Nelayan terapung 6 jam dlm peti sejuk selepas bot karam. Dia berjaya diselamatkan, tapi ada perkara lain buat dia sedih - Menujukebenaran
Uncategorized

Nelayan terapung 6 jam dlm peti sejuk selepas bot karam. Dia berjaya diselamatkan, tapi ada perkara lain buat dia sedih

BANGKOK – Seorang nelayan ditemui terapung di dalam sebuah peti sejuk selepas berada di dalamnya selama enam jam akibat bot karam di luar pantai wilayah Krabi, Thailand, Ahad lalu, lapor akhbar Daily Star semalam.

Anat Massoyot, 33, diselamatkan oleh sebuah bot nelayan yang melalui kawasan dia dijumpai.

Ketika insiden bot karam itu, penduduk dari Kampung 3, daerah Mueng itu dilaporkan memanjat masuk ke dalam sebuah peti sejuk, tempat dia biasanya menyimpan ikan.

Anat sebelum itu membawa botnya untuk menangkap ikan di pulau Koh Lao Hong, berhampiran Pulau Hong seorang diri. Menurutnya, cuaca masih baik ketika itu.

Botnya kemudian dihempas oleh ombak besar dan air mula memenuhi ruang sebelum ia tenggelam di tengah laut.

Sebuah bot nelayan lain yang melalui kawasan itu kemudian menarik Anat keluar dari peti sejuk itu dan membawanya ke darat

Sedih Bot Hilang

Dia kini dalam keadaan selamat dan bersyukur kerana masih hidup namun, berasa sedih kerana bot yang digunakannya untuk mencari rezeki telah hilang. – Agensi

 

Kredit limauaaamboi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button