Tersingkir Dari GV, Rupanya Ada Benda Yang Jadi Kat Seluar Tom Masa Persembahan

PENYANYI Tom akur meninggalkan pentas Gegar Vaganza 9 (GV9), apabila diumumkan tersingkir pada konsert mingguan yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad
Tom Terkeluar Hanya Raih 52.2% & Bob Nombor Satu Dengan 85.6%, Semak Dulu Markah Bintang GV9
Sementara itu, Bob Yusof mencipta kejutan selepas menduduki tempat pertama dalam saingan, dengan markah sebanyak 85.60 peratus.
Shila Amzah dan Tomok masing-masing berada pada kedudukan ketiga dan keempat dengan markah 84.10 peratus dan 81.50 peratus.

Peserta tersingkir ialah: TOM
Berikut kedudukan Konsert Minggu Ke-7 dan lagu tugasan minggu ke-8.
1. Bob – My Baby You
2. Shila Amzah – Coba
3. Tomok – Mentera Semerah Padi
4. Dina – Hijau
5. VE – Rozana
6. Jac – Lelaki Ini
7. Hazrul Nizam – Widuri
8. Asheed – Tiara
9. Fuad Rahma – Laila Namamu Teratas
10. Tom – Tom
Tom tetap tenang walaupun seluar hampir terlucut
Penyanyi, Tom terpaksa menyanyi sambil memegang seluarnya yang hampir terlucut ketika melakukan persembahan di konsert Gegar Vaganza minggu ketujuh malam ini.
Seluar penyanyi itu tercabut selepas dia ‘mencangkung’ ketika menyanyikan not tinggi lagu ‘Akhirnya kini pasti’ nyanyian asal Anita Sarawak.
Bagaimanapun, Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram, sempat memegang bahagian belakang seluarnya sehingga akhir persembahan.
Tinjauan di media sosial mendapati rata-rata netizen memuji sikap Tom yang tidak cemas dan menghabiskan persembahan dengan baik.
“Bertenang je seluar dia hampir terlucut, kalau aku dah menggelabah,” kata Ryazmi.
“Suka dengan ‘energy’ Tom bila persembahan, seluar terbuka pun kekal ‘perform’,” kata Nyaz.
“Terbuka pula seluar Tom ya, nasib baik sempat tahan,” kata J. –
Selain itu ramai yang sedih dan luahkan perasaan kecewa bila Tom tersingkir.
For me, Tom bukan keluar pasal wardrobe malfunction tapi kerana dia terlalu ikutkan penyanyi asal. But Asheed should out coz Tom is much better than him. For V.E, Hazrul Nizam and Fuad Rahman… congratulations kata Norbaizura
Kesiannya Tom keluar.. Tapi tak puas hati betullah V.E punya kedudukan. Patutnya V.E boleh dapat top three, sebab sedap gila diorang nyanyi kata azie
dia bagus…ikut je apa yg juri ajar..tapi nampak seolah dia macam x de Wow Factor…kesian TOM. Kata Azie
Tom btul² perlukan dana utk survive… bersungguh n bharap dia ada lagu td. GV pliz la bukak mata sikit pada artis yg memerlukan ni… jgn hanya tau fikir rating korg je… Kata William
Malas aku nak tengok gv 9 ni lagi. Final nnti baru tgok. ?.. semoga pintu rezeki tom terbuka luas kat luar. Ermm.. ? kata Dilla
Kalau setakat vokal top dh bosanlah yg buat performance creative2 penat2 pun tk dpt markah top kata Rosnah
Sumner:KOSMO! ONLINE
Kredit: limauaaamboi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: