“Dia nak masuk tapi saya tak layan..”- Cikgu Fadli elak Caprice campur tangan

Penyanyi rap sensasi, Caprice sentiasa menjadi perbualan ramai di media sosial apabila kerap melakukan pendedahan berhubung jenayah seksual membabitkan golongan pendakwah.
Belum reda dengan isu tersebut, kini pemilik nama Ariz Ramli dikatakan mahu menyelesaikan masalah melibatkan Cikgu Mohd Fadli Salleh yang telah menerima surat tindakan tatatertib kerana bersuara mengenai silibus pendidikan pada masa kini.
Menerusi Insta Story yang dikongsikan, Caprice mengatakan dia banyak menerima Direct Message (DM) berhubung kes terbaharu melibatkan cikgu tersebut.
Disebabkan itu, dia meminta sesiapa yang mengenali Cikgu Fadli supaya menghubunginya.

Dia nak masuk, tapi saya tak layan..
Malangnya, Cikgu Fadli mengatakan dia enggan pelatun lagu Takde Hal Bro masuk campur dalam urusan tersebut selepas pengguna Facebook dikenali Khairul Faizie berseloroh dengan harapan penyanyi rap itu tidak ulas isu berkenaan.
Komen yang ditinggalkan oleh Cikgu Fadli membuatkan ramai menyokong dengan tindakannya tidak melayan permintaan tersebut dan berharap agar kes tersebut dapat diselesaikan dengan baik.
Terdahulu, guru yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak dikatakan patut dikenakan tindakan tatatertib atas tiga pertuduhan.
Pertuduhan tersebut berhubung jadual waktu dan mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah, subjek matematik diajar pada murid Tahun 1 dan sesi Facebook live dengan mengatakan banyak silibus mengarut diajar di sekolah.
Dan, ia mendapat perhatian banyak pihak terutama Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan mahu berjumpa dengan beliau bagi membincangkan secara lebih lanjut.
Malah, Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan dijadualkan bersidang hari ini selepas menerima surat representasi yang dikemukakan guru Matematik, Mohd Fadli Mohamed Salleh pada 14 Oktober.
Baru Je KP Pendidikan Cakap Lembaga Tatatertib Bersidang Esok, Sekali Cikgu Fadli Buat Live. Ini Yg Dia Cakap Sampai Lebih 30 Ribu Masuk Live
Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan dijadualkan bersidang pada esok selepas menerima surat representasi yang dikemukakan oleh guru Matematik Mohd Fadli Mohamed Salleh pada 14 Oktober lalu.
Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali menjelaskan, surat yang diterima Mohd Fadli tidak membawa maksud hukuman sudah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan.
“Sebaliknya, surat tersebut bertujuan memaklumkan cikgu Fadli mengenai dakwaannya sudah diterima oleh pihak berkuasa lembaga tatatertib, serta keperluan untuk mengemukakan representasi atau penjelasan bertulis,” katanya menerusi video yang dimuat naik di Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia, hari ini.
Pkharuddin juga berkata prosedur tatatertib ini dibuat di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan diguna pakai oleh semua penjawat awam yang sedang berkhidmat.
Terdahulu, Mohd Fadli mendakwa akan dikenakan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat, kerana menyuarakan pandangan mengenai silibus pembelajaran yang menurutnya terlalu tinggi dan tidak sesuai.
Beliau dalam hantaran menerusi Facebooknya turut menyatakan, bilangan murid di dalam kelas terlalu ramai selain subjek pembelajaran yang banyak serta isu beg berat yang katanya boleh memudaratkan kesihatan murid.
Baru sekejap tadi, Cikgu Fadli telah membuat satu live di facebook dan tiktok membincangkan isu-isu pendidikan semasa
‘Saya tak tolak perubahan silibus, tapi tolak perubahan melampau’
Guru di Sekolah Kebangsaan (1) Gombak, Mohd. Fadli Salleh menegaskan, beliau tidak menolak perubahan silibus dalam pendidikan di negara ini seiring dengan perubahan zaman.
Bagaimanapun, beliau berkata, perubahan kurikulum pendidikan itu perlu munasabah dengan tahap setiap anak murid itu.
“Saya tak tolak perubahan silibus, tetapi tolak perubahan melampau. Tetapi perkongsian ini dianggap ancaman kepada negara (apabila) cikgu bersuara tentang (kelemahan) dasar pendidikan,” katanya dalam rakaman secara langsung melalui Facebook, malam ini.
Malam tadi, Mohd. Fadli mendakwa dirinya berdepan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat daripada Kementerian Pendidikan dipercayai dengan alasan sering menegur berkaitan isu persekolahan.
Antara permasalahan yang dibangkitkan membabitkan silibus ‘kayangan’ tahun 1 terutamanya berkaitan subjek Matematik, jadual padat dan isu beg sekolah berat.
Dalam pada itu, Mohd. Fadli mendakwa, budaya lapuk iaitu tidak boleh ditegur berkembang secara meluas dalam Kementerian Pendidikan ketika pemerintahan Datuk Dr. Radzi Jidin berbanding pemerintahan Dr. Maszlee Malik sebelum ini.
Dakwanya, ini kerana mana-mana guru yang menulis bertentangan yang mana mendedahkan kelemahan dan menegur kecacatan dalam Kementerian Pendidikan akan dikenakan surat tunjuk sebab.
“Pada awal pemerintahan Dr. Radzi, (Saya) sering menulis puji tentang pembaharuan yang dilakukan dalam terutama pendigitalan waktu pandemik. (Tetapi) saya dikursuskan bersama-sama guru-guru bermasalah di Johor sebab menulis isu guru pulang sekolah di Zon Merah waktu pandemik sedangkan pembelajaran secara digital.
“(Jadi) mana demokrasi orang menulis menyuarakan pandangan tak setuju tak apa, bahas secara ilmiah. Inikah yang dikatakan Kementerian Pendidikan yang menyampaikan ilmu kepada generasi, dan bukannya menyekat idea-idea.
“Idea ini patut perlu diterima sama ada setuju atau tidak, bincang lah itu baru benar landasan negara demokrasi. Sangat ramai kawan-kawan saya tak setuju pandangan, tetapi (saya) tak kisah kalau masing-masing bawa hujah masing-masing,” dakwanya.
“Matilanak. LIVE tadi terlalu jujur la pulak. Esok penuh la surat tunjuk sebab dan tatatertib sampai pulak” kata Cikgu Fadli lagi
Berikut rakaman penuh Live Cikgu Fadli sebentar tadi
UTUSAN/omm
Sumber:OMM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: