Gelagat Nabil, Kak Lina lari atas pentas buat ramai terhibur. Konsert Kelima Penuh Kejutan! Siti Nurhaliza Buat Kemunculan Istimewa Dan Ini Keputusan GV9 Minggu Ke 5 - Menujukebenaran
Uncategorized

Gelagat Nabil, Kak Lina lari atas pentas buat ramai terhibur. Konsert Kelima Penuh Kejutan! Siti Nurhaliza Buat Kemunculan Istimewa Dan Ini Keputusan GV9 Minggu Ke 5

PETALING JAYA – Gelagat lucu dua pengacara Gegar Vaganza 2022, Nabil Ahmad dan Elly Mazlien (Kak Lina) berlari di atas pentas malam ini membuatkan ramai penonton geli hati dan tertawa.

Aksi spontan yang ditampil mereka berdua menjadi penyeri program nyanyian tersebut.

Tindakan tersebut berikutan Kak Lina bertanyakan soalan kepada pihak juri tentang mengapa dia boleh tersingkir ketika mengikuti Gegar Vaganza musim ke-3 lalu.

Kemudian, penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang atau mesra dikenali sebagai Bonda Hetty menjawab pertanyaan tersebut dengan memuji suara Kak Lina, namun sempat berseloroh kepada pengacara tersebut.

“Suara kamu (Kak Lina) sudah bagus, tetapi lagi bagus kalau tidak bernyanyi,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, rata-rata peminat Gegar Vaganza berpuas hati dengan kehadiran semula Nabil di pentas minggu kelima malam ini.

Terdahulu, gandingan Kak Lina bersama pengacara Sherry Alhadad atau nama sebenarnya Sharifah Mariam Syed Abdullah Alhadad turut memberi kesan positif terhadap kemeriahan program tersebut.

Aksi dua Sharifah itu pada malam berkenaan nampaknya menjadi apabila tampil dengan sikap riang mereka yang dikatakan ‘masuk air’

Video

https://youtu.be/ebUruoVWF8I

 

 

GV9: Konsert Kelima Penuh Kejutan! Siti Nurhaliza Buat Kemunculan Istimewa, Rupa-Rupa Jadi Duta Farm Fresh

Malam konsert minggu kelima Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang berlansung pada Ahad menampilkan kemunculan istimewa daripada penyanyi tersohor negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Selain diperkenalkan sebagai duta Farm Fresh, Siti Nurhaliza juga mempersembahkan lagu tema produk minuman susu berjudul Semuanya Baik.

Terdahulu Siti menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya memberitahu dia akan membuat persembahan dengan menyanyikan lagu terbaharu yang dirahsiakan judulnya.

“Hi Assalammulaikum. Jangan lupa saksikan malam ini, pukul 9 malam. Saya akan sampaikan lagu terbaharu… apa dia? Surprise untuk anda. Saksikan Gegar Vaganza malam ini… saksikan persembahan saya,” kata Siti.

GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama.

Sidang media ‘GV9’ turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur. Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.

Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu

Ini Keputusan GV9 Minggu Ke 5.

 

Penyanyi Pat Candy menjadi peserta seterusnya yang meninggalkan pentas Gegar Vaganza 9 (GV9) apabila tersingkir setelah menduduki tempat tercorot pada konsert minggu ke 5 di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Ahad malam.

Terima kasih Patricia Robert kerana telah menghiburkan kami! Semoga terus sukses! Berikut senarai peserta yang masih bertahan untuk meneruskan cabaran yang seterusnya

1- Jaclyn Victor

2- Shila Amzah

3- Fuad Rahman

4- Bob Yusof

5- Tomok

6- Tom

7- VE

8- Hazrul Nizam

9- Dina Nadzir

10- Asheed Def Gab C

GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.

Kesemua peserta akan dinilai sepenuhnya melalui sistem pemarkahan 100% oleh pihak juri dengan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan.

Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan tersingkir dari persaingan bagi minggu berikutnya Dato’ Ramli MS merupakan ketua juri tetap disamping Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Keos Endang. Manakala setiap minggu akan menampilkan seorang atau dua juri jemputan yang diundang khas

Gegar Vaganza 2022 turut menyaksikan Nabil Ahmad akan bergandingan dengan Elly Mazlein menggantikan Jihan Muse yang bersalin bayi keduanya

Pat Candy lebih terbuka kongsi kisah 2 anak autisme, tumpuan pada keluarga punca menghilang

PERISTIWA kehilangan anak lelaki sulungnya enam tahun lalu membuatkan penyanyi Pat Candy kini lebih terbuka untuk berkongsi tentang autisme yang dihidapi oleh dua orang cahaya matanya iaitu Darren Haikal, 18 dan Dylan Hydar, 10.

Pat atau Nurul Nadhira Patrica Robert, 48, berkata, sebelum ini dia pernah menyangka anak-anak kesayangannya akan pulih seperti biasa namun kini reda dan menerima hakikat bahawa mereka adalah kiriman Allah untuk dijaga.

“Dulu tak banyak kesedaran tentang autisme dan sebab itu kami rahsiakan tentang keadaan anak-anak kerana percaya mereka akan pulih. Jika kongsi kisah mereka saya bimbang anak-anak akan mendapat malu sekiranya mereka kembali normal… kemudian baru kami sedar bahawa mereka tidak akan pulih.

“Sekitar 2016, kami sekeluarga pernah dimasukkan ke hospital akibat jangkitan influenza. Selepas membuat pendaftaran masuk, Darren hilang dan tidak tahu dia pergi ke mana sehingga satu hospital kecoh.

“Sejak itu kami lebih terbuk berkongsi keadaan mereka supaya jika berlaku kejadian serupa, orang faham masalah anak kami dan tahu ke mana harus dihantar jika terjumpa dengan mereka,” katanya kepada mStar.

Pat ditemui ketika sidang media selepas tamat persembahan minggu keempat program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada malam Ahad.

Dalam pada itu, isteri kepada pemuzik Edrie Hashim ini juga memberitahu keadaan anak-anaknya turut menjadi faktor dia memperlahankan karier seni sebelum ini demi memberi sepenuh perhatian kepada mereka.

Kata Pat, dia tidak mengharapkan orang lain menjaga anak-anaknya dan lebih selesa menguruskan sendiri semua keperluan anak syurganya.

Sebagai ibu ada ketika saya sendiri tidak tahan menjaga anak-anak. Sebab itu saya tidak pernah mengharapkan orang lain untuk menguruskan mereka

“Sebagai ibu ada ketika saya sendiri tak tahan menjaga anak-anak… sebab itu saya tak pernah mengharapkan orang lain untuk menguruskan mereka. Jadi saya perlahankan karier untuk fokus kepada mereka di rumah.

“Orang cakap saya ini sangat sabar tapi bagi saya Allah kurniakan anak syurga ini sebagai ujian kerana saya sebelum ini bukanlah seorang penyabar.

“Sekarang ini semakin banyak pendedahan tentang autisme dan apabila membaca kisah orang lain, saya tahu ada lebih susah berbanding apa saya lalui,” ujarnya.

Untuk rekod, Pat dan Edrie mendirikan rumah tangga pada 9 Februari 2002.

Pat juga mempunyai seorang lagi anak perempuan menerusi perkahwinan terdahulu.

Sementara itu, bercakap mengenai persembahan di minggu keempat GV9, Pat berkata, dia bersyukur diberi peluang untuk terus bersaing walaupun mendapat markah tercorot selepas menyampaikan lagu Kembara Di Tanah Gersang yang dipopularkan kumpulan Al Jawaher.

“Bermula pada minggu kedua lagi saya sudah fikir akan tersingkir kerana saingan sangat hebat dan sentiasa bersedia jika nama diumumkan terkeluar.

“Lega rasanya apabila diberi peluang kedua. Saya kena buktikan supaya tidak lagi berada di kedudukan terbawah. Peluang ini bagaikan mati hidup semula,” jelasnya.

kredit: mstar

KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button