Lepas 5 bulan cer4i, bekas istri Tegar kongsi foto mesra dengan lelaki lain? Akhirnya netzen perasan sesuatu - Menujukebenaran
Uncategorized

Lepas 5 bulan cer4i, bekas istri Tegar kongsi foto mesra dengan lelaki lain? Akhirnya netzen perasan sesuatu

Penyanyi Indonesia yang popular dengan lagu ‘Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang’ iaitu Tegar Septian baru sahaja bercerai dengan isterinya, Sarah Sheilka Kamilia dipercayai berpunca daripada masalah kewangan.

 

Namun siapa sangka, baru lima bulan bercerai, nama bekas isteri Tegar menjadi bualan hangat netizen selepas tindakannya memuat naik beberapa foto mesra bersama seorang lelaki dalam laman sosial.

Susulan daripada foto tersebut, ramai netizen membuat spekulasi bekas isteri Tegar kini sudah mempunyai pengganti.

Meskipun ruangan komen laman sosial Sarah Sheilka dibanjiri dengan pelbagai pertanyaan mengenai hubungannya dengan lelaki yang dikenali dengan nama Fatham, namun tiada sebarang respon yang diberikan wanita itu.

 

Komen netzen

“Ex dia nak hidup senang dgn laki lain. Mana mahunya nak hidup dgn Tegar. Sabarlah Tegar.

“Semua kerana duit dan harta jika tiada duit macam nilah jadinya

“Perempuan semua sama..cakap hidup susah mati bersama..pada hal masa senang je sweet..dah susah abis la..carik peganti..yg laki pun satu..dah senang tu cari je sper awal..dah susah tak kalut

“Ermm nk wat cmne,.mst isteri dia xnk tggu lagi kehidupan cmt.ad trbaca pnca drg cerai sbb tegar xnk kluar brkrja,duk kemurungan dlm umah,.hbis cmne nk beli mkn pkai smua,ngan ank kecik lagi

Tegar tak mampu bayar sewa rumah

Terbaru, Tegar sekali lagi berdepan masalah kewangan sehingga menyebabkan dia gagal membayar rumah sewa yang didiami ibu bapanya. Pemilik rumah sewa berkenaan meminta keluarga Tegar mengosongkan premis tersebut. Penyanyi yang berusia 22 tahun ini akui buntu untuk menyelesaikan masalah tersebut.

PENYANYI Tegar Septian sekali lagi berdepan dengan masalah kewangan sehingga menyebabkan dia gagal membayar sewa rumah yang turut didiami oleh kedua ibu bapanya.

Disebabkan masalah itu, pemilik rumah sewa berkenaan meminta keluarga Tegar, 22, mengosongkan premis tersebut kerana mahu diberikan kepada bakal penyewa baharu.

“Aku kesian dengan orang tuaku. Kalau aku tidak bayar orang tua aku mahu tidur di mana?

“Apa lagi yang harus aku lakukan? Aku harus bayar sewa rumah,” katanya.

Bekas peserta Big Stage 2022 itu berkongsi perkara tersebut menerusi beberapa hantaran di Instastory miliknya.

Menerusi paparan perbualan WhatsApp dengan ibunya, Tegar mendedahkan wanita itu tidak makan sejak beberapa hari disebabkan masalah kewangan.

 

Tegar hidup susah sehingga gagal bayar sewa rumah.

Dalam masa sama, Tegar juga menjelaskan antara punca dia berdepan dengan situasi sebegini adalah disebabkan sering ditipu dan tidak menerima wang royalti kerjaya seninya.

“Kenapa jadi begini… aku selalu kena tipu. Semoga anda semua faham apa maksudku. Royalti pun aku belum dapat sepenuhnya,” jelasnya.

Dalam masa sama, Tegar juga dilihat berjalan-jalan di sebuah kawasan sunyi tanpa arah tujuan susulan masalah yang dialami.

Tegar sebelum ini juga pernah menjadi perhatian ramai apabila dia dilihat kembali menjadi penyanyi jalanan dek kerana kurang tawaran persembahan.

Sumber: ohbulan / mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button