‘Blur’ jadi ibu pengantin, rakan artis pula menangis Sharifah Shahira sambut menantu. Sekali ramai terkejut bila dapat tahu umur beliau - Menujukebenaran
Uncategorized

‘Blur’ jadi ibu pengantin, rakan artis pula menangis Sharifah Shahira sambut menantu. Sekali ramai terkejut bila dapat tahu umur beliau

Kuala Lumpur – Tiada yang lebih menggembirakan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah, 48, apabila anak sulungnya, Allisya Tahir, 25, s.elamat dinikahkan dengan jejaka pilihan di sini, semalam.

Shahirah yang mesra disapa Shiera ters.entuh ramai kenalan tidak menduga dirinya sudah menerima menantu hingga ada yang menitiskan air mata pada majlis itu.

Sekadar info, Sharifah Shahirah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired atau lebih dikenali sebagai Sharifah Shahirah merupakan pelakon, model, pelawak, pengacara dan penyampai radio di Malaysia.

Beliau mula mencipta nama sejak tahun 1993 hingga kini, sezaman dengan Didie Alias, Nina Juren, Ahmad Idham, Azhar Sulaiman, Zamarul Hisham, Rusdi Ramli dan ramai lagi.

Beliau bermula sebagai aktres pada tahun 1993 selepas menamatkan zaman persekolahan. Beliau mengikut jejak langkah kakaknya, Sharifah Haslinda atau Lynn yang lebih dahulu popular di kaca TV.

Penampilan pertama Shiera di layar perak menerusi filem Imigran pada 1993 memegang watak pelayan restoran makanan Indonesia. Kemudian dilamar Aziz M. Osman untuk memegang salah satu watak so.kongan dalam filem Femina pada tahun yang sama.

Sambut Menantu Pertama

“Alhamdulillah, saya teruja dan seronok apabila majlis yang dirancang awal, lancar. Lucunya ramai kawan-kawan yang hadir menyangka yang saya akan menangis, namun, itu tidak terjadi.

“Sebaliknya, mereka pula yang mengalir air mata seolah berkongsi perasaan bagaimana suatu hari nanti terpaksa melepaskan anak kesayangan selepas berkahwin,” katanya.

Allisya ialah anak hasil perkongsian perkahwinan pertama Shiera dengan vokalis kumpulan legenda, Black Dog Bone, Jatt.

Bercerita lanjut, Shiera atau nama penuh, Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar Al-Khaired memberitahu, Allisya akan mengikut suaminya, Sham berhijrah ke Pulau Tioman untuk menguruskan perniagaan keluarga yang mengusahakan inap desa dan aktiviti pelancongan.

Keluarga besan memiliki inap desa di Pulau Tioman selain menjalankan aktiviti perkhidmatan pelancong. Allisya beritahu dia akan menetap di Pulau Tioman selepas berkahwin.

“Menantu saya memang lahir dan dibesarkan di sana. Selain memandu bot pelancong, dia menjadi pengajar aktiviti snorkeling,” katanya.

VIDEO

Antara Reaksi Orang Ramai

Tiada yg aneh tiada yg mustahil ramai d usia awal 40an dh bermenantu.

Saya dapat cucu dua org di usia 40 taon. Alhamdulillah syukur pada Allah.

Saya umur 52, cucu 10 org, cucu sulung 16 tahun, cucu yng palin kecil 5 bulan, saya dpt menantu umur 37, dpt cucu sulung pn umur 37. Alhamdulillah semuanya dh kawin, anak yang bongsu pn dh ada 2 org ank.

Sebelum ini, dalam suatu temubual, Shiera meluahkan rasa teruja dan membuat persiapan awal untuk hari bahagia Allisya yang bertunang dengan Sham, Mac lalu. Allisya pernah merakamkan single berjudul Hey Pria ciptaan Sharon Paul yang menjadi lagu tema drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe untuk slot Akasia TV3.

 

Sumber: BH | IG

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button