“Masa Buat Step Kuda Bersorak, Tiba-Tiba Kaki Dia Meletop..” – Azhan Rani Cerita Punca Elly ‘Naik’ Wheelchair Di GV9

Pelakon Azhan Rani berkongsi situasi yang membawa kepada keadaan yang berlaku kepada Elly Mazlein yang terpaksa mengacarakan Gegar Vaganza 9 (GV9) dengan berkerusi roda, Ahad lalu.
Menurut Azhan Rani, lutut bintang berkenaan ‘meletup’ ketika mahu melakukan babak akhir drama Gila Viral yang bakal bersiaran tidak lama lagi.


“Gambar ni sebelum kejadian kaki Kepom (Elly) kesayangan Malaysia ni meletop. Time ni dah lewat malam jugak nak buat scene terakhir ni. Dia macam biasa la energy macam kat GV tu macam tu la jugak kat set ni.
“Tengah shoot scene ni masa dia buat step kuda bersorak tu tiba-tiba kaki dia meletop. Terduduk terus. Lepas bagi rehat, team produksi hembus-hembus sikit, bagi dia makan coklat pastu dia sambung lagi scene tu macam takde apa-apa,” jelasnya.
Aktor versatil itu berkongsi mengenai hal berkenaan menerusi salah satu entri di Instagram, pada Isnin.
“Semalam kat set ni dah terjingkut-jingkut. Produksi siap panggil team physiotherapist datang buat alignment balik kat kaki Kepom.
“Masa tu dah cakap dah macam mana nanti kat GV. Saja main-main cakap why not nanti pakai je wheelchair kalau susah sangat. Bukan senang nak tengok host live pakai wheelchair kat TV.
“On the way aku balik dari set drama #gilaviral ni dah nampak kat feed dia buat hal atas stage dengan wheelchair dah. Memang la budak ni. Kepom memang fighter, #salute.
#gws @iamellymazlein Kepom. All the best. Safety first. Ingat ni 2022 bukan 2007 lagi,” tulisnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut mendoakan agar Elly yang mesra disapa Kak Lina cepat pulih.
Terdahulu, Elly turut memaklumkan perkara sama menerusi Instagram miliknya.
“Saya sebenarnya terjatuh di set penggambaran sebuah drama. Alhamdulillah tiada yang serius dan syukur saya masih boleh bersama Nabil dan penonton GV9.
“Kaki je sakit, muka lawoo,” seloroh Elly.
Malah, keadaannya turut mendapat perhatian barisan termasuk Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang.
Elly sebelum ini turut berkongsi keadaan terkininya itu di Instagram dengan memaklumkan kejadian yang menimpa selain turut berterima kasih kepada penerbit dan krew produksi itu.
Selebriti versatil, Elly Mazlien tetap mengacarakan konsert minggu ketujuh Gegar Vaganza Musim ke-9 (GV9) meski terpaksa duduk di kerusi roda, malam ini.
Elly yang mesra disapa Kak Lina muncul berkerusi roda sejurus rakan hos, Nabil Ahmad membuka segmen pertama menerusi persembahan lagu Senyuman Ragamu dendangan Gerhana Ska Cinta.
“Saya sebenarnya terjatuh di set penggambaran sebuah drama. Alhamdulillah tiada yang serius dan syukur saya masih boleh bersama Nabil dan penonton GV9.
“Kaki je sakit, muka lawoo,” seloroh Elly.
Malah, keadaannya turut mendapat perhatian barisan termasuk Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang.
Elly sebelum ini turut berkongsi keadaan terkininya itu di Instagram dengan memaklumkan kejadian yang menimpa selain turut berterima kasih kepada penerbit dan krew produksi itu.
Terdahulu, Bob Yusof diumumkan sebagai pemenang Anugerah Juara Next Level Digi untuk minggu ketujuh berdasarkan undian peminat dan membawa pulang wang tunai RM1,000.
Netizen Perasan Kak Kepom tetap cantik biar pun berkerusi roda
Selain itu Tinjauan Kosmo! di platform media sosial hari ini mendapati, rata-rata netizen menganggap gelak Kak Lina seperti ‘Mak Lampir’ yang boleh menjadi mimpi ngeri ramai.
“Aku dah lama perati bila Kak Lina gelak, macam ‘Mak Lampir’, mujur muka cantik,” seloroh Najimuddin.
“Seronok layan GV sebab pengacara, lagi-lagi Elly Mazlein. Konsert malam ini bila dia gelak lepas persembahan Fuad, anak aku yang tengah tidur terus terjaga, katanya terkejut macam ada hantu lalu, aku pula terpasang suara televisyen kuat, hahaha,” kongsi Suryani.
“Apabila tak disangka-sangka.” Demikian tulis penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein di Instagramnya, yang disertakan dengan gambar bahagian lututnya yang dipakai dengan penyokong lutut.
Menerusi hantaran sama, Elly mengucapkan terima kasih kepada penerbit, Shahrulezad Mohameddin dan Fazli Baharom serta beberapa warga dari produksi Radius One kerana membantunya.
“Terima kasih sayang-sayang saya, Shahrulezad, Radius One, Encik Fazli, Encik Sham, artis, dan kru pasukan manjakan Kepom (saya) sangat.
“Tolong Kepom siap letak ‘spray’ lah, ais lah, beli itu, beli inilah untuk si budak lutut yang meletup ini.
“Siap panggil orang fisioterapi datang periksa lutut. Terima kasih,” tulisnya.
Elly yang mesra disapa dengan panggilan Kak Lina Pom Pom itu juga memaklumkan bahawa kecederaannya tidak terlalu serius.
“Alhamdulillah, tak serius. Cuma berjalan itu agak tak seperti Miss World lah dik,” tulisnya.
Sumber : MH
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda