Baru Sahaja Umum Berpisah, Sharifah Sakinah Tunjuk Mesej ‘Mesra’ Beliau Bersama Meerqeen Buat Ramai Cemburu

Pelakon Sharifah Sakinah mengejutkan para peminat apabila dia ‘melamar’ aktor kacak, Meerqeen untuk menjadi pasangannya menerusi mesej di laman Instagram.
Sakinah ajak Meerqeen ‘couple’ Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali Zatyrahim di TikTok, memaparkan pelakon berusia 33 tahun itu menghantar mesej kepada Meerqeen dengan mengatakan bahawa dirinya menyukai aktor terbabit.
Meerqeen, kakak suka sama Meerqeen. Jom couple! Terkejut dengan mesej berkenaan, Meerqeen tetap ‘melayan’ dan menerima lamaran Sakinah itu.
Wait what hahaha jom lah couple. Di akhir video, kelihatan Sakinah yang mengenakan pakaian seperti pontianak itu terkelu lalu rebah kerana lamarannya diterima. ‘Lawak betul dengan Sharifah Sakinah ni’ Respon netizen
Video
Video
Terdahulu, “Ya, kami akan bercerai dan akan menjalani kehidupan masing-masing selepas ini,” kata pelakon Sharifah Sakinah yang mengesahkan bakal bercerai dengan suaminya, Michael Hensen selepas memberi bayangan perkahwinan mereka akan berakhir.
Sakinah berkata, sepanjang tempoh tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan Michael, hubungan mereka sering dilanda masalah selain hubungan jarak jauh menjadi antara punca perpisahan mereka.
“Saya tidak mahu lagi menjalani hubungan jarak jauh kerana ia memenatkan. Tenaga saya sudah habis. Saya mahu gembira dan memberi fokus kepada kehidupan.
“Michael tidak boleh menetap di Malaysia kerana mempunyai komitmen kerja dan keluarga yang masih di bawah tanggungannya,” katanya kepada satu portal berita.
Terdahulu, Sakinah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila memberi bayangan perkahwinannya dengan Michael sudah berakhir di Instagram.
Menurut Sakinah, dia membuat luahan itu kerana enggan timbul salah faham jika dia dilihat bersama lelaki lain selepas ini.
“Saya ada bercakap dengan Michael, jika dia ada berjumpa dengan wanita lain, teruskan,” katanya.
Februari lalu, Sakinah membuat kejutan apabila mengumumkan sah bergelar suami isteri selepas setahun menjalinkan hubungan dengan Michael Hansen.
Sakinah bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh dan butiran pernikahan.
Sebelum ini, Sakinah yang juga adik kepada pelakon dan pengacara, Sharifah Haslinda serta Sharifah Shahirah itu pernah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015, namun berpisah pada Mei 2020.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan anak perempuan, Anais Adha, 5.
Berbekalkan rupa paras dan bakat lakonan yang ada pada Meerqeen, ramai wanita di luar sana yang mula jatuh hati dengannya. Jom kenali pelakon baru yang berjaya menambat hati ramai gadis menerusi perkongsian biodata Meerqeen ini.
Biodata Meerqeen
NAMA PENUH: Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam
NAMA POPULAR: Meerqeen
UMUR: 21 tahun
TARIKH LAHIR: 4 Jun 2001
ASAL: Ampang, Selangor
INSTAGRAM: Meerqeen
Kerjaya
Merupakan alumni Hero Remaja 2019/2020, Meerqeen antara 15 peserta yang terpilih dalam pertandingan ini. Pada waktu itu, antara peserta lain bersamanya adalah Nadhir Nasar dan Aniq Suhair. Pada 2017, Meerqeen pernah muncul dalam sebuah iklan yang juga pada waktu dia baru 15 tahun.
Filem pertama lakonan Meerqeen adalah ‘Kelaster’ yang mana dia memegang watak sebagai Usop. Filem tersebut ditayangkan di Astro First.
Manakala drama yang mengangkat namanya dalam bidang lakonan adalah ‘Angkara Cinta’. Dalam drama ini dia berlakon bersama Hun Haqeem dan Wanna Ali.
Kemudiannya Meerqeen muncul dalam drama Marry Me Senorita. Dia berlakon dengan Janna Nick, Dini Schatzmann dan Shaza Bae.
Kehidupan Peribadi
Untuk yang tidak tahu, Meerqeen adalah anak saudara kepada penyanyi terkenal Safura Ya’cob. Ibu saudaranya itu menjadi inspirasi Meerqeen dalam bidang seni.
Nama Meerqeen adalah hasil gabungan nama panjangnya yang diambil dari Shameer dan Shauqeen. Selain dari itu, Meerqeen juga adalah pelajar jurusan insurans di Kolej Vokasional Gombak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: