“Tolong jangan marah Nabil, kesian dia..”- Akhirnya Raisa beritahu kenapa dia takut berbahasa Indonesia di GV9 - Menujukebenaran
Uncategorized

“Tolong jangan marah Nabil, kesian dia..”- Akhirnya Raisa beritahu kenapa dia takut berbahasa Indonesia di GV9

Penyanyi tersohor Indonesia, Raisa Andriana berharap agar netizen tidak terus menghentam dan memarahi pengacara Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Nabil Ahmad kerana mengajuk dia berbahasa Indonesia pada program itu.

Menurut Raisa, dia terpaksa menggunakan bahasa Inggeris ketika memberikan komen sewaktu dijemput menjadi juri jemputan GV9 berbanding bertutur dalam bahasa ibundanya sendiri.

“Sejujurnya saya takut jika salah memberikan komen. Kadang-kadang ada maksud bahasa Indonesia dan bahasa Malaysia yang memberi makna berbeza.
Katanya lagi, dia berasa risau jika konteks penyampaiannya disalah erti dan disebabkan itulah dia bertutur dalam bahasa Inggeris kerana akan lebih tepat.

Bagaimanapun, dia bertutur dalam bahasa Indonesia selepas pihak produksi memaklumkan dia boleh bertutur dalam bahasa kebangsaannya.

Sementara itu, penyanyi berusia 32 tahun itu juga berharap agar netizen tidak mengecam Nabil kerana mengusiknya berbahasa Inggeris pada persembahan Hazrul Nizam.

“Keesokan harinya saya ada berjumpa Nabil di radio Era, tapi saya sendiri tak ingat apa yang terjadi sebab Nabil cakap terlalu cepat,”katanya lagi.

Terdahulu, Nabil Ahmad menerima kecaman netizen apabila berseloroh terhadap Raisa yang memberikan komen dalam bahasa Inggeris sehingga ada yang mengatakan penyanyi itu kelihatan kurang selesa dengan gurauan tersebut.

Nabil juga tampil menjelaskan situasi sebenar di mana dia dan Raisa sudah bertemu dan bergurau senda sebelum bermulanya persembahan. Malah, Nabil juga tidak mengambil hati dengan kritikan netizen.

Menurut Raisa, dia bagaimanapun bercakap dalam bahasa Indonesia selepas pihak produksi memaklumkan dia boleh bertutur dalam bahasa kebangsaannya.

Dikecam ajuk Raisa, Nabil anggap netizen maksum

Pengacara Nabil Ahmad menganggap pihak yang mengecam cara gurauannya terhadap penyanyi Indonesia, Raisa pada konsert minggu kelapan Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) malam tadi sebagai individu yang kurang faham konsep program hiburan.

Katanya, dia enggan melayan provokasi sedemikian yang dilihat seperti sengaja mencari kesalahan, sedangkan Raisa, wakil pengurusannya serta pihak produksi GV9 maklum itu hanya usikan.

Tegas Nabil, mereka yang faham tentang sesebuah program hiburan pasti sedar jenaka yang dilakukannya semalam bukan bertujuan mengejek.

“Kalau saya rasa perbuatan itu menghina atau memalukan apatah lagi kepada tetamu, saya sendiri akan terus meminta maaf.

“Mereka yang pandai kecam ini tahu ke proses sebelum sesebuah rancangan televisyen dirakamkan, lebih-lebih lagi siaran langsung seperti GV?

“Semua peserta, hos, juri, kru dan selebriti undangan akan diberikan penerangan bagaimana program berjalan,” jelasnya.

NABIL sempat berbual dengan Raisa ketika penyanyi itu berkunjung ke konti radio Era FM pagi tadi.

Bukan mahu mendabik dada kata Nabil, tetapi sepanjang sembilan tahun mengendalikan GV, dia tiada pernah terniat mengenakan sesiapa.

“Kalau masih mahu kutuk saya terpulanglah. Mungkin mereka maksum sampai membodoh-bodohkan orang.

“Itu bukan cara menegur, tapi bagi saya tak jadi kudis pun sebab mereka tak tahu senario belakang tabir,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pada masa sama, pelawak yang juga pengarah dan penerbit itu memaklumkan Raisa tiada masalah bertemu dengannya selepas persembahan malam tadi.

Malah penyanyi popular itu turut muncul dalam program radio kendaliannya pagi tadi sebagai tetamu undangan.

Menurut Nabil, penyanyi yang ramah itu sudah diberikan taklimat berkenaan GV yang santai dan diselitkan humor bagi menghidupkan suasana sebelum siaran langsung dimulakan.

“Pagi tadi Raisa datang ke konti. Kami sempat bersembang sebelum dia dan pengurusannya pulang. Dia ada ucapkan terima kasih, begitu juga pengurusnya yang menzahirkan rasa gembira diundang ke rancangan televisyen dan radio,” katanya.

Tambah selebriti yang berpengalaman luas mengendalikan program secara langsung itu, setiap kali usai bekerja dia akan meminta maaf kepada mereka yang bekerja dengannya, tidak terkecuali Raisa.

Nabil sekali gus secara sinis menyatakan antara dia dengan penyanyi itu sudah selesai, tetapi bagaimana pula dosa mereka yang berterusan mengutuknya tanpa usul periksa.

Terdahulu tindakan hos berusia 39 tahun itu mengajuk Raisa dengan menggunakan bahasa Inggeris mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen hingga ada yang melabelnya sebagai biadab dan tidak profesional. – KOSMO! ONLINE

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri), Instagram @era.je, @raisa6690/limauaaamboi

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button