MINYAK HITAM MOTOR BOCOR TUNGGU ANAK ‘BANK IN’ RM30 TAPI APA YG TERJADI SELEPAS ITU BUAT RAMAI SEBAK - Menujukebenaran
Uncategorized

MINYAK HITAM MOTOR BOCOR TUNGGU ANAK ‘BANK IN’ RM30 TAPI APA YG TERJADI SELEPAS ITU BUAT RAMAI SEBAK

Seorang lelaki dikenali sebagai Zulfitri Basir berkongsi satu video di laman TikTok, yang berjaya membuatkan rata-rata netizen berasa sebak.

Kisahnya bermula apabila dia membantu seorang warga emas di sebuah pam minyak pada waktu Maghrib.

Tunggu anak transfer RM30

Menerusi video pendek itu, lelaki tua yang kelihatan sedikit bongkok dan tangan berbalut bertanya mengenai waktu azan kerana ingin menunaikan solat.

Sementara menunggu masuk waktu solat, lelaki berkenaan sempat berbual dengan pakcik terbabit. Difahamkan, warga emas itu bertanyakan di mana mesin ATM berhampiran yang boleh mengeluarkan wang sebanyak RM30 kerana dia ingin membeli minyak hitam motosikal.

Tiba-tiba seorang pakcik dalam keadaan bongkok sambil tangan berbalut seperti kepatahan menyapa aku. Maghrib masuk pukul berapa? Aku jawab lah, 7.01 minit pakcik. Lagi 6 minit masuklah. Bolehlah kita berjemaah sekali pakcik. Kemudian pakcik tu duduk bawa kerusi dekat dengan saf aku.

Tiba-tiba pakcik ini tanya, selain dari dekat sini, dekat mana ada ATM mesin. Dekat petronas tu ada tapi tak boleh keluar RM30. Aku pun bagitau dekat pakcik tu. Dekat depan sana sikit tu ada, tak pasti boleh keluar duit RM30 ke tak.  yang

Rupa-rupanya, pakcik itu sudah menunggu anaknya yang sedang belajar di universiti sejak pukul 5.00 petang lagi untuk memasukkan sedikit wang yang dipinjam dari rakannya kerana dia turut tidak mempunyai wang. Tersentak mendengar kisah warga emas itu, lelaki terbabit kemudiannya menawar untuk membantu warga emas berkenaan

Kemudian pakcik tu cakap, tadi saya call anak saya, dia kat universiti. Dia bagi RM30 je untuk balik rumah. Tadi call dia sebab nak suruh masukkan sedikit lagi duit.

Nak beli minyak hitam. Sebab motor bocor pula minyak hitam. Dia cakap takde duit sekarang, nak pinjam duit kawan. Jadi itu yang saya tengah tunggu ini dari pukul 5.

Kalau kawan dia bagi pinjam bolehlah beli minyak hitam dengan isi minyak balik Kajang. Lalu aku pun cakap, Tak apa pakcik, kita solat dulu, kejap lagi minyak hitam pakcik itu saya belikan. Jangan risau, pakcik dalam rumah Allah SWT. Allah akan bantu pakcik.

Ujar pakcik itu lagi, dia yang merupakan bekas anggota tentera Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) baru sahaja pulang daripada melawat isterinya yang kini menghidap kan ser tahap tiga di Hospital Tentera Wangsa Maju.

Dedahnya, dia mempunyai empat orang cahaya mata dan tiga daripadanya sedang belajar di universiti tempatan manakala seorang lagi masih bersekolah.

Baru terlibat dalam kemal angan

Lebih sebak lagi apabila warga emas terbabit baru sahaja terlibat dalam kemalangan dan tangannya patah sehingga menyebabkan tangannya tidak berapa kuat.

Tangan dia patah, hari ni hari dia buka simen. Jadi tangan dia masih tak berapa kuat. Dia kata hari tu dia kerja dekat stesen minyak. Sebab PKP dia kena berhenti sebab kontrak. Lepas tu sampai sekarang dia dah tak kerja.

Aku pergi dekat motor dia. Tengok motor dan ada minyak hitam tumpah sikit-sikit. Dia cakap nak bawa balik Kajang je. Lepas tu nanti ada duit dia nak repair perlahan-lahan. Takut kalau kering minyak hitam lagi teruk motor tu.

Apabila ditanya sama ada sudah makan atau tidak, pakcik itu mengatakan bahawa dia tidak makan sejak pagi lagi.

Aku cakap ambil la apa nak makan. Dia ambil sandwich dan air susu banana. Kemudian aku tanya dia nak apa-apa lagi tak. Dia cakap cukup dah ni. ini pun dah bersyukur.

Dalam pada itu, warga emas terbabit berharap agar suatu hari nanti anak-anaknya dapat mengubah kehidupan keluarga mereka. Sebelum pulang, lelaki berkenaan sempat hulurkan sedikit sumbangan meskipun pada awalnya ditolak oleh pakcik tersebut.

Dia cakap saya cuba minta tolong keluarga. Tapi tak semua faham. Alhamdulillah itu sahaja pegangan saya (agama). Bagi anak-anak agama yang cukup. Harap satu hari mereka dapat ubah keluarga. Entah saya dan isteri ada atau tidak masa tu. Hanya semangat untuk anak-anak sahaja yang membuatkan dia kuat.

Aku pun hulurkan sedikit sumbangan. Pakcik bawa motor elok-elok. Dia mula-mula tolak duit aku. Aku cakap, pakcik doakan yang baik-baik untuk saya. Saya tak tahu dosa saya apa. Tapi Allah SWT hantar pakcik hari ini sebab nak bersihkan dosa saya. Doakan saya dan keluarga.

Untuk Tonton video sila ke akaun Tiktok di bawah:

Sumber : zulfitribasir via OhBulan/awatsheikh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button