Lan Zailan Mula Luah Rasa Selepas Pemergian Hisham Ahmad Tajudin - Menujukebenaran
Uncategorized

Lan Zailan Mula Luah Rasa Selepas Pemergian Hisham Ahmad Tajudin

Semalam kita dikejutkan dengan pemergian pelakon veteran, Allahyarham Hisham Ahmad Tajuddin yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Jenazah Allahyarham Hisham telah selamat dikebumikan pagi tadi di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam dengan pengebumian pelakon filem Syurga Cinta itu turut dihadiri beberapa orang rakan artis.

Lan Zailan terkilan tiada sebarang tawaran diberikan kepada Allahyarham
Dalam pada itu, rakan artis, Lan Zailan yang turut hadir ke majlis pengebumian Allahyarham Hisham meluahkan rasa terkilannya terhadap pemergian pelakon veteran itu.

Menurut Lan, dia berpendapat tiada gunanya untuk menghargai seseorang itu apabila mereka sudah pergi buat selamanya sedangkan tiada satu pun tawaran diberikan kepada Allahyarham Hisham sepanjang dirinya masih sihat dan kuat untuk berlakon.

Masa dia ada dulu, taknak pula bagi dia projek untuk dia shooting dan sebagainya.

Bila ada shooting, bila ada projek, itulah duit untuk kita nak beli ubat, nak beli apa-apa kan?

Sekali lagi lah abang ulang, abang takut orang kecil hati saja. Bila orang dah takde baru nak cakap kehilangan sebutir bintang. Tak guna dah.

Kenyataan dikeluarkan Lan Zailan itu seakan-akan kesal dengan sikap segelintir pihak yang tidak memberikan sebarang tawaran terhadap Allahyarham Hisham untuk berlakon sepanjang hayatnya sebelum ini.

Apa-apa pun kita doakan agar roh Allahyarham Hisham Ahmad Tajuddin ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Allahyarham Hisham suka duduk rumah

Anaknya, Aqeela berkata, abah lebih banyak berehat di rumah terutama selepas negara dilanda pandemik COVID-19, kira-kira dua tahun lalu.

“Abah sudah tidak aktif berlakon sejak 2019. Ketika pandemik COVID-19 sampailah sekarang (hingga ajalnya), abah banyak berehat di rumah.

 


Aqeela dan suaminya, Hairudin ketika ditemui sebaik selesai majlis pengebumian Allahyarham Hisham di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, pagi tadi. Foto NSTP

“Abah bukan jenis orang yang suka keluar. Tetapi, kalau ada aktiviti dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), abah turut serta,” katanya ditemui sebaik selesai majlis pengebumian ayahnya di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini, hari ini.

Kredit: YouTube mstar/mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button