanya berkaca digenangi air. “Sebenarnya saya bohong. Kereta saya tak rosak pun bro. Kereta saya tu memang habis minyak.” Aku tak dapat cakap apa dah…”Saya memang takda duit nak isi minyak. Saya ingat minyak kereta sampai la ke rumah,tapi…”

Aku masih diam…”duit bro ni pun saya tak dapat nak ganti. Maafkan saya bro…” Aku bagitau dia, pasal duit tu. Takpa…aku halalkan. Dia sambung lagi. “Percaya tak kalau saya cakap yang Allah dah makbulkan doa saya? Demi Allah bro…dekat dua jam kami kat sana tadi. Memang ada dua tiga orang yang berhenti, tapi tak buat macam yang bro buat ni.

Diorang cuma tanya, tengok sesikit lepas tu jalan. Saya berdoa dalam hati semoga Allah bagi bantuan kat saya demi keluarga saya. Alhamdulillah…Allah hantar bro untuk saya.”

Aku cakap takkan la sampai camtu sekali aih…dah memang kebetulan pun aku lalu sini nak ambik anak. Ada masa aku tolong le…Tapi dia tetap beria-ia ucap terima kasih kat aku. Lantak le hei… Lepas tu dia pandang anaknya.

“Abang, maafkan babah ye. Babah belum dapat nak belikan kasut yang abang nak tu. Babah memang dah tade duit. Tadi babah dah belikan barang dapur nenek. Kesian nenek. Abang nampak kan tadi?” Anaknya angguk kepala.

“Lagi satu, abang jangan marah ibu ye. Ibu bising pasal kereta kita tu sebab kesian kat abang, kakak dan adik. Ibu tak nak anak-anaknya susah. Depan pakcik yang baik ni babah buang rasa malu babah ni. Biarlah pakcik ni nak anggap babah apa. Babah malu dengan ibu, malu dengan anak-anak babah. Tapi babah nak abang tau. Babah sentiasa beusaha untuk senangkan ibu dan anak-anak babah. Babah harap abang paham ye.”

Katanya lagi dalam sedu sedan. Anaknya terus peluk dia. Dua beranak tu berpelukan sambil menangis. Aku keluar kereta…Sumpah…Demi Allah, aku pun nangis sama…

Sambil kesat air mata, aku masuk kereta balik. Aku hantar dia ke keretanya. Tanganya terus memegang bahu aku. Lepas enjin ketanya hidup, aku salam dan selit sikit duit kat tapak tangannya. Pantas dia peluk aku. “Jangan bro, saya dah banyak menyusahkan. Maafkan saya…saya janji akan bayar balik apa yang bro dah bagi pada saya ni.” Dia mintak nombo telipon aku. Nak tak nak aku bagi…

Aku panggil anak lelakinya tadi. Aku peluk…aku pesan sikit kat dia. “Nak, belajar rajin-rajin ye. Jaga ibadat…Besok kalau dah berjaya, jaga babah dan ibu macam babah jaga nenek sekarang. Doa bebanyak supaya babah tu sentiasa sihat dan tabah”. Sambil aku selitkan duit yang babahnya tak nak tadi ke kocek seluarnya. Anaknya angguk sambil lap air matanya.

Allahuakbar…sepanjang pemanduan hati aku sebak semacam. Sikit doa aku titipkan untuk bro tu semoga dia terus tabah menempuh kehidupan membela keluarganya. Terdetik dalam hati betapa besyukurnya hidup aku…

Ya Allah. Dalam aku sentiasa mengeluh dan mengenang kesusahan, Kau sedarkan aku yang selama ni sentiasa lupa bahawa ada orang yang lebih susah dari aku. Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya hanya Engkaulah tempat aku menyembah dan memohon pertolongan.

Bukan niat aku untuk betakbur riak, sekadar buat renungan dan peringatan betapa bersyukurnya hidup kita.vDitulis Oleh Wong Bo Sie

Ini pula kisah kedua yang mendebarkan. Hi admin. Tolong siarkan kisah saya ni, tapi hide profile saya ya. Saya nak share tentang kisah saya dan suami semasa kami diuji dengan kesusahan hidup dan semua orang menghina kami kerana miskin.

Saya dan suami (Malik) sudah berkahwin lima tahun. Betullah orang kata, lima tahun pertama perkahwinan tu satu jangka masa kita perlu bersabar dengan pasangan kita. Tak dinafikan, saya dan Malik sama-sama cepat panas. Mungkin kerana kesusahan hidup kami, jadi masing-masing selalu tertekan

Kami masih tidak dikurniakan zuriat, itu yang buat saya lebih stres. Orang keliling ada yang menudvh saya mandvl. Tak mampu beranak, maka tak guna. Kalau rupa cantik sekalipun, tak sempurna seorang perempuan kalau tak mampu mengandung. Perit rasanya!

Kehidupan saya dan Malik ni ala kadar. Kami tak sesenang adik-beradik yang lain. Mereka kerja bagus-bagus sedangkan saya dan Malik, kami berniaga sendiri. Mungkin ada yang kata, berniaga tu untungnya banyak. Tapi bukan untuk kami sebab kami buat untuk hidup

saja.

Biasalah, wanita ni banyak n4fsunya. Melihat orang lain hidup mewah dan berpakaian cantik. Gelang emas penuh satu tangan, dah tentu terselit rasa cemburu. Saya pun nak merasa semua tu, tapi Malik tak mampu. Itu juga salah satu sebab kenapa saya dan suami selalu bertengkar.

Saya tahu, sebagai isteri saya pun bukanlah sempurna. Mungkin sebab stres dan bosan dengan kehidupan susah ni, saya selalu juga mengungkit kepayahan hidup dengan Malik. Pernah terlintas, rasa menyesal menikahi lelaki itu. Sedangkan, saya sendiri yang mmilih dia dahulu. Ya Allah, berd0sanya saya!

Malik memang seorang suami yang bertanggung jawab. Biarpun kami selalu bertikam lidah, tapi tak pernah dia naikkan suara. apatah lagi nak pukvl saya. Teruk mana pun saya kutuk-kutuk dia, dia hanya bersabar. Saya tahu dia tercabar, tapi dia lebih suka berdiam dari mengeruhkan keadaan.

Mungkin berkat kesungguhan Malik dan doa yang tak putus-putus, perniagaan dia nampak semakin baik. Selepas dia berjumpa dengan Abang Din (kawan dia semasa di kampung) ajarkan tentang ilmu bisnes, nampak ada perubahan pada perniagaan suami saya tu.

Biarpun saya selalu bergadvh dengan Malik, saya tetap sayangkan dia. Setiap keperluan untuk dia berniaga, saya akan sediakan jika mampu. Untuk pengetahuan kalian, kami berniaga makanan. Bila Abang Din bantu, dari gerai kecil tepi jalan, dia dapatkan kami tapak untuk warung. Memandangkan Abang Din ni ada ruangan tapak untuk food court, dia berikan kami sebuah untuk berniaga.

Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kesungguhan Malik kami berjaya majukan perniagaan kami. Nasi ayam yang kami jual, jadi kegemaran masyarakat setempat di situ. Kami dah mula rasa senang sedikit, tapi Malik pesan pada saya untuk berjimat-cermat.

Orang-orang yang dulu mengata suami saya pun, dah mula tunjuk sikit respek. Tak ada dah nak mengutuk dia. Kalau dulu, ada je keluarga kami yang mengutuk kami susah. Sebab itulah Allah SWT tak beri anak sebab nanti kasihan budak tu. Emak ayah dia pun makan pakai tak berapa ada, kalau ada anak tak terbela nasibnya nanti. Lebih menyakitkan sebab yang cakap macam tu, adik-beradik sendiri.

Disebabkan kehidupan yang agak susah dahulu, saya selalu membelakangkan Malik. Bergadvh dengan dia. Suka melawan cakap dia. Saya akui salah saya. Mungkin sebab itu saya diuji dengan tidak hamil sepanjang perkahwinan kami. Tapi Malik tak pernah guna point tu untuk merendahkan martabat saya sebagai isterinya. Terima kasih Sayang..

Tahun ini dah masuk lapan tahun usia perkahwinan kami. Masih tak ada rezeki untuk ada anak sendiri. Kami berdua ada berjumpa dengan pakar kesuburan, sedang menjalani rawatan. Diharapkan ada harapan untuk kami menimang cahaya mata sendiri selepas ini.

Dalam tempoh tiga tahun kami berniaga, Malik berjaya membuka dua buah restoran. Dapatlah merasa keuntungan dan Malik dah mampu tukarkan kereta buruk kami yang selalu rosak tu kepada yang lebih elok. Beli yang second hand juga, sebab tak mahu berhutang. Alhamdulillah, itu pun dah cukup baik untuk aku.

Dulu saya selalu mengeluh, suami tak mampu nak belikan saya gelang emas. Tapi bulan lepas, waktu birthday saya, dia hadiahkan seutas gelang emas yang sangat cantik. Rupanya dah lama dia beli dan simpan untuk beri waktu birthday saya.

“Ya Allah, terima kasih Tuhan. Engkau pinjamkan suami yang cukup baik untuk aku.” Semua ini mengajar saya untuk reflect diri sendiri. Ya, betul pasangan kita tak perfect. Kita pun sama. Sebab itulah kena saling melengkapi, barulah cantik rumah tangga kita.

Bagi para isteri, bersabarlah jika diuji. Jangan ikutkan kata hati. Hormatilah suami, mudah-mudahan hidup kita diberkati. Sumber majalahpama. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button