'nanti kakak masuk neraka sorang-sorang ke? Kita tak sama-sama ke syurga ke? Ibu Cerita Situasi Kejadian, Sebenarnya Bukan Gaduh Berebut Kerusi - Menujukebenaran
Uncategorized

‘nanti kakak masuk neraka sorang-sorang ke? Kita tak sama-sama ke syurga ke? Ibu Cerita Situasi Kejadian, Sebenarnya Bukan Gaduh Berebut Kerusi

Ibu kepada mangsa maut dan suspek kejadian kakak tertik4m adik di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh, Iskandar Puteri menceritakan semula situasi membabitkan dua anaknya itu.

Menerusi temu bual bersama wartawan 999, ibu yang tidak didedahkan identiti berkata, punca pergaduhan mereka bukanlah disebabkan berebut tempat duduk seperti yang didakwa ramai pihak.

Pada hari kejadian, ibu ambil kakak dahulu di sekolahnya barulah ambil arwah dan seorang lagi anak di sekolah lain.

Ibu cerita kakak tak sengaja tik4m adik

 

Jelasnya, mereka pada awalnya bergaduh mulut ketika masing-masing dalam perjalanan pulang ke rumah daripada sekolah.

Masa masuk tu arwah macam, “kenapa lambat ni ibu?”

Saya kata, “ibu ambil kakak la”. Lepas tu dia senyap.

Bukan berebut kerusi, kerusi tu dijatuhkan. “Naikkan naikkan”, dia dah marah. “Kakak pekak ke?” mereka bergaduh mulut.

Kakak kata, “lain kali kalau abang nak minta kakak tolong, kakak tak nak tolong lagi”.

Dia macam dah sedih. “Mana ada tolong, kau ingat aku takut dengan kau?” Dia mula macam provok. Saya pun, “dah dah senyap, panas ni.”

Kata ibu lagi, sepanjang perjalanan tu mereka hanya senyap. Sehingga lah sampai di rumah si ibu tekan hon memanggil anak nombor 4 untuk transit ke sekolah agama.

Mereka masih ‘argue’, tak lama selepas itu si adik keluar dan menjerit sebab melihat arwah sudah berlumuran darah.

Jangan benci kakak, maafkan kakak

Ibu terus bertanyakan kakak apa yang telah dia lakukan. Keadaan kakak pada ketika itu sangat panik dan meminta maaf kepada arwah.

Ya Allah abang. Maafkan kakak maafkan kakak. Ibu maafkan kakak. Jangan benci kakak, kakak tak sengaja ya Allah apa kakak dah buat. Ibu nanti kakak masuk neraka sorang-sorang ke? Kita tak sama-sama ke syurga ke?

Si ibu cuba menenangkan kakak dengan berkata dia tak sengaja. Katanya lagi, situasi itu sangat cepat berlaku.

Tambah si ibu lagi, dia merasakan kakak memang tak sengaja bukanlah sebab tekanan perasaan.

Tambahan pula pisau memang dah ada di situ, dan ketika itu tangannya tercapai pisau. Jika buku atau remote TV ada di situ, mungkin kakak ketuk arwah dengan barang itu.

TERTUDUH (tengah) di Mahkamah Majistret Kanak-kanak. FOTO Izz Laily Hussein

Kakak didakwa sebabkan kem4tian adik tanpa niat

Seorang remaja perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kanak-kanak di sini, hari ini atas tuduhan tanpa niat menyebabkan kem4tian adiknya, minggu lalu.

Tertuduh yang berusia 17 tahun 11 bulan itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Zuhainie Zull Kafli.

Berdasarkan kertas pertuduhan, remaja berkenaan didakwa menyebabkan kem4tian adik lelakinya yang berusia 16 tahun yang mana dia tahu perbuatannya mungkin menyebabkan kem4tian di rumah mereka di Jalan Mini Stadium, Kampung Ulu Pulai di sini, jam 1.50 petang, 19 Oktober lalu.

Anak sulung daripada lima beradik itu didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dijalankan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya Hayatul Wirdah Mohd Yunos mencadangkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, barisan pembelaan yang mewakili tertuduh iaitu peguam Abd Rahim Ali, Jihad Syahida Nadia Zakaria dan Nur Zafirah Norizan memohon jumlah jaminan itu dikurangkan atas alasan tertuduh adalah kanak-kanak.

“Tertuduh adalah seorang kanak-kanak dan tiada sebab dia melarikan diri. Selain itu, kita mengambil kira juga pendapatan keluarga dan latar belakang persekolahan yang mana pada tahun hadapan, tertuduh akan mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malayaia (STPM),” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di Balai Polis Gelang Patah setiap sebulan sekali.

Difahamkan, bapa tertuduh membayar ikat jamin berkenaan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi laporan bedah siasat pada 5 Disember ini.

Pada 19 Oktober lalu, media melaporkan, seorang kakak membaling pisau ke arah adiknya sehingga menyebabkan remaja lelaki itu meninggal dunia.

Dua beradik itu dilaporkan bergaduh akibat berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah, sebelum kakak bertindak membaling pisau ke arah adiknya selepas dipersenda ketika masuk ke dalam rumah.

Hasil bedah siasat mengesahkan punca kem4tian mangsa disebabkan tusukan hujung pisau pemotong sayur yang terkena pada saluran darah utama (arteri) di bahagian kanan lehernya sekali gus menyebabkan pendarahan yang banyak.

Kredit: TikTok @lirahs.dhom/limauaaamboi

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button