“Campak duit dekat muka suami…” pelakon popular, Nia Ramadhani buat pengakuan yang mengejvtkan ramai

Pelakon popular Indonesia, Nia Ramadhani membuat pengakuan yang mengejutkan para peminatnya apabila suaminya, Ardi Bakrie berfikir bahawa duit boleh membeli cinta serta jalan penyelesaian kepada semua masalah.
Campak duit kat muka Ardi
Menurut Nia, dia berasa harga dirinya dipandang terlalu rendah oleh Ardi ketika lelaki itu memberinya sejumlah wang yang banyak ketika mereka bergaduh di Bali. Tujuan anak bongsu mantan menteri dan konglomerat itu berbuat demikian adalah kerana ingin pelakon itu bertenang.
Waktu kami masih bercinta dan berada di Bali, Ardi fikir semua benda boleh dibeli dengan duit. Jadi dia bagi saya duit supaya saya diam.
Walau bagaimanapun, pelakon drama Cinta Kirana itu kesal dengan cara Ardi kerana diperlakukan seperti itu dan merasa harga dirinya dilukai. Nia kemudiannya mencampakkan duit yang diterima itu ke wajah teman lelaki yang kini sudah menjadi suaminya.

Saya terkejut dengan perbuatannya. Saya ada duit saya sendiri. Akhirnya saya ambil duit tu lalu campak ke mukanya.
‘Saya ada harga diri’
12 tahun sudah berlalu dan kini Ardi sedar bahawa isterinya bukan jenis wanita yang boleh dibeli dengan wang ringgit.
Dari kejadian itu saya fikri dia sedar atas perbuatannya. Mungkin selama ini wanita-wanita yang kenalinya boleh diperlakukan seperti itu.
Tapi dengan saya tak ya, saya ada harga diri.
Dalam pada itu, Nia meluahkan rasa bersyukur kerana Ardi sudah banyak berubah.
Dahulu, Nia dipenjara Setahun Kerana Miliki Syabu.
Umum tahu, pelakon terkenal Indoneisa iaitu Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie ditahan polis atas kesalahan penyalahgunaan dadah jenis syabu. Namun begitu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama setahun bagi pasangan pelakon itu serta pemandu peribadinya.
Nia dan suami nak bercerai?
Baru-baru ini, terdapat satu dakwaan yang mengejutkan ramai pihak apabila ada yang mendakwa pelakon Bawang Merah Bawang Putih itu telah memfailkan penceraian. Berikutan daripada itu, dakwaan berkenaan membuatkan warganet tertanya-tanya sama ada perkara tersebut adalah benar ataupun tidak.
Walau bagaimanapun, berita seperti itu bukanlah kali pertama berlaku, malah pernah juga pernah kecoh pada tahun 2019 kononnya rumah tangga Nia dan Ardi sedang bergolak dan sudah menemui jalan pengakhiran. Susulan daripada itu, wakil daripada keluarga Ardi, Lalu Mara tampil memberi penjelasan mengenai dakwaan tersebut.
Berita itu tidak betul. Sudahlah, semua itu adalah fitnah. Kalau nak cari makan pun, carilah dengan rezeki yang halal. Bukan dengan unsur fitnah seperti itu.
Mahkamah syariah tampil beri respon
Dalam pada itu, pihak Mahkamah Syariah Jakarta Selatan turut mengesahkan bahawa nama Nia dan suaminya tiada dalam rekod untuk permohonan tuntutan penceraian.
Difahamkan, melalui semakan rekod pada tarikh 15 Mac 2022, nama pelakon berusia 32 tahun itu tidak ada di dalam rekod sekali gus membuktikan bahawa tiada tuntutan dibuat bagi pihak Nia.
Terdahulu, pihak berkuasa telah menaham Nia Ramadhani, Ardi Bakrie dan pemandu peribadinya berikutan penemuan sejumlah dadah jenis syabu berharga 1.5 juta Rupiah (RM431.82) dalam sebuah kenderaan.
Sumber : Tribun News, Suara.com, Insertlive, ohbulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: