Uncategorized

“berhenti kaitkan kami dengan mereka…” Kakak Dakwa Abang Viva Nikah Tanpa Pengetahuan Keluarga? Isteri Pun Beri Respon

Susulan foto dan video yang menampilkan dirinya dan isteri memakai busana pengantin tular meluas harini, Abang Viva akhirnya buka mulut bahawa mereka sudah berkahwin sejak 14 Oktober lalu.

Pada hari bersejarah tersebut, Azwan Omar telah dinikahkan bersama Evanoza Zakaria di Pejabat Agama Islam Daerah Ayer Keroh dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.

Katanya majlis yang sepatutnya berlangsung serentak dengan resepsi pada Disember depan diawalkan, susulan mengambil kira beberapa faktor termasuklah bagi mengelak daripada berlakunya fitnah.

Abang Viva bernikah tanpa pengetahuan keluarga, ucapan “tahniah” kakaknya undang spekulasi. Hari ini tular mengenai pernikahan Azwan Omar atau mesra disapa Abang Viva yang menjadi popular di media massa kerana membantu mangsa banjir teruk di Selangor awal tahun ini.

Di sebalik kegembiraan itu, satu posting dari kakaknya, Fauziyah Omar tidak sampai sejam (semasa artikel ini ditulis) mencetuskan tanda tanya kerana dirinya menujukan terus kepada adik lelakinya, Azwan dengan ucapan “kepada pengantin lelaki. Selamat pengantin baru dan terima kasih kerana abaikan mak ayah dan keluarga. Hanya jauhari mengenal manikam, tulisnya.

Seolah-olah membayangkan wujud konflik bermula dari majlis tunang sampailah kahwin di sebelah  keluarga  lelaki.

Ini perkongsiannya :-

Posting ini hanya untuk pemakluman, bukan meraih simpati atau mencari publisiti.

Insan ini telah bertunang & kahwin tanpa pengetahuan mak ayah…pengantin lelaki kata, dia perlu menjaga nama baik, mungkin nama & rupa kami buruk

Namun di sebalik kegembiraan itu, kakak pengantin lelaki tampil mencetuskan tanda tanya apabila mendakwa Abang Viva berkahwin tanpa pengetahuan ibu bapa serta ahli keluarganya.

Tak cukup dengan itu, Fauziyah Omar turut dimaklumkan oleh adiknya sendiri bahawa ia dilakukan demi menjaga reputasi dan nama baiknya.

Kakak Dakwa Abang Viva Nikah Minggu Lepas Tak Jemput Keluarga? Bini Pun Respon

 

Cukuplah airmata gugur di pipi mak ayah saya yang dah tua…berhenti kaitkan kami dengan mereka, jangan tambah derita yang ada

Gara-gara amat terkilan dengan tindakan itu, maka Fauziyah menyeru kepada semua pihak agar berhenti kaitkan mereka sekeluarga dengan pasangan tersebut. Sebaliknya, dia memohon agar berikan peluang kepada orang tuanya untuk merasa bahagia di usia senja mereka.

Di hujung coretannya, wanita berkenaan turut mengucapkan selamat pengantin baru kepada Abang Viva serta pasangan sambil turut diselitkan sedikit ayat deep.

Kakak Dakwa Abang Viva Nikah Minggu Lepas Tak Jemput Keluarga? Bini Pun Respon

 

Kakak Dakwa Abang Viva Nikah Minggu Lepas Tak Jemput Keluarga? Bini Pun Respon

Kisah yang perlu disimpan, simpanlah untuk jaga aib semua pihak…fikir sebelum post apa-apa

Sementara itu, tinjauan di Facebook mendapati isteri kepada Abang Viva turut seolah-olah berikan respon balas. Kata Evanoza, bukan semua kisah perlu dicanang kepada umum sebaliknya perlu disimpan rapi demi jaga aib. Meskipun kini dirinya jadi sasaran dikecam, tetapi wanita ini langsung tidak melatah.

Kakak Dakwa Abang Viva Nikah Minggu Lepas Tak Jemput Keluarga? Bini Pun Respon

Kakak Dakwa Abang Viva Nikah Minggu Lepas Tak Jemput Keluarga? Bini Pun Respon

Kakak Dakwa Abang Viva Nikah Minggu Lepas Tak Jemput Keluarga? Bini Pun Respon

Ingatkan keluarga perempuan, rupanya pengantin lelaki…jangan judge siapa-siapa, doakan mereka berbaik semula

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen amat terkejut dan sama sekali tidak menyangka Abang Viva sanggup lakukan sedemikian terhadap kedua-dua orang tuanya. Dalam pada itu, mereka turut berharap agar tiada spekulasi lain dicetuskan orang luar. Sebaliknya, titipkan doa agar segala kemelut selesai dan keluarga ini kembali harmoni seperti sebelumnya.

Kakak Dakwa Abang Viva Nikah Minggu Lepas Tak Jemput Keluarga? Bini Pun Respon

Kakak Dakwa Abang Viva Nikah Minggu Lepas Tak Jemput Keluarga? Bini Pun Respon

Kakak Dakwa Abang Viva Nikah Minggu Lepas Tak Jemput Keluarga? Bini Pun Respon

Kredit : FB Fauziyah Omar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *