Usik Speaking English, Akhirnya Nabil Ulas Isu Gurau Kasar Dengan Raisa

Pengacara Nabil Ahmad, 39, tampil menjelaskan situasi sebenar mengenai usikannya kepada juri jemputan dari Indonesia, Raisa pada konsert minggu kelapan Gegar Vaganza 9 (GV9) yang dikatakan ‘melampau’ oleh netizen.
Menurut Nabil, dia dan penyanyi itu sudah pun bertegur sapa sewaktu di belakang pentas lagi, malah jelasnya Raisa turut menganggap gurauan boleh membantu menjadikannya lebih selesa.
“Saya sebelum mula show itu dah berjumpa dengan Raisa di belakang pentas, kami dah bergurau, dah berkenalan sesama kami, manager dia pun saya dah kenal.
“Dia pun kata gurauan itu boleh buat dia rasa lebih selesa, jadi macam itu cara dunia hiburan bergerak. Dia seorang yang sporting dan kelakar sebenarnya.
“Sebagai seorang penghibur saya tahu apa yang dia perlukan dan saya pasti dia tahu apa juga yang saya perlukan,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Terdahulu, nama Nabil menjadi perbualan netizen di seluruh media sosial susulan gurauannya mengenai komen dalam Bahasa Inggeris yang diberikan Raisa kepada persembahan Hairul Nizam.
Malah netizen juga menganggap usikan itu agak melampau sehingga ada yang mendakwa Raisa kelihatan kurang selesa dengan gurauan tersebut.
Dalam pada itu, pemilik nama penuh Ahmad Nabil Ahmad berkata dia sedikit pun tidak merasa tersinggung dengan komen netizen, sebaliknya dia hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pegacara program itu.
“Saya sikit pun tak terasa langsung dengan komen-komen nakal netizen, mereka cuma ambil apa yang berada di TV, saya pun tak mahu marah mereka.
“Saya tahu batas sebagai pengacara, tiada lah sampai nak menghina atau maki orang, ia hanyalah sekadar program hiburan.
“Saya hanya jalankan amanah yang diberikan, selagi pihak produksi kata saya tidak melampui batas atau menyinggung perasaan orang-orang yang penting dalam GV, saya bersyukur dan itu sahaja yang perlu dijaga,” tambahnya.
— Sam Son (@shamsulanuarab1) November 7, 2022
Terdahulu, Raisa turut menjadi tetamu undangan di segmen 3 Pagi Era di Era FM yang dikendalikan Nabil, Azad Jazmin dan Radin.
Busana Disamakan Dengan Kim K, Jaclyn Victor Anggap Nabil Ahmad Hanya Bergurau – “Mungkin Dari Bahagian Tepi Nampak Macam…”
Peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) Jaclyn Victor tidak mengambil serius dengan kenyataan pengacara Nabil Ahmad mengenai bentuk gaunnya seperti personaliti antarabangsa Kim Kardashia
Busana yang direka seperti era Victorian, Jaclyn bagaimanapun menganggap Nabil sekadar ingin bergurau memandangkan pengacara itu sememangnya kelakar apabila di pentas.
“Konsep baju saya ini macam ala-ala Victorian punya style dulu-dulu. Tapi tak tahu la, mungkin dari bahagian tepi nampak macam itu (punggung). Tapi saya okay saja.
“Saya rasa benda itu jadi lawak sebenarnya. Bukan berniat nak membuatkan lawak. Dengan Nabil ni, saya tahu dia seorang yang kelakar di atas pentas,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, Jaclyn yang menyanyikan lagu Lelaki Ini nyanyian asal penyanyi Anuar Zain mendapat markah tertinggi sebanyak 85 %.
Persembahan Jaclyn pada malam semalam juga menerima kehadiran mengejut pelakon filem Air Force iaitu Nas-T yang membawa jambangan bunga untuk diberikan kepadanya.
Menurut Jaclyn, dia tidak melihat kejutan itu menganggu persembahannya namun tetap mengharapkan Anuar Zain yang muncul.
“Bagi saya, dia tak kacau nyanyian saya pun. Dia dah sampai masa penghujung saya menyanyi dan waktu itu baharu saya perasan ada orang.
“Saya sebenarnya berharap dia adalah abang Anuar. Tapi abang Anuar cakap dia tak boleh. Tapi tetap dalam hati kata ntah-ntah dia ada jadi penonton. Tapi kejutan itu comel,” ujarnya.
GV9 yang mula bersiaran 18 September dari Auditorium MBSA Shah Alam menampilkan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pengacara.

Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100, 000, naib juara pula akan meraih RM50, 000, tempat ketiga akan menerima RM30, 000, tempat keempat, tempat kelima dan tempat keenam masing-masing akan menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000.
Penerbitan ‘GV9’ turut disokong oleh Farm Fresh yang hadir selaku Penaja Utama dengan kerjasama Digi selaku Telco Rasmi. Manakala Adabi dan CUCKOO turut menghulurkan sokongan selaku Penaja Bersama.
Sidang media ‘GV9’ turut dibawakan dari Menara Kuala Lumpur. Selain itu, penganjuran ‘GV9’ juga dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Astro GO, Gempak dan Ria X selaku Rakan Digital serta SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi dan disokong oleh Gegar untuk musim ini.
Eksklusif untuk pelanggan setia Astro, mereka berpeluang untuk menyaksikan ‘GV9’ secara LIVE dengan menjawab tiga soalan mudah di astro.com.my/gv9. 10 pasang tiket sedia untuk dimenangi setiap minggu.
Sumber: gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: