"Luluh hati saya bila tengok video tersebut.."- bapa arw4h - Menujukebenaran
Uncategorized

“Luluh hati saya bila tengok video tersebut..”- bapa arw4h

Kota Tinggi: “Luluh hati saya bila tengok video kereta dinaiki Azi terbakar,” kata Kamalul Arifin Ahmad, 66, bapa kepada Nurul Nazihah, 28, yang maut dalam kemalangan tragis di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Sedenak, malam tadi.

Kamalul Arifin berkata, ketika melihat rakaman video yang tular itu dia mengalirkan air mata dan tidak sanggup meneruskannya sehingga habis apabila mendengar jeritan serta rintihan menantunya, Reduan Jamil, 28.

“Hati saya luluh dan tubuh menggigil apabila dimaklumkan Azi m4ut selepas terperangkap dalam kereta yang terbakar.

“Apabila dimaklumkan Azi dan suami terbabit kemalangan, kami sekeluarga menyangkakan kemalangan biasa.

“Namun apabila ahli keluarga menunjukkan video tular kereta dinaiki Azi marak terbakar, lemah longlai badan saya, malah isteri (Saliah Hood, 56) paling sedih kerana mereka berdua sangat rapat.

“Bagaimanapun perasaan saya dan isteri terubat apabila dimaklumkan pihak berkuasa memaklumkan jenazah Azi ditemui dalam keadaan duduk sempurna walaupun kereta dinaikinya hangus terbakar,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lukut, Batu 4 di sini, hari ini.

Malam tadi tular video menyayat hati seorang suami yang menjerit dan merintih memaklumkan isterinya berada di dalam kenderaan yang sedang marak terbakar.

Dalam kemalangan ngeri kira-kira jam 7.45 malam tadi itu, dua individu maut dalam kenderaan yang terbakar susulan kemalangan membabitkan lima kenderaan itu.

Ketika kejadian, Nurul Nazihah Kamalul Arifin, dipercayai tersepit di tempat duduk penumpang hadapan sementara suaminya berjaya ditarik keluar dari kereta oleh orang awam.

Identiti seorang lagi mangsa dari kereta berasingan masih belum dapat dikenal pasti.

Sementara itu, Kamalul Ariffin berkata, Azi yang juga anak keempat daripada lima beradik adalah seorang yang periang, peramah dan suka menghiburkan keluarga.

Katanya, Azi juga seorang pemurah kerana setiap bulan akan membelikan pelbagai ubatan untuk dirinya dan isteri tanpa gagal.

“Azi enggan menerima wang yang diberikan sebaliknya meminta saya menyimpannya untuk keperluan lain.

“Sebenarnya kami empat beranak baharu pulang dari menunaikan umrah Rabu lalu. Itulah juga impian Azi kerana mahu berdoa bagi mendapatkan cahaya mata selepas tiga tahun berkahwin.

“Azi sangat gembira ketika di Makkah dan sempat membeli buah zuriat sebagai usaha mendapatkan anak,” katanya.

Beliau berkata, kali terakhir Azi menghubung dirinya dan isteri adalah dua hari lepas bagi memaklumkan dia dan suami akan pulang ke kampung.

“Saya terkilan dan ralat, Azi pulang ke kampung dalam keadaan begini akhirnya,” katanya.

‘Kami Hny Mmpu Tenangkn Suaminya’ 2 Rntung, Lori Dipercayai Dipndu Laju Ktika Jalan $esak- Saksi

Tak smpai berapa jam update status minta permudahkan urusan teman suami, arwh juga ada selitkan ayat cukuplah Allah sebagai tempat kami berlindung. Tengok dekat fb, nmpak pasangan ini betul2 loving couple.Tak sgup nk nengok vid ni. Alfatihah..

KULAI: “Allah! Allahuakbar! Saya tidak tinggal awak, yang. Allah, Itu bini saya bang. Allah.. Allah… Allah!”

Jeritan menyayat hati itu datangnya daripada seorang lelaki yang terbabit dalam nahas ngeri di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini, memaklumkan isterinya berada dalam kenderaan yang terbakar.

“Turut disahkan meninggal dunia ialah seorang mangsa yang menaiki Toyota Vios tetapi belum dikenal pasti identitinya.

“Kita menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7.47 malam dan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) yang tiba mendapati kebakaran membabitkan sebuah lori jenis Isuzu, Proton Wira dan Toyota Vios.

“Lori berkenaan terbakar 70 peratus, Proton Wira dan Toyota Vios hangus 90 peratus. Sebuah kereta Proton Preve yang turut terbabit dalam kemalngan tidak terbakar.

“Seorang mangsa wanita di tempat duduk penumpang Proton Wira ditemui tersepit dan rentung manakala pemandu kereta sempat keluar menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata, dua mangsa yang menaiki lori Isuzu dikenali sebagai S Suresh, 38, dan Mok You Jian, 22, serta pemandu Proton Preve, Bunayami Yahya, 43, tidak cedera.

Kami Hny Mmpu Tenangkn Suaminya’ 2 Rntung, Lori Dipercayai Dipndu Laju Ktika Jalan $esak- Saksi.

Ketika kejadian, jalan memang ses.ak, tiba-tiba datang sebuah lori lorong kiri laju terus meIanggar beberapa buah kenderaan.” Demikian kata saksi kejadian, Mohd Ridhwan Othman, saksi kejadian nhas empat kenderaan yang menyebabkan dua mngsa rentung di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan dekat sini, malam tadi.

Dia yang pada masa itu dalam perjalanan ke Johor Bahru berkata, jalan sedikit sesak dan kenderaan bergerak perlahan ketika itu.

“Ketika kejadian saya memang berada di lokasi, pergerakan kenderaan perlahan ketika itu.

“Di lorong kiri, tentunya untuk pemanduan yang tldak laju, tetapi tiba-tiba datang sebuah lori terus mermpuh beberapa kenderaan lain.

“Kejadian sangat pantas, tidak lama kemudian beberapa kenderaan terus terba.kar dan ap1 ma.rak. Seorang lelaki menjerlt memanggil isterinya dan memberitahu kami bahawa terdapat isterinya di dalam kereta yang terbak.ar.

“Kami hanya boleh menenangkan lelaki tersebut dan membawanya ke kawasan jauh sedikit demi keselamatannya,” katanya ketika dihubungi di sini.

Jelas Mohd Ridhwan, akibat kemaIangan itu, lebuh raya ditutup sementara oleh pihak berkuasa bagi tujuan operasi pema.daman dan penyelamatan.

 

“Saya lihat memang sesak lebuh raya akibat kemaIangan ini. Hampir tiga hingga lima jam terse.kat di atas lebuh raya,” katanya.

Luahan sebak dari rakan kenalan arwh :

Mohon sedekahkan Al fatihah buat sahabat saya Nurul Nazihah Binti Kamalul Arifin Nurul Nazihah yang baru sahaja kembali ke rahmatullah akibat kemalngan di Highway Sedenak malam tadi.

Arwh baru sahaja balik dari umrah seminggu yang lepas. Sebelum arwh pergi ke umrah, arwh ada whatsapp kami semua minta doa dipermudahkan urusan disana dan sekiranya ada nak sampaikan doa kat sana.

Sebelum dapat tahu arwh meninggal, baru je beberapa jam sebelum tu tengok status arwh di whatsapp, arwh ada update status kat story minta dipermudahkan urusan teman suaminya pergi appoinment dengan client untuk urusan medical card & hibah, dan arwh juga ada selitkan ayat “Cukuplah Allah sebagai tempat diri bagi kami, sebaik-baik pelindung dan sebaik baiknya penolong kami”.

Terlalu sebak melihat video suami arwh meraung. Allah

Salam takziah untuk keluarga Azie dan semoga Keluarga Azie dan Suami Azie tabah dan dipermudahkan segala urusan.

Tenanglah disana wahai sabahatku Azie.

Sumber BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button