“Saya tak tengok pun” – Seniwati Fauziah Nawi tak ‘lalu’ tengok Mat Kilau, Ini Alasan Beliau - Menujukebenaran
Uncategorized

“Saya tak tengok pun” – Seniwati Fauziah Nawi tak ‘lalu’ tengok Mat Kilau, Ini Alasan Beliau

GOMBAK – Ketika penerbit filem Mat Kilau sudah pun mengesahkan pembikinan versi prekuel tahun depan, seniwati terkenal, Fauziah Nawi menjadi antara individu yang belum terpanggil menyaksikan filem fenomena berkenaan.

Fauziah mengakui mempunyai alasan tersendiri mengapa sehingga kini masih belum terbuka hati menonton filem pecah panggung arahan Syamsul Yusof, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

Kata Fauziah, 69, beliau bagaimanapun sangat menghormati bakat pengarahan Syamsul yang disifatkannya mempunyai sentuhan emas.

“Saya tak tengok pun. Saya takut nak pergi! Semua filem dan tempat terbuka macam panggung wayang sampai sekarang saya tak pergi okey. Sebab C0v1d-19.

“Bukan sebab saya tak nak terima idea orang baharu macam Syamsul. Dia pegang apa pun, jadi emas. Apa yang ditonjolkannya dalam Mat Kilau adalah cara dia (mengarah).

“Tentulah orang kata ada juga yang tak kena (tentang filem tersebut). Tetapi, bagi saya, dialah yang menyebabkan sekarang mengapa orang tengok cerita Melayu.

“Dapat kutipan panggung yang tinggi. Sungguhpun begitu, banyak yang tidak ‘kena’ tentang filem berkenaan,” ujarnya kepada Kosmo! Online usai sidang media teater Srikandi Tun Fatimah arahannya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), di sini semalam.

Jelas Fauziah, sungguhpun filem berkenaan mencatat kutipan paling laris sepanjang zaman dalam sejarah filem tempatan, beliau merasakan ada elemen tidak tepat tentang filem terbitan Studio Kembara tersebut.

“Saya tengok snippet (babak pendek dalam trailer), saya dah rasa banyak tak ‘kena’. Dari soal bahasa terutamanya. Bukan apa, sebab saya dah tengok skrip yang pertama dan kedua.

“Bukan sebab Mat Kilau arahan Syamsul terlalu komersial. Mana ada orang dahulu gunakan perkataan atau bahasa sebegitu.

Maaf, saya tak tengok. Lantaklah macam mana sekalipun.

“Apa yang utamanya, saya tak tengok di panggung sebab saya takut. Apa-apa jadi pada saya, mati saya nanti sebab C0v1d-19,” katanya.

Ketika ditemu bual, Fauziah memuji Syamsul namun pada masa sama, memaklumkan dirinya lebih menggemari filem-filem garapan adik pengarah terbabit, Syafiq Yusof.

“Tapi satu perkara, saya puji (Syamsul), dia pegang apapun, menjadi. Secara peribadi, saya lebih suka adiknya (Syafiq Yusof) punya ‘touch’ (sentuhan) lagi sebagai pengarah.

“Syamsul tahu sasaran dan pasaran dia. Itu kelebihannya. Syamsul dia buat apapun, memang menjadi,” ulas pelakon yang juga aktivis teater itu jujur.

Dalam perkembangan lain, Fauziah kini dalam persiapan mengarahkan teater Srikandi Tun Fatimah yang membariskan ramai pelakon handalan seperti Aqasha, Mhia Farhana, Naque Ariffin, Sobri Anuar dan Farah Ahmad.

Pementasan teater tersebut akan berlangsung pada 27, 28, dan 29 Oktober ini di Main Auditorium,Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Tike-tiket berharga RM15 untuk golongan pelajar, RM25 (awam/pelajar) dan RM100 (special seat) kini sudah mula terjual menerusi laman sesawang: https://linktr.ee/teatertunfatimah. – KOSMO! ONLINE

Penerbit Studio Kembara Umum Prekuel Mat Kilau Tanpa Syamsul, Ini Reaksi Santai Syamsul Yusof

Dalam pada itu,Penerbit Studio Kembara Sdn Bhd, Abdul Rahman Mt Dali, mengesahkan pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof tidak akan terbabit dalam pembikinan prekuel filem tersebut.

Bakal memulakan penggambaran sama ada akhir tahun ini atau awal 2023, Abdul Rahman berkata, dua pelakon utama Mat Kilau iaitu Datuk Adi Putra dan Beto Kusyairy juga tidak terbabit dalam produksi tersebut.

“Ketiadaan Syamsul disebabkan kami ingin memberi peluang kepada pengarah lain untuk memberikan sentuhan. Kami mahu mereka berkarya bersama Studio Kembara untuk memeriahkan lagi industri.

“Filem itu juga tidak akan membabitkan watak yang dilakonkan Adi Putra dan Beto. Berdasarkan jalan cerita, karakter mereka masih belum diperlukan dalam karya prekuel ini. Hanya ada beberapa pelakon yang kami kekalkan. Hanya itu yang dapat saya cakap buat masa ini,” katanya.

Ditemui pada majlis apresiasi dan santai bersama media di sini, tengah hari tadi, Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah dengan Syamsul dan dua pelakon terbabit seperti yang disangka ramai.

“Saya tiada masalah dengan mereka, cuma masing-masing sudah lama tidak berkomunikasi disebabkan sibuk.

“Lagipun kami profesional. Benda tidak ada apa-apa, kenapa nak dijadikan isu? Kena ada kematangan dalam melihat perkara ini. Saya tiada masalah dan saya fikir, mereka juga begitu,” katanya.

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang mula ditayangkan pada 23 Jun lalu melakar sejarah tersendiri apabila meraih kutipan RM97 juta meliputi tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Pencapaian cemerlang itu sekali gus mengatasi semua filem Hollywood seperti Star Wars, The Avengers, Jurassic World, Furious 7, Spiderman dan Transformers untuk kutipan tiket di Malaysia.

DUA pelakon utama dan pengarah Mat Kilau disahkan tidak terlibat dalam prekuel filem tersebut yang dijangka memulakan penggambaran pada penghujung tahun ini atau awal 2023.

Syamsul dah tahu awal, bakal arah filem baharu ‘termahal’

Pengarah filem, Syamsul Yusof, 38, tidak terkejut apabila namanya disahkan tidak terbabit sebagai ‘tunjang utama’ untuk mengarahkan prekuel filem Mat Kilau yang bakal diterbikan Studio Kembara, tahun depan.

Syamsul dihubungi berkata, dia sebenarnya sudah tahu mengenai perkara itu dari awal lagi kerana ada ura-ura tempatnya digantikan oleh pengarah lain. Jelasnya, dia okey dan melihat positif untuk industri.

“Pada saya, ini satu langkah yang baik juga sebenarnya. Sebab, kita tahu ada ramai lagi pengarah di Malaysia ini yang berpotensi dan mungkin tidak mendapat lagi peluang itu, kerana bagi saya setiap pengarah pasti ada ‘trademark’ tersendiri, gaya persembahan tersendiri.

“Saya pun sebelum ini memang teringin nak buat filem epik dan Alhamdulillah, saya dah buat filem Mat Kilau berjaya, syukur Alhamdulillah. Jadi, saya rasa kepada pengarah lain yang belum mendapat peluang, bagi saya ini langkah yang bagus.

“Ia peluang baik yang Studio Kembara berikan untuk pengarah itu menunjukkan ‘skill’ pengarahan dan penulisan yang berbeza dari gaya persembahan saya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Syamsul, semoga dengan pasukan dan pengarah yang baharu, filem prekuel Mat Kilau atau filem-filem epik lain yang Studio Kembara nak hasilkan selepas ini berjaya. Katanya, ia langkah yang amat baik juga supaya ada warna-warni dalam industri filem Malaysia.

“Mungkin akan ada kekurangannya juga jika saya yang masih buat (arahkan) filem prekuel Mat Kilau itu. Sebagaimana kita tengok filem luar negara seperti Fast and Furious dan Mission: Impossible, penerbitnya juga ada mengambil pengarah yang berbeza untuk mendapat rasa dan teknik yang baharu dari segi pengarahan dan penulisan.

“Jadi, diharapkan sesuatu yang segar dan lain daripada sentuhan Syamsul Yusof. Saya doakan yang terbaik untuk Studio Kembara dalam apa saja filem epik akan dihasilkan nanti, bukan hanya prekuel Mat Kilau itu. Semoga industri filem Malaysia penuh warna-warni dan peluang terus dibuka kepada pengkarya-pengkarya lain,” katanya.

Berbicara juga projek terbaharunya, Syamsul menjelaskan dia kini memerlukan komitmen 200 peratus untuk filemnya akan datang seperti The Original Gangster, sebuah karya aksi moden termahal, terhebat Malaysia yang akan memulakan penggambaran pada November dan Disember depan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button