Uncategorized

“Saya akan campur sikit dengan cara berpantang moden dan tradisional..” Tak Sabar Nak Lihat Cucu, Ibu Dr Amalina Siap Bungkus ‘benda ni’ Untuk Bawa Ke London.

BERITA tentang pakar bedah kelahiran Malaysia yang berkhidmat di United Kingdom (UK), Dr Amalina Che Bakri selamat melahirkan cahaya mata sulung menarik perhatian ramai.

Paling teruja tentunya ibu Dr Amalina iaitu Sabariah Hassan, 62, yang memaklumkan bahawa anaknya selamat melahirkan bayi perempuan pada minggu lalu di Hospital St Thomas di London, UK.

“Tak tahu nak gambarkan betapa seronok dan gembiranya saya. Syukur Alhamdulillah.

“Memang teruja sebab inilah cucu pertama daripada satu-satunya anak saya. Kalau nak luahkan rasa gembira tu, sama seperti gembiranya sewaktu melahirkan Amalina,” katanya.

Dr Amalina berkongsi foto mendukung bayinya. foto instagram dramalinabakri

Pada Selasa, Dr Amalina dan suami, Alexander Charles berkongsi berita gembira tentang kelahiran bayi sulung mereka yang diberi nama Arabella Mia.

Dia turut meluahkan rasa syukur kerana doanya buat Dr Amalina sekeluarga di Tanah Suci ketika menunaikan umrah dan haji pada tahun ini dimakbulkan.

“Sepanjang saya menunaikan umrah pada Februari lalu dan haji buat kali kedua baru-baru ini, saya sering mendoakan agar diberikan kesejahteraan buat keluarga Amalina.

“Saya berdoa di tempat-tempat yang mustajab doa, termasuk di hadapan Kaabah… saya berdoa agar Amalina dipermudah urusan bersalinnya, agar dia dan bayi sihat selepas bersalin. Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan,” tambahnya.

Sabariah gembira dengan berita anaknya menimang cahaya mata pertama.

Dalam pada itu, pesara guru dan bekas pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ulu Tiram itu juga tidak sabar untuk bertemu dengan anak, menantu dan cucu sulung di London.

Sabariah berkata, dia merancang untuk berlepas ke London pada minggu depan, sambil menambah telah membuat persiapan untuk menjaga anaknya semasa berpantang.

Lebih 20 menu saya sediakan untuk Amalina dan dia akan pilih ikut kesesuaian dan citarasa.

“InsyaAllah, saya akan ke London untuk menjaga Amalina selama lebih sebulan semasa berpantang.

Saya akan campur sikit dengan cara berpantang moden dan tradisional secara sederhana, selebihnya terserah kepada Amalina sendiri.

“Antara yang saya bawa ke London adalah tungku elektr1k yang akan digunakan untuk bertungku secara moden sekiranya perlu,” ujarnya.

Tambah Sabariah, dia juga akan menyediakan masakan yang bersesuaian dan berkhasiat untuk Dr Amalina sepanjang tempoh berpantang.

“Lebih 20 menu saya sediakan untuk Amalina dan dia akan pilih ikut kesesuaian dan citarasa. Semua berkhasiat dan antaranya adalah sayur brokoli yang dipanggang,” kata Sabariah dengan nada teruja.

Sabariah ketika menunaikan haji, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di laman Instagram pada Selasa, Dr Amalina berkongsi tiga foto bersama bayinya.

“Kami mengagumi dan menghargai setiap saat dengan kegembiraan kecil kami. Kami teruja untuk melihat apa yang akan datang, Alhamdulillah. Lots of cinta – Amalina & Alex,” katanya.

Dr Amalina mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac, tahun lalu.

Sumber: mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *