Lepas je disuap Erra Fazira, Jep balik rumah kena suap oleh Sari Yanti - Menujukebenaran
Uncategorized

Lepas je disuap Erra Fazira, Jep balik rumah kena suap oleh Sari Yanti

Sebut sahaja nama Jep, tentu ramai yang tak kering gusi dengan lawaknya saban minggu di rancangan popular, Sepahtu Reunion Live 2022 yang bersiaran di Astro Warna. Terbaharu, rancangan ini telah mengadakan Sepahtu Reunion Live Tour 2022 dan baru-baru ini pula berlangsungnya episod pertama di Stadium Tertutup Pasir Gudang, Johor Bahru.

Walau bagaimanapun, episod pertama itu sahaja sudah membuatkan ramai begitu terhibur disebabkan gelagat berani Jep apabila pelakon jelita, Erra Fazira hadir sebagai selebriti jemputan. Sehinggakan Jep hangat diperkatakan ramai apabila dia juga sempat disuap bubur oleh Erra Fazira.

Jep
Jep Sepahtu dan Erra Fazira dalam episod pertama Sepahtu Reunion Live Tour 2022.

Meskipun begitu, peminat juga sempat mengadu kepada isteri Jep Sepahtu, Sari Yanti apabila dia yang dahulunya sering membuat lawak berlapik namun kali ini agak sedikit berani menyebabkan ramai terhibur dengan pelawak dan penyampai radio Sinar FM ini.

Ternyata terbaharu pula Jep menerusi satu muat naik di akaun Jeptapan di TikTok menarik perhatian lebih 700,000 kali ditonton oleh warganet apabila dia berkongsikan kejadian yang terjadi di rumah pula.

 

Nampaknya selepas disuap oleh Erra Fazira di rancangan tersebut, Jep di rumah pula disuap oleh Sari Yanti yang lalunya mengundang tawa ramai melihat akibat yang perlu ditanggungnya.

“Kak Sari baru kasi masuk rumah…”

Jep

“Nasib baik dia suap…”

 

“Beza diantara rumah…”

 

“Tengah makan, lap air mata eh…”

 

Terdahulu.Menerusi halaman tiktok, tular satu video lakonan Jep dan Erra dalam sketsa Sepahtu Reunion. Menerusi sketsa tersebut, Jep ada membuat pickupline mengorat Erra fazira.

Katanya, awak jangan main-main, saya dalam fasa mencari nombor 2.

Gelagatnya itu membuatkan netizen berdekah dan ramai yang berkata Jep berani mati sebab mengorat Erra sedangkan dia sudah mempunya isteri yang amat cantik, Sari Yanti.

Berikutan itu, Jep meminta astro untuk edit dan buang bahagian tersebut membuatkan netizen geli hati.

“Sentiasa terhibur tiap kali bersama dgn mereka yg hebat ini.. Terima kasih @jepsepahtu @rahimr2 @illya_senario @manrajalawak dan seluruh team @sepahtureunionlive_official krn mengundang saya..
Salah dan silap dimana2.. mohon dimaafkan..Terima kasih JOHOREAN dan famili @bersamaerra yg dtg memberi sokongan.. love uolz!!” kongsi Erra di ig rasmi milik beliau

@nogori_waghih (dekman):sari yanti Pon dah faham sgt dah ni…hahhaahhahahahaa

@Nasaruddin Din427:apa la nasib dia lepas blk rumah nati..

@zizahteam:patut la dia jemput erra. erra ngam dgn sepahtu

@Crazy Angler:jep x pernah mengecewakan..bakal pemegang anugerah pelawak terbaik nanti..aku pasti…

@Lelala:tgh tunggu sariyanti komen..

@june:jep kalah ngan erra

@imnurani:aku rasa Jep ne pernah crush dgn Erra ne

@prncss auroraa:untung lah jep kena suap kak era  tak jeles kah org rumah

@Nadeem Lestari:Awatlaa jep ni lawak sangat. Terhibur sangat

Sepahtu Reunion Live Tour dapat masuk Kedah

PENGHARAMAN sementara konsert terbuka di Kedah sehingga satu prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan semula tidak menjejaskan perancangan Astro Warna membawa program Sepahtu Reunion Live Tour ke negeri tersebut pada 11 dan 18 November depan.

Pengurus Saluran Astro Warna, Norzeha Mohd. Salleh berkata, konsep program lawak itu sendiri jauh berbeza dengan konsert, malah lokasi pula di tempat tertutup iaitu Stadium Sultan Abdul Halim yang membolehkan pihak produksi mudah menyelia perjalanan acara.

“Pihak kami maklum dengan perkembangan terbaharu mengenai pembatalan sementara penganjuran konsert di negeri itu seperti yang diumumkan baru-baru ini.

“Selepas merujuk semula kepada pihak berkaitan, dimaklumkan segala persediaan yang sudah mendapat kelulusan pelbagai agensi sebelum ini dapat diteruskan mengikut jadual.

“Sepahtu Reunion Live Tour ini bukan konsert, sebaliknya rancangan lawak yang diadakan di hadapan penonton dan disiarkan secara langsung terus ke khalayak di rumah selain punya rekod bersih.

“Kami yakin tiada masalah berbangkit kerana semuanya mengikut SOP (prosedur operasi standard) dan menepati syarat permit biarpun ini julung kali diadakan di luar ibu negara,” katanya ketika pelancaran program Sepahtu Reunion Live Tour, baru-baru ini.

Terdahulu, penangguhan konsert di negeri itu dihentikan sementara bagi memastikan insiden pengunjung terkinja-kinja menari dan bersorak di luar kawalan sehingga tular di Art Loq Staq Festival: Muda Mudi Weekend Fest tidak lagi berulang.

Kerajaan negeri mengarahkan sebarang aktiviti konsert hiburan yang mencetuskan kelakuan di luar tatasusila dalam kalangan pengunjung tidak dibenarkan diadakan di seluruh negeri itu.

Sementara itu Sepahtu Reunion Live Tour masih mengekalkan konsep asal persembahan sitkom, konsep jelajah yang julung kali ini membariskan anggota Sepahtu iaitu Jep, Rahim, Ilya Buang atau Pak Ya dan Ebby Yus.

Selain Kedah, Sepahtu yang sudah sedekad mengekalkan momentum di arena hiburan bakal memulakan jelajah di Pasir Gudang, Johor pada 14 dan 21 Oktober disusuli Gong Badak, Terengganu (28 Oktober dan 4 November), sebelum ke Kedah.

Akui Norzeha, matlamat membawa Sepahtu ke lokasi diumumkan adalah berikutan permintaan penggemar program tersebut sekali gus mendekatkan mereka dengan penyokong di seluruh negara.

TANPA Shuib, Jep, Pak Ya dan Rahim akan menjayakan Sepahtu Reunion Live Tour dengan diserikan wajah-wajah popular seperti Erra Fazira, Uqasha Senrose dan Siti Elizad.

“Ikut perancangan memang hajat ini sudah lama disimpan, namun situasi pandemik membuatkannya perancangan hanya dapat direalisasikan dalam tahun ini.

“Malah kami juga mahu lebih banyak lagi lokasi dikunjungi, mungkin untuk tahun akan datang Sepahtu dapat menemui penonton di lebih banyak negeri lain.

“Buat penampilan pertama ini, kami turut bawakan ramai artis jemputan termasuk Erra Fazira, Uqasha Senrose, Siti Elizad dan ramai lagi,” katanya.

Sumber Tiktok dan Instagram via hcl

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button